Monday, December 31, 2012

Air Mata diambang TaHun BaRU...

Tinggal beberapa minit lagi sebelum tahun 2012 meninggalkan kita... sy tertanya-tanya apakah yang bermain di hati dan fikiran orang pada waktu ini.. seronok ke?? atau sedih ke?? Allah Lagi Maha Mengetahu.. sedang kita TiDaK... (",)

Saya cuba menenangkan diri apabila sy baru sedar yg rupanya dah nak masuk 2013... waktu awal Muharam hari tu tak la plak rasa macam ni.. Tapi apa je yang sudah aku buat??? Allahu Akbar... sy terus banyakkan Istighfar.. tetiba terkedu sendiri, tak semena-mena minta adik marah... apakah??? terlalu banyak benda yang lagho, teruk n so on yg telah sy buat sepanjang tahun ni.. nescaya kalau list kan mesti tak muat satu kertas... =(

Bukan saja-saja saya nak cerita tentang ini.. Tapi, nak kongsikan pada yang membaca supaya memang sepatutnya kita selalu rasa macam ni... Supaya kita lebih menjaga tingkah laku kita.. dan terbatas segala perbuatan yang melalaikan... Sejujurnya, bagi saya.. Tahun baru bukan sahaja perlu kita sambut dengan gembira tapi juga dengan air mata.. cuma adakah ia air mata kemenangan melawan segala hawa nafsu ataupun air mata tanda kita kalah dengan hawa nafsu kita sendiri... Allahu Rabbi~



Diri dan Nafsu kita adalah musuh yang paling besar dalam diri kita..

Tak salah rasanya kalau kita letakkan salah satu azam kita untuk tahun akan datang adalah melawan hawa nafsu. Lagipun, ada hadis riwayat at-Tirmizi yang berstatus hasan soleh, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"

Sekali sekala kalau kita mengeluarkan air mata kerana kesalahan kita sendiri, ia boleh mendekatkan kita dengan Allah.. menenangkan hati.. kerana ada yang sudi mendengar rintihan kita... Bukankah Allah suka akan hambaNya yang meminta dengan sebenar-benar rayuan.. Allah rindu nak dengar kita nangis.. Sungguh, Besarnya cinta Allah pada HambaNya... Allahu Rabbi... ^^

So, moh la kita kawal diri kita walaupun hakikatnya kita rasa tersangatlah susah... n untuk melakukan perubahan kadang kala memerlukan paksaan...



Selamat Tahun Baru Semua....
Maaf salah silap... (^_^)
Doakan Saya dapat jawab Exam dengan tenang n Mudah taw... hihi ^^

Friday, December 14, 2012

Penantian itu menyeksakan... Betol x???

Penantian itu amat memeritkan hati bagi sesiapa yang menghadapinya... tidak kiralah sama ada dia seorang ibu yang menantikan kepulangan anaknya, ataupun seseorang pelajar yang menanti result nya yang bakal keluar mahupun seorang kekasih menanti bakal jodohnya... semua menanti... menanti yang belum pasti.. apakah yang bakal terjadi??... semuanya menjadi persoalan buat sang penanti... peritnya hati ini.. kata mereka...

Tatkala masing-masing meluahkan perasaan yang perit, diri ini teringat pesan seseorang, ' Penantian itu memang memeritkan, bohonglah siapa yang kata tidak. Kita harus yakin, Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita, letakkan tawakal sepenuhnya pada Allah, Allah know what is the best for us'. Kuatnya pergantungan pada Allah itu meletakkan sejauh mana tahap kita di sisi Allah. Mendirikan solat sunat merupakan salah satu jalan untuk memohon petunjuk daripada Allah agar di mudahkan urusan.




Saya Sempat menonton slot 'al-Hidayah' tengah hari tadi yang membincangkan soal solat sunat Istikharah.. Ramai orang menganggap solat sunat ini hanya buat mereka yang ingin mencari jodoh. Tetapi sebenarnya, solat sunat ini boleh dilakukan atas sebab apa sekalipun, mahu pilih kerja ka, pilih kereta ka atau apapun.. Allah itu Maha Pemurah.. Jangan biarkan kita memilih sesuatu atas dasar hawa nafsu semata-mata, ajaklah dan mohonlah supaya Allah juga mencampur tangan dalam urusan serta pemilihan kita... 

Tahukah kalian?? Jika kita membiarkan diri dan hawa nafsu kita yang memilih untuk diri kita, nescaya ia akan membinasakan kita suatu hari nanti... Tapi, berbeza pula bagi mereka yang suka jika Allah campur tangan dalam segala urusan. Jika Allah yang pilih buat kita, alangkah indah dan mudahnya kita memilikinya... Terdapat 4 langkah jika mahu mendapat keberkatan Allah dalam segenap aspek :


1) Berdoa
2) Berusaha
3) Ikhtiar
4) Tawakal



Inilah sebaik-baik langkah jika kita mahu segala urusan kita dipermudahkan.. dan Solat sunat istikharah merupakan salah satu ikhtiar yang kita boleh lakukan.. Kita sebagai hamba Allah yang dhaif perlu yakin dengan apa yang Allah sudah tetapkan untuk kita. Bagi saya, manusia yang banyak mempersoalkan sesuatu yang dikurniakan adalah manusia yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Semoga kita dijauhkan dengan sifat itu..

Sebenarnya, penantian yang paling utama yang perlu kita pasakkan dalam hati kita ialah penantian menuju ke alam akhirat.. ketika itu, kita sendiri tidak tahu dimanakah kita bakal ditempatkan?? di tempat orang2 yang beruntung kah?? ataupun di tempat orang2 yang rugi?? Jika ditanya pada alim ulama' akan penantian apakah yang paling ditunggu2, pasti mereka menjawab penantian menuju alam abadi.. SubhanAllah, tak nak kah kita berfikir seperti mereka?? yang bagi mereka dunia hanya sementara sedangkan dalam hati mereka penuh dengan kecintaan kepada akhirat yang kekal abadi...

So, kepada sesiapa yang sedang menantikan sesuatu, sama ada result, jodoh and so on, letakkanlah pergantungan sepenuhnya pada Allah.. itu semua hanya duniawi, kita yang menentukan sama ada ia membawa ke syurga ataupun neraka... be aware dengan apa yang kita bakal pilih.. Jom pilih jalan ke SYURGA ! 



semua menanti hari yang abadi... ^_^


Saturday, December 8, 2012

perlukah ???

Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran sejak sekelian kali.. mengapa dia tinggalkanku?? mengapa perlu aku merinduinya?? teruk sangatkah diri ini?? banyaknya benda kena buat??? ah, semuanya sia-sia je aku buat?? masing-masing akan menyalahkan diri... Tapi, kte jarang nyatakan sebegini, ' InsyaAllah, ada yg lebih baik buatku' atau 'aku yakin Allah sedang sediakan sesuatu yang indah buat aku' atau juga 'Mungkin aku yg perlu baiki diri ini' ... alangkah indahnya kita berfikir seperti itu...

Hati kita automatik akan menjadi tenang dan hilang segala keserabutan di kepala.. mengapa kita harus sesakkan fikiran kita dengan hanya memikirnya sesuatu yang tidak ada nilai  dan tidak akan memberi keuntungan apa pun buat kita, malah hanya menambahkan kesesakan dan kebenakan di kepala sahaja...sedangkan banyak lagi perkara lain yang boleh membuatkan kita gembira dan bahagia... Allah lagi tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya..^_^



Untuk menjadikan hati kita sentiasa tenang dan sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan Allah, firstly, kita kenalah jaga hubungan dengan pencipta kita yang Maha Agung. Hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati hamba-hambanya... perasaan sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya... semuanya Allah dah tentukan.. kita hanya perlu membuat pilihan yang tepat... sama ada perlu k lagi untuk aku marah??? Perlu ke aku teruskan mengingati yang tidak perlu??? perlu ke aku bersedih??? n so on.

Choices is in our hand !!!

Mood kita sepanjang hari sebenarnya berpunca dengan apa yang kita buat pada setiap pagi setelah bangun dari tidur.. Oleh sebab tu lah, kita sebagai seorang muslim dan Mukmin yang hebat dituntut menyebut nama Allah setelah bangun dari tidur.. senyum di depan cermin walaupun muka macam apa ntah.. yang penting, walau apa pun yang bakal berlaku sepanjang hari itu, kita dapat menghadapinya dengan tenang dan gumbira.. Be positive k! dont sedey2.. (^_^)



Perkara yang perlu kita lakukan pabila datang sesuatu yang menyesakkan dada dan fikiran.. sentiasa biasakan dan amalkan menyebut nama Allah, bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada Allah setelah kita telah sehabis mungkin berusaha ke arah menyelesaikan sesuatu perkara... n the most important things is kadang kala kita perlu beruzlah seketika daripada segala keserabutan yang melanda... yang paling best menyendiri di masjid.. terasa sangat tenang.. dapat solat jemaah, dengar tazkirah... Allahu Akbar... rasa macam nak duduk lama-lama dalam masjid...

Banyak sebenarnya kita boleh buat daripada terus menunggu dan termenung menantikan solusi yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda... Allah itu Maha Mendengar... Maka, berdoalah padaNya pada bila2 masa je.. Lagipun, Bukankah Allah suka mendengar rintihan hamba-hambaNYa...
thats why I Love Allah so Much... ^_^








Friday, November 30, 2012

Bukan tak mahu tapi Malu


Selalunya apabila disuakan kepada kita sesuatu yang tidak kita sukai dan jangkakan, pasti kita akan terkedu dan terdiam seribu bahasa...hati pula akan tertanya-tanya.. mengapa aku?? kenapa bukan orang lain?? Ya Allah, bala apakah ini?? Inilah soalan-soalan yang kadang kala menghimpit diri pabila diberikan Sesuatu yang sangat kita rasa tidak perlu pada waktu sekarang..Contoh mudah, Amanah !
Tapi benarkah tak mahu?? 




Ini sebenarnya berbalik kepada hati kita.. betulkah hati kita tidak mahu ataupun kita hanya menurut kehendak nafsu semata-mata..Na'uzubillahi Min Zalik.. Sahabat2, bukankah Allah telah nyatakan dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud :

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ..." ( 2: 286)

Maka, ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak akan membebankan mana-mana hambaNya di luar tahap kemampuan yang mereka ada.. mengapa lagi kita sebagai hamba, masih mempersoalkan segala apa yang Allah berikan buat kita.. Sememangnya Manusia tidak akan lari daripada berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara mulanya, tapi mengapa tidak kita mengubah persepsi itu.. Kita diberi peluang oleh Allah dalam membuat pilihan.. Maka, gunakanlah kuasa dan hak yang telah diberikan itu dengan memilih bersangka baik..



Bersangka baiklah dengan apa yang Allah tentukan buat kita.. Allah mengilhamkan kepada seseorang untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya.. adakah kita redha dengan apa yang ditentukan ataupun sebaliknya.. Jika difikirnya, sebenarnya ujian yang dihadapi itu adalah satu imbuhan buat kita di masa kelak..
Kita hanya membayangkan kesannya singkat buat masa sekarang... Tapi, sebenarnya ia jauh lebih hebat dan bermanfaat pada masa akan datang... Percayalah..

Sebagai contoh lain yang mudah dan suka  untuk kita fahami... Jodoh.. bila berbicara soal ini... terasa sangat malu tapi kita tidak nampak kesannya pada jangka masa yang panjang.. Bagi mereka yang belum sedia memikirkan soal ini pasti akan terus mengatakan 'tidak' pada lamaran yang datang.. Tapi, adakah sebelum mengatakan demikian, dia telah selidiki hati budi insan itu..keluarganya dan kawan-kawannya..

Oleh itu, jangan biarkan bibir kita mudah melafazkan kata-kata sebelum berfikir terlebih dahulu..Jika diperhatikan, hati kita sememangnya mahu tapi kita yang menafikannya habis-habisan kerana memikirkan mahu manfaat yang segera.. ini termasuklah soal jawatan, amanah, lamaran n so on.. Kesudahannya, apa dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. maaf kalau salah.. =)

Kita disarankan untuk merendah hati bukan merendah diri.. Allah ciptakan semua makhluknya dalam keadaan yang cantik lagi indah tapi kita je yang buta dalam menilai sesuatu yang telah Allah kurniakan..Memang wajar untuk malu tapi janganlah melampau dan tidak kena pada tempatnya.. Juz percaya dan tawakal jika benar ia terbaik untuk kita.



-Peringatan untuk diri yang lemah ini dan semua- ^_^

Tuesday, November 27, 2012

Its about family matter...^^

There will be a fighting between two sisters... semestinya pasti akan berlaku pergaduhan antara dua beradik.. tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan.. sebenarnya pergaduhan itulah warna kehidupan yang mengindahkan lagi kehidupan..bagi saya, tiada pergaduhan, tiada kenangan... ^_^ Cuba bayangkan jika dalam hidup kita ini hanya berulang perkara yang sama sahaja.. sudah pasti ia membosankan!!

Saya teringat akan slot pergaduhan antara adik beradik dalam keluarga saya.. memang keanak-anakkan.. masing2 akan membela diri di hadapan umi dan ayah supaya diri kami tidak dipersalahkan... Selalunya, yang lebih tua akan disalahkan.. thats mean... an older sister always be responsibility to that point... hee~ walaupun pahit waktu itu, ia telahpun menjadi kenangan dan memori buat saya pabila diri ini merindui mereka...

Thats the point... The Memories !

Sekarang semuanya sudah matang dan hebat dalam bidang masing2.. membawa diri ke perbukitan ilmu yang memisahkan jasad kami buat sementara... Hanya memori suka dan duka kami bersama yang mampu mengubat kerinduan ini.. Maka, Janganlah terus menyalahkan saudara kita jika berlaku sesuatu masalah.. Bersabar dan bersangka baiklah padanya.. Mungkin dialah antara orang yang Allah utuskan buat kita untuk mematangkan diri kita..



kita sebagai kakak ataupun abang yang lebih tua semestinya perlu memberikan contoh yang baik buat adik2 di rumah.. kita bukan sahaja menjadi harapan buat ibu bapa malah kita juga perlu menjadi cerminan yang baik buat mereka...

Kadangkala, sikap bertenang jika berlaku sesuatu masalah dalam keluarga adalah jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan.. terima segalanya dengan redha dan sabar... InsyaAllah ada hikmah yang tersembunyi yang Allah mahu berikan buat kita semua...

Sebagai bukti, Allah telah menyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 10 perihal indahnya menjaga persaudaraan yang bermaksud :

" Sesungguhnya Orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Oleh itu, janganlah semenang-menangnya memutuskan persaudaran antara kita, lebih-lebih lagi yang ada pertalian darah dengan kita... Sungguh, Allah amat benci sifat sebegitu.. Perbezaan pendapat dan sifat antara adik-beradik dalam sesebuah keluarga adalah satu rahmat yang Allah kurniakan buat kita agar kita sentiasa berfikir atas apa yang dikurniakan... Hargailah keluarga kita ketika kita masih lagi dapat merasakan kasih sayang mereka sebelum kita terlambat untuk berbuat demikian...



Jom bina keluarga yg ada dalamnya Mahabbah dan Rahmah... SubhanAllah~ ^_^





Monday, October 29, 2012

Cemburu @ Jelous ???

Sememangnya semua telah maklum bahawa wanita itu sinonim dengan sifat cemburunya.. ini tidak dapat disangkal lagi.. pabila diuji, pasti terselit rasa cemburu itu walaupun sedikit.. Namun, sejauh mana rasa itu perlu ada dalam hati ini... adakah ia membawa kepada kebaikan?? ataupun ia lebih kepada keburukan??
Its all about YOU...



Jikalau kita cemburu atas alasan tidak perpuas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain.. memang tidak wajarlah perasaan itu, TETAPI, andai rasa itu muncul kerana kita kasihkannya lebih dari yang lain, Wajarlah kan! sy bagi contoh, ada seorang anak yang melihat Ibunya lebih menyayangi adiknya berbanding dirinya, timbul rasa cemburu yg bukan kepalang.. maka, wajar untuk dia punya rasa seperti itu.. Namun harus diingat bahawa jangan terlalu melayani perasaan itu, takut2 ia memberi banyak kemudaratan daripada kemaslahatan... Fikir2 kan ek..

Saya ada terbaca hadith-hadith yang berkaitan dengan rasa cemburu ini tp sy tidak pasti akan status hadith tersebut. Menariknya, ia adalah berkaitan cemburu seorang isteri. Aisyah R.A memang dikenali dengan sifat cemburunya. Pantang sekali Rasulullah menceritakan perihal Siti Khadijah R.A, pasti wajahnya berubah rupa. Ia bukanlah kerana cemburu buta dan hasutan syaitan semata... tapi, ia hadir kerana besarnya kasih sayang dia buat Baginda.. Indahnya jika kita punya rasa seperti itu..


Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)



Perasaan yang hadir tanpa diduga, akhirnya hadir.. Kita menyukai seseorang itu dalam diam.. melihat status2nya dalam FB... Gayanya bergaul dengan wanita lain.. hati kita seperti dicucuk sembilu.. Adakah itu cemburu??? kita renung sejenak bersama~ Allah mengurniakan rasa itu tatkala diri ini belum punya hak lagi atas dirinya, seharusnya kita meng'nyah'kan rasa itu.. Malah, kita disarankan berdoa dan mendirikan istikharah jika benar dialah jodoh buat kita... Jangan terlalu ikutkan rasa itu, nanti ia akan memakan diri... Juz Smile K !! Kalau bukan dia, mesti ada yang lain dan lebih baik darinya... InsyaAllah~ ^^



Bagaimana pula jika kita cemburu pada sahabat kita sendiri??? Ini sebenarnya berbalik pada diri kita sendiri.. Allah memberikan nikmatNya kepada seluruh hambaNya tanpa hitung.. mengapa kita sering menghitung segala apa yang Allah telah kurniakan.. Mungkin dia punya kelebihan dari sudut itu.. Tapi, belum tentu dari sudut yang lain... Husnul Zhan lah kepada Allah dan sahabat kita itu...
Banyak lagi manfaat dan nikmat yang kita miliki tanpa kita sendiri sedar..
iaitu nikmat IMAN, ISLAM & EHSAN..... ^_^


















Tuesday, October 16, 2012

Muslimah itu Cantik

Pabila berbicara soal Muslimah, pasti semua akan membayangkan seorang muslimah yang bertudung labuh, berbaju longgar, memakai pakaian yang dapat memelihara tubuhnya dari dilihat oleh ajnabi dan banyak lagi.. Namun, bukanlah seorang wanita itu digelar sebagai muslimah jika ia hanya dipertikaikan dari segi pakaiannya sahaja... tapi akhlaknya lah yang paling utama diperhatikan !


Jika dilihat pada budaya zaman kini, kita lihat ramai yang memakai tudung.. malah, ia menjadi suatu trend dimana memakai tudung akan nampak lebih cantik dan ayu.. Ya, ia memang benar.. Tapi sejauhmanakah budaya memakai tudung ini dipandang mulia dan mendapat keredhaan Allah jika ia hanya dijadikan sebagai perhiasan semata-mata sahaja.. Bukalah minda dan hati anda, Tanyalah iman !

Paling menghairankan ialah pabila wujudnya sesetengah lelaki yang tidak bijak dalam menilai seseorang muslimah itu... mudah saja terpedaya dengan kecantikan dan keayuan seseorang muslimah itu tanpa menyelidiki dahulu sifat dan akhlaknya.. terus sahaja ingin berkenalan tanpa mengikut landasan syarak yang jelas-jelas telah menunjukkan jalan yang selamat untuk mengenali seseorang muslimah itu.. Malahan, tidak sedarkah kalian duhai kaum adam ...bahawa yang paling sesuai untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh Muslimah adalah kalian. Sudah menjadi kewajipan kami untuk membetulkan kesilapan kami jika ditegur oleh kaum adam yang soleh serta mengikut syariat.

Muslimah itu sememangnya cantik... Namun, harus diingat bahawa seindah perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah. Maksudnya di sini bukanlah wanita yang hanya cantik pada paras rupa malah cantik juga pada tingkah laku serta sifatnya. Duhai Muslimah, Banyak mata-mata yang memperhatikan segala gerak geri kita tanpa kita sedari.. Maka, awaslah atas setiap perkara yang kita lakukan.. Tahniah dan selamat datang buat semua wanita yang telah berubah kepada fitrah seorang wanita solehah.. kehadiran anda dinantikan Islam dan InsyaAllah menjadi pembakar semangat buat sang suami yang soleh di dunia dan akhirat.. ^^



-Peringatan buat diri yang lemah ini dan semua, InsyaAllah- ^_^



Wednesday, October 3, 2012

waaa.. MALUnyer... ^^

Perasaan malu itu suatu anugerah yang Allah berikan kepada manusia. semestinya, golongan yang mendominasi sifat ini adalah kaum hawa... kaum hawa memang tidak dapat dipisahkan dengan sifat pemalunya.. amat pelik lah jika seseorang muslimah ataupun wanita itu tidak mempunyai perasaan malu sedikit pun... ini menunjukkan bahawa wanita yang punyai sifat pemalu itu adalah wanita yang bermaruah serta mampu menghalang dirinya daripada melakukan perkara yang terlarang...



Sifat malu dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang terlarang dapat dibuktikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Imam Bukhari yang bermaksud :

" Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr al-Anshary al-Badry Radhiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan para nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu , perbuatlah apa yang engkau suka " .

Maka, ini jelas menunjukkan sifat malu itu adalah sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar muslim. Bukan sahaja untuk wanita, tapi untuk kaum adam juga.. Namun begitu, kita seharusnya meletakkan sifat malu ini pada tempatnya... janganlah menyalah gunakan pada tempat yang tidak perlu seperti dalam melakukan perkara2 yang baik dan dituntut. Contohnya, dalam soal menuntut ilmu dan bertanya.

Saya teringat satu peristiwa dimana saya dihimpit dengan perasaan malu yang teramat sangat.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya ketika itu.. ^^ Peristiwa ini berlaku ketika saya dan rakan2 menjalani kuliah Hadith bersama.. Sedang kuliah sedang berjalan, tetiba pensyarah yang sedang mengajar batuk seperti hendak mati katanya. saya dan sahabat disebelah terasa simpati dengan ustaz, lalu sahabat saya itu mengeluarkan wang sebanyak RM 1 dan diberikan kepada saya... Allahu Rabbi...

Pada mulanya, Saya ingatkan dia yang nak volunteer belikan air untuk pensyarah.. Tapi, lain pula jadinya.. dengan air muka nya yang penuh pengharapan.. maka, saya mengalah juga untuk keluar membeli hanya sebotol air buat 'guru' saya itu.. saya tahu bahawa pensyarah saya sedar yang saya ingin keluar membelikan air untuknya... tetapi makin disakat lagi saya sebelum saya melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut...

Setibanya saya melangkah masuk semula ke dewan kuliah tersebut, tanpa disangka-sangka suara yang kuat dari semua pelajar menyambut saya... terasa semua mata yang ada dalam kuliah itu tertumpu kepada saya... ditambah pula dengan senyuman ustaz yang menambahkan rasa malu saya waktu itu...ALLAHU AKBAR.... malu yang teramat sangat.. dalam hati tertanya-tanya... 'apalah yang ustaz cakap sampai jadi mcm ni'.. huhu~ xpernah saya alami peristiwa seperti itu sebelum ini..

Saat itu, saya husnul Zhan je dengan semua.. sambil mempercepatkan perjalanan ke tempat duduk saya yang asal.. xsemena-mena, saya dapat panggilan 'woman in Black' oleh ustaz... tidak hairanlah kerana waktu itu, saya berpakaian semuanya hitam.. hee~

Saya rasa peristiwa ini mengajar saya erti malu yang sebenarnya.. agak2 nya malu seperti ini bertempat x?? tepuk dada tanya iman deh... Saya mengharapkan rasa malu saya itu bukanlah suatu yang akan merugikan saya pada waktu kelak... InsyaAllah~



JOM, kita pupuk sifat malu yang diredhai Allah...
Sesungguhnya, ini hanya peringatan buat diri saya yang kerdil ini serta sahabat2 yang lain.. InsyaAllah~ ^_^


Sunday, August 26, 2012

Show Me Your Love

Assalamualaikum semua.. saya mendoakan agar kalian semua dalam keadaan yang sihat, ceria dan mendapat kasih sayang yang berterusan... Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Semoga kita semua selamat di dunia dan Akhirat... Taqabbalullah Minna Wa Minkum...

* Saya Sayang Awak Sangat2*

Wah, hidup ini pasti terasa sangat indah dan tenang apabila ada yang menyatakan kasih sayangnya buat kita..  Mungkin ada yang tidak setuju dengan saya.. seperti adik saya sendiri.. dia juga tidak setuju dengan pernyataan saya bahawa kasih sayang juga perlu diluahkan dengan kata2.. baginya, kasih sayang tidak semestinya perlu disebut-sebut.. dengan perlakuan pun orang boleh tahu kita sayang dia ataupun tidak.. Ya.. memang betul, saya juga tidak dapat menafikannya.. Tapi.. adakalanya kita perlu meluahkannya... Kesannya Maha Dasyat buat mereka yang mendengarkannya.. Hatinya pasti berbunga2.. malah, senyuman pasti akan terukir di bibir dan hatinya tanpa ia sedari.. Aduish.. HEE~ ^^

Saya sering membisikkan kata-kata sayang ditelinga kawan saya tanpa mereka jangkakan.. Seolah-olah saya sedang membisikkan kepada ibu saya... seorang dari kawan saya sangat terkejut dengan kelakuan saya lalu wajahnya yang muram terus bertukar senyuman dan akhirnya dia ketawa sendirian.. dia mengaku bahawa kata2 sayang itu sangat mengusik hatinya.. ha, ajaib tak?? mudah kan?? perkara ni tidak semestinya dilakukan hanya pada 'si dia' saja.. dengan family dan kawan2 kita pun bole... saya dah.. kalian semua??? =)



Oh dear.. please show me ur love.. ^^

Tapi, tahukah kalian... kata2 sayang yang disertai dengan perlakuan yang menunjukkan kasih sayang kepada seseorang mampu menambahkan semangat seseorang itu.. Buktinya .. saya sendiri pernah merasainya.. ada 2 kejadian yang mana baru sahaja berlaku pada saya dalan awal bulan Syawal ini.. Ha, nak tahu tak?? saya suka kongsi kisah gumbira saya ni.. hee~

KEJADIAN 1 : Sehari sebelum 1 Syawal.. kami sekeluarga sibuk menolong Mak Ngah kami menyiapkan hidangan hari raya untuk esok hari.. memang tidak dapat dinafikan saya amat senang berbual dengan Mak Ngah saya seorang ni... Orangnya sangat ramah dan tenang orangnya... Ketika sedang sibuk saya memotong bahan2 untuk dimakan dengan laksa.. tiba2.. Mak Ngah memeluk erat saya daripada belakang... SubhanAllah... Maha suci Allah kerana memberi saya seseorang untuk menyayangi saya. katanya :" Mak Ngah peluk sat naa... penat la qi...hmm ". Walaupun dia tidak meluahkan kata sayang.. saya sudah dapat memahami dan merasai bahawa dia memang sayangkan saya... Semangat saya menaik ke tahap tertinggi  untuk terus menolongnya menyiapkan persiapan raya esok hari... sangat seronok.. rasa diri disayangi.... ^^

KEJADIAN 2 : Ha, kejadian kedua ini berlaku ketika mendengar khutbah Hari Raya di salah sebuah Masjid di Kulim, Kedah... Allahu Akbar.. terasa sangat mengantuk bila mendengar Khutbah raya kali ni.. adakah ini penangan malam semalam yang sangat letih menyiapkan persiapan makanan??? hee.. penat2 pun, best gak sebenarnya... Dalam keadaan yang mengantuk itu, tiba2 ada sesuatu yang menghinggap di pipi saya.. Rupanya umi dan kakak saya mencium pipi saya tanpa saya sedari... sebenarnya saya sangat geli... mereka tahu bahawa saya seorang yang tidak berapa suka pipi saya disentuh dalam keadaan yang saya sedari... bukan sekali tapi DUA kali mereka buat begitu terhadap pipi saya.. Kesannya, muka saya menjadi merah disebabkan malu dan geli.. haha~ kelakar pula bila ingat balik.. HA, kalian nampak tak kesannya??? sampai sekarang saya merasai kesannya... AllahuRabbi Besar Sungguh kasih sayang Allah... ^^


Wah, baby ni pun pandai tunjukkan kasih sayang... <3

Makanya.... Jom tunjukkan kasih sayang kita kepada semua yang berada di sekeliling kita... dengan meluahkan dan menunjukkan kasih sayang kita... caj2 positif akan masuk ke dalam badan kita dan menjadikan hari2 kita sangat indah... InsyaAllah~ JOM3 (^_^)







Saturday, July 28, 2012

The Power Of Song... ^^

Assalamualaikum semua... Semoga di bulan yang penuh rahmah dan barakah ini, kita semua mendapat fadhilat Yang Maha Besar dari Allah S.W.T.. InsyaAllah, Aminn Ya Rabb.. ^_^ kali ini nak kongsi sikit mengenai hebatnya kuasa lagu dalam kehidupan seharian kita.. dimana ia mampu memberi impak yang besar terhadap 'mood' atau rasa hati kita acap kali kita mendengarkan sesuatu lagu ataupun alunan..

credit to: rusydee Artz ~

Tahukah sahabat-sahabat semua.. perasaan atau 'mood' kita akan terbentuk apabila kita mendengarkan sesuatu lagu.. misalannya, apabila saya dengar lagu maher zain, " number one for me'.. saya terus rasa rindu dan sayang kepada umi saya secara serta merta sekaligus mengingatkan kembali zaman kedegilan saya sewaktu kecil.. video musik tersebut secara tidak langsung membuatkan saya teringat semula sikap saya dan kakak semasa kami kecil . N then mulalah saya ketawa dek kerana terkenangkan kembali zaman kedegilan saya dan adik-beradik yang lain.. Teringat pabila saya dan kakak saya pernah teringin tahu bagaimana rasanya menghisap tembakau sewaktu kecil dulu.. tup..tup.. baru nak masuk ke mulut, ayah menyedari kelakuan kami.. x semena-mena kami kena marah dengan ayah.. Yang paling best tentang ayah, dia pasti akan pujuk kami semula lepas beberapa minit dia marah.. hehehe.. .. Umi... Hanya menggeleng kepala.. ^^ We do Love u Ayah n Umi...


Misalan yang lain, saya seorang yang suka dengar lagu yang menjadi minat orang lain supaya saya dapat memahami perasaan dia serta secara tidak langsung.. i know what really they are and their mood right now.. ^^... Contohnya, saya ada seorang sahabat yang suka dengar love song.. But, satu hari dia minta saya dengar lagu yang baginya seronok dan sedap.. Yup, memang sedap dan mampu mengusik jiwa.. selang beberapa hari baru dia buka cerita.. she fall in love.. hee~ patut la kan..

Nak ceritanya bahawa... Senang je nak tahu mood orang lain n bentuk mood kita setiap hari.... kita boleh membentuk mood kita hanya dengan mendengar lagu.. its easy, right?? So, pagi2.. dengarla lagu2 yang memberi semangat.. kurangkan dengar lagu2 yang melalaikan dan meruntuhkan semangat dan iman kita..

Dengan rendah hati...Saya mengesyorkan di bulan Ramadhan yang mulia ini.. jom kita sama2 mendengarkan ayat-ayat suci al-Quran, zikir2 mahupun lagu2 yang boleh menginsafkan diri agar hati dan jiwa kita mampu melahirkan rasa atau 'mood' untuk mengejar semua fadhilat di bulan yang mulia ini... semangat! hee ^_^

~ Hati jadi tenang bila baca Qur'an.... Barakah Ramadhan Kareem 

Wednesday, July 18, 2012

Doa Hamba

"Setiap orang pasti mempunyai impian yang tersendiri.. Selalu mengharapkan yang terbaik.. tanpa menghiraukan perkara lain yang tidak penting untuk manfaat hidupnya.. Allah S.W.T telah menciptakan pelbagai jenis, sifat, bentuk atas segala yang hidup di muka bumi ini.. DIA juga telah memberikan pelbagai nikmat kepada seluruh penciptaannya tanpa berkira sedikit pun.. tetapi.... Kita bagaimana pula???

Kita selalu mahu yang terbaik dalam hidup kita... tanpa kita sedar sebenarnya semua itu adalah milik Allah yang hak.. kita hanya sebagai peminjam yang akan memulangkan semua segala kelebihan itu kepada pemiliknya yang sebenar... Maka, seharusnya kita janganlah hanya petah berbicara lancang bahawa segala yang kita miliki sekarang adalah milik kita... Astagfiarullah al-a'zim... Sedarlah.. segalanya milik Allah S.W.T..

Namun, haruslah diingat bahawa kita sebgai seorang muslim, punyai senjata yang tidak dimiliki oleh orang  lain.. iaitu "Doa" .  Cara ber'Doa' bukanlah semata-mata menadah tangan dan meminta tetapi ia boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Pernah dikisahkan bahawa Nabi Zakaria berdoa kepada Allah S.W.T dengan doa permohonan yang perlahan. Dan berdoa dengan cara perlahan dan khusyuk itulah yang afdhal. Sesungguhnya Allah S.W.T itu tidaklah pekak ataupun tuli. Walaubagaimana sekalipun cara kita untuk berdoa, Allah tetap Maha Mendengar dan Maha mengetahui.. asalkan segala apa yang kita pinta adalah ikhlas keranaNya."



Semua itu telah saya dengar sejak dibangku sekolah lagi.. kepercayaan saya akan kekuatan doa tidak pernah padam. MAKA, sampai sekarang saya tidak pernah sesekali meninggalkan amalan itu.. mengharapkan apa yang diminta akan dimakbulkan walaupun kemungkinan permintaan itu mengambil masa untuk dimakbulkan. Hanya padaNya saya berserah seratus peratus.

Janganlah kita menyombong diri dengan Pencipta kita dengan mengambil ringan tentang amalan berdoa ini. Sedangkan Nabi yang telah dijamin keselamatannya di dunia dan di akhirat pun masih memohon dan meminta kepada Pencipta, kita yang penuh dosa ini apatah lagi.

Sesungguh nya Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina".

Saya menyeru kepada diri saya dan sesiapa yang membaca post ini agar kita sama-sama membetulkan niat kita dalam mengamalkan doa. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi. Keyakinan kepada Allah adalah amat penting bagi seseorang individu muslim untuk mencapai Mardhatillah yang abadi.

* saya juga ada permintaan yang masih belum diketahui statusnya.. saya tetap akan menanti jawapannya dengan penuh sabar dan redha* ^_^




Thursday, July 5, 2012

Pertama kali

Bila disebut tentang pertama kali... mesti ramai yang terbayang macam-macam... n antaranya tentang pertama kali aku sekolah, aku jatuh basikal, aku kerja pejabat, n last but not least mesti ramai yang terfikir tentang pertama kali aku jatuh cinta... saya pun menanti-nanti cinta yang pertama kali.... hmmm, sapalah kan?? semestinya Allah...huhu~ maaf ea, jiwang plak... Sebenarnya saya nak kongsi tentang kejadian pertama kali saya praktikal... pejabat pulok tu.. bukan sebarang pejabat tapi pejabat kerajaan tau.. AllahuRabbi, hanya Allah yang tahu betapa lecehnya nak jaga protokol kat sana...



Pagi sebelum pi kerja... terasa besar pulak ujian yang Allah bagi.. bukan nak mengeluh tapi nak kongsi pada kalian semua betapa Allah itu Maha Penyayang... saya diuji dengan kesabaran pabila pagi tu saya bergaduh dengan kakak saya.. masing-masing nak pertahankan hujah masing-masing... mungkin salah saya juga yang tidak mahu mengalah padanya... pada saat tu, saya merasakan sangat tidak tenteram, seolah-olah diri saya tidak berada di situ.. pergi entah kemana.. saat itu juga saya merasakan.." kompem, aku tak leh fokus buat kerja hari ni, dah la hari first praktikal"... memang nak kata, time tu saya macam nak give up je buat apa2... Tapi atas rasa cinta dan sayangnya seorang adik terhadap kakaknya, saya cuba maniskan muka bila bersalam dengannya sebelum keluar gi pejabat pagi tu...

Alhamdulillah, rupa-rupanya pihak pejabat tu tak susun jadual kami lagi untuk ditempatkan ke bahagian-bahagian tertentu.. so, nak tak nak.. saya dan sahabat yang lain terpaksa pulang awal dan esok baru boleh mula ber'kerja' kononnya... time tu terdetik dihati... "Allah memang nak tolong aku.. Allah Akbar.. macam tau2 je aku tak da mood nak mula kerja hari ni..." Terus saya pasang niat nak keluar dengan salah seorang sahabat saya untuk luangkan masa dengannya... Sebenarnya, fokus utama saya nak beli bahan-bahan buat kek batik..



Bukan apa, teringat yang kakak saya pernah minta saya buatkan kek batik buatnya sebelum dia bergelar seorang 'isteri' tak lama lagi... harapan saya time tu agar dia maafkan saya tentang kejadian pagi tadi n boleh buat dia happy.. kalau kalian nak tahu, tulah pertama kali juga saya buat kek batik... Allahu Allah... memang berterabur semua bahan.. dan muka saya pun habis comot2 dengan milo... nasib baik ada adik bongsu saya tolong... ok la sikit... ^_^

Mungkin kakak saya tak tahu tujuan saya buat kek tu sebenarnya khas untuk dia... harap2 dia baca post ini dan ..... hehe.. saya memang sayang kakak saya sebenarnya... walaupun kami selalu gaduh... jauh dalam disudut hati saya... saya tak sanggup berpisah dengannya, memikirkan dia akan semakin menjauh dengan saya.. membuatkan saya sedih.. Coz dari kecik saya memang dah rapat dengannya...

" Akak... Im really love u and care about u ... Hope u will be happy forever with him"


So, saya mengharapkan selepas ini saya tak akan menyakitkan hati sesiapa lagi... harap semua insan yang saya pernah mengguriskan hatinya dapat memaafkan saya... Hanya Allah membalas jasa kalian.. Daripada kejadian 'pertama kali' inilah saya dapat merasakan besarnya Kasih Sayang Allah buat saya dan hamba-hambaNya... Kerana DIA masih membenarkan kasih sayang saya terhadap kakak saya tetap utuh buat selamanya... Alhamdulillah... ^^



Wednesday, June 27, 2012

Surat Cinta Buat Alang

" dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda; " Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca al-Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengililingi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR Muslim)

Humaira atau lebih mesra dipanggil Alang tersenyum membaca SMS dari kakak kesayangannya, Angah. Humaira sering mendapat potongan-potongan maksud hadith dan al-Qur'an daripada kakaknya itu. Bagi Humaira, dia lebih selesa dengan kak Ngah nya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. "Entah kenapa kalau dengan kak ngah mesti rasa seronok ... tenang... mybe sebab kak ngah dah ada al-Qur'an kat dada kot, maklumlah bekas pelajar ma'had Tahfiz ". Humaira teringat akan kata2nya kepada kakak kesayangannya itu.

Humaira merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradiknya. Diantara adik-beradiknya, dialah yang paling degil dan malas. Walaupun sifatnya sebegitu rupa, adik-beradiknya yang lain masih tidak dapat menandingi sifatnya yang berani dan pintar. Humaira berjaya membuktikan dia juga punya kelebihan sendiri apabila dia mendapat street A dalam SPM nya yang lepas. Kini, dia berjaya menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Sejak Humaira melangkah ke alam universiti, dirinya bukan seperti dulu... solat di awal waktu, selalu call mak dan ayah, tidak pernah tinggalkan bacaan al-Qur'an walaupun sehari dan banyak lagi benda-benda baik yang dibuatnya... Mungkin waktu itu ada kak ngah yang sentiasa ingatkannya jika terlupa, marahkannya jika tersalah... Tapi sekarang.. dirinya seolah-olah kosong, tidak seperti dirinya yang dulu.. humaira tidak sedar bahawa dirinya selalu dibebelkan oleh ibunya kepada kak ngahnya tentang perlakuannya di rumah semasa cuti semester.



" Angah, cuba kamu tengok adik kesayangan kamu tu.. mak tengok semakin hari semakin teruk.. Dulu mak tak pernah nampak dia tinggal solat, tinggal ngaji.. Tapi sekarang.. Allah.. mak tak tau apa dah nak jadi dengan adik kamu tu??? mak tegur, mula la dia cakap mak asyik nak membebel je.. sapa lagi yang mak boleh harapkan kalau bukan kamu 'Ngah'.. Cakap kamu je dia dengar.. cakap mak ni, satu pun dia tak nak dengar.." keluh Si Ibu kepada anaknya, Safiyyah.

" kalau la mak tahu.. cakap angah pun, alang dah tak ambil kisah lagi". Rungut Safiyyah dalam hati. Dia tidak mahu menambahkan lagi kekecewaan ibunya dengan luahannya itu. Baginya, adiknya alang pasti akan kembali seperti dulu.. Itulah harapan dan azamnya.. Dia risau akan adiknya, dia tidak mahu adiknya itu terus hanyut dengan kenikmatan dunia.. Sejak itu, Dia tidak putus-putus mendoakan kebaikan buat adiknya itu.


Safiyyah sudah terbiasa dengan leteran ibunya setiap kali dia pulang ke rumah. Tugas menjaga adik-adik  yang telah diamanahkan oleh kakaknya yang belajar di luar negara, melatih dirinya menjadi seorang yang cekal dan berdikari. Semua masalah adik-adiknya, mahu tidak mahu, dia akan berusaha menyelesaikannya... Harapannya agar Allah S.W.T memudahkan segala urusannya itu... Allahu Aminn~


Pelbagai cara Safiyyah lakukan untuk mengubah tabiat adiknya yang tidak seberapa ambil berat tentang ibadahnya itu.. Setiap kali masuk waktu, diajaknya alang solat jemaah sekali.... tapi Alang masih menolak, pabila menasihatinya agar segera solat dan membaca al-Qur'an... masih juga tidak mendapat respon yang baik. Betapa sedihnya hati seorang kakak yang melihat adiknya berubah sebitu rupa.. terkadang, Safiyyah hanya menangis di dalam hati , memikirkan adiknya itu.. Dia sangat rindukan adiknya yang dulu... adik yang selalu mengingatkannya ketika dia leka, luangkan banyak masa dengannya dan sentiasa menghargai segala apa yang dia lakukan untuk adiknya... " Ya Allah, Kasihanilah adikku, Alang... Ya Rabb.. Jangan Engkau Biarkan dia terus leka dengan nikmat dunia ini.. Engkau masukkanlah iman ke dalam hatinya... Sungguh, aku amat menyayanginya..... " Ikhlasnya doa Safiyyah sehingga air matanya juga turut meng'ia'kan doanya... AllahuRabbi..






Suatu Hari, Safiyyah merancang untuk mengajak Humaira berjalan-jalan di salah sebuah taman berdekatan rumah mereka.. Bersungguh Safiyyah menyiapkan sarapan, baju , kasut  untuk Alangnya, Humaira.....Ini semua semata-mata untuk mengajak Alangnya keluar berjalan-jalan menemaninya....Terasa sejuk dan tenang pagi itu. Niat di hati, Safiyyah ingin berduaan dengan Humaira untuk mendalami hati adiknya Alang... Manala tahu, rupa-rupanya adik kesayangannya itu, punya masalah yang menyebabkannya berubah.. Puas mereka berdua meluahkan isi hati masing-masing.. Alhamdulillah, Alang membuka hatinya untuk memberi dan menerima teguran dan segala nasihat... lama mereka berpelukan melepaskan rasa rindu bercampur rasa bersalah atas kesilapan masing-masing... pelukan itu terasa sangat tenang dan sayu... seolah-olah mereka akan terpisah lagi... 


" Best la 'Ngah' kalau kita selalu keluar pagi2 macam ni... lebih2 lagi bila angah dah sediakan baju dan kasut untuk alang.." kata Humaira sambil tergelak.."Angah, blek la umah selalu... Boring la bila Angah xda.. mula lah hati ni nak memberontak buat benda2 yang tak berfaedah..hmmm." rungut Humaira kepada kak Ngah nya dalam perjalanan pulang ke rumah.. " hehe, InsyaAllah.. Angah memang nak balik selalu tapi angah ada banyak program kena pi... Ha, apa kata kita datang lagi kat sini pagi ahad minggu depan, nak?? sambil2 tu, boleh la kita sembang2.. makan2.. lari2.. hee~ " kata Safiyyah pada adiknya itu.. " Kak Ngah kena janji dulu yang kak ngah balik minggu depan n bawa alang gi taman ni lg.. kalau tak... hmm.. xnak dah citer apa2 kat Angah" ugut Humaira. 


"InsyaAllah, jika Allah mengkehendakkan begitu, 'Lang'.... Alah, lagipun  xsemestinya kita gi taman ni lagi minggu depan.. manala tau ada taman lain yang lebih indah dari ni yang kita boleh pi, btol x?? " Safiyya tersenyum melihat gelagat adiknya.


Selang beberapa hari, Humaira merasakan dirinya semakin dekat dengan Tuhan Pencipta Alam ini... Dia berusaha memperbaiki diri dengan sentiasa melakukan perkara2 yang berfaedah, solat di awal waktu malah solat sunat pun dilakukannya. Setiap kali wujud niat yang tidak baik, Humaira teringat akan janjinya kepada kakaknya di taman tempoh hari. Pada saat itu, dia merasa sangat bersyukur kerana Allah kurniakan kakak yang baik buatnya dan sentiasa sayang serta mengambil berat tantangnya.


Setelah Humaira selesai melakukan solat sunat dhuha pagi Jumaat itu... Dia mendengar suatu tangisan.... tangisan yang amat dikenali.. "itu mak" Humaira bermonolog.. Humaira dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku.. Mana mungkin ibunya yang sibuk mengemas rumah sebentar tadi, boleh menangis dengan tiba-tiba.. " Alang..!... Alang... Mari sini..." Jerit ibunya. " Angah dah tak da, lang.. Angah dah tinggalkan kita..." semakin kuat esakan ibunya. 


'Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un....Ya Allah.. kak ngah aku... Angah... " Secara tidak langsung, Humaira menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya. Baru sebentar tadi, angah menelefonnya untuk maklumkan yang dia on the way pulang ke rumah dengan nada yang gembira.. Dirasakan pelik kerana sebelum ini, kalau angah nak balik rumah... dia tak kan bagi tahu pun yang dia nak balik.. " Angah... angah... dah janji... nak gi taman dengan Alang.... Tp, mana Angah pergi.. kenapa tinggalkan Alang... Siapa lagi nak tegur Alang... sapa lagi yang Alang boleh kongsi cerita....Angah.. " Humaira berkata-kata seorang diri di tempat sujudnya pagi tadi... Dia berdoa moga kakakknya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa....


Humaira menjadi tenang pabila dia dapat menangis sepuasnya dalam sujudnya malam itu... Bagi nya, mungkin kak ngah sedang menunggunya di Taman yang lebih indah dari taman-taman yang ada di dunia ini iaitu Syurga seperti yang dikatakan oleh arwah kakaknya sebelum ini... AllahuRabbi... Moga Allah Limpahkan Kasih SayangNya buat arwah kak Safiyyah.. Kak ngah kesayangannya... Doa humaira sambil memeluk Surat Cinta yang pernah dihadiahkan oleh kakaknya itu... Surat Cinta yang sangat berharga buat dirinya kini, Surat Cinta yang mampu menenangkan hatinya ketika gundah... Surat Cinta Yang Teragung.... al-Qur'an Al-Karim~ Humaira bertekad tidak akan meninggalkan lagi Surat Cinta itu... dan Kini... Humaira sedar bahawa Surat Cinta itulah peneman terbaik buatnya.... ^^



Friday, June 22, 2012

Astaghfirullah...Zikir Taubat Buat Mu~

Dikisahkan mengenai seorang muslimah yang akhirnya temui kebahagiannya yang hakiki... Muslimah itu berbahagia dengan pilihannya... sekali memilih, tak kan sekali berundur.. itu tekadnya di hati.. Saya tak dapat nak menyatakan nama sebenarnya, tapi saya hanya boleh membahasakan dirinya sebagai 'muslimah'..

Muslimah yang saya kenali merupakan seorang yang sangat penyayang, manja, taat kepada kedua orang tuanya, paling cantik dalam keluarganya, sangat menjaga pandangan dan auratnya... serta yang paling penting... dia sentiasa berusaha untuk menjadi Muslimah yang terbaik di sisi Allah... Sehinggakan adik-adiknya menjadikannya sebagai model terbaik untuk menjadi muslimah sejati... SubhanAllah, pabila melihatnya... mengingatkan kita pada Allah... sejuk mata memandang....

Sudah Pasti, Allah akan menguji tahap keimanan hamba-hambaNya... kerana Tidak dikira beriman seseorang itu hanya dengan menyatakan bahawa dirinya sudah beriman sedangkan pabila diuji, jelas menunjukkan dia tidak beriman... sebenarnya, ada ayat al-Qur'an tentang ini.. maaf, saya tak ingat.. Nak memanjangkan cerita, Muslimah juga mengalami ujian seperti orang lain... Kerana bagi dia, Sebaik mana pun seseorang itu, ia pasti akan diuji...

Untuk pengetahuan sesiapa yang membaca, sesungguhnya..Muslimah diuji dengan ujian cinta... Dia langsung tidak menyangka bahawa dia akan mengalami ujian seperti itu..pada mulanya, memang nampak remeh tetapi lama kelamaan, lain pula jadinya... AllahuRabbi.. Hadir seorang muslimin soleh menarik perhatiannya.. pandangan mata yang dijaga selama ini, akhirnya kalah juga pada seorang muslimin soleh, orangnya memang kacak, rupa macam artis nasyid, ada NUR diwajahnya.. SubhanAllah.. Namun, Muslimah hanya memendam perasaan hatinya... Siapalah dia untuk mengenali muslimin soleh itu???

Suatu Hari, Muslimah memberanikan diri menghantar satu SMS ringkas buat muslimin tersebut... Al maklumlah, dapat nombor tu dari kawan. Baginya rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Muslimah merasakan tidak salah untuknya bersahabat dengan orang soleh seperti DIA... Pendek kan cerita, lama kelamaan hubungan yang pada mulanya sebagai kawan, akhirnya bertukar menjadi Cinta.. Semakin hari, semakin sayang muslimah itu pada muslimin tersebut.. Muslimah tidak pernah lupa mengucapkan kata2 cinta buat kekasih gelapnya itu pada setiap malam... Tiada siapa yang tahu tentang hubungan ini melainkan dia, si DIA dan Allah...

Tanpa disedari, Muslimah itu telah pun melakukan satu dosa yang amat besar dalam hidupnya.. iaitu ZINA... Astagfirullah al-'Azim... Muslimah tidak sedar dia telah pun melakukan zina bersama muslimin itu.. zina hati, zina lidah, zina telinga... Betapa dia telah pun menjadi Fitnah yang teramat besar buat muslimin itu.. Mengubah Muslimin soleh itu menjadi seorang yang leka dengan perhiasan duniawi... Allahu Rabbi....

Satu malam, Muslimah terbangun tanpa dipinta... Muslimah terus menangis keesakan.. Tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan dia menangis sebegitu rupa... Lalu Muslimah bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air... Sambil mengambil wuduk, Muslimah menangis tanpa henti.. Allahu Allah.. Sayu sungguh.. Perlahan-lahan Muslimah itu mendirikan solat sunat Taubat... diceritakan, itulah sujudnya yang paling lama sepanjang hidupnya.. Memohon ampun pada Yang Maha Esa.. atas segala keterlanjurannya.. baru Muslimah itu sedar akan kekhilafannya selama ini... baru dia sedar Allah sedang mengujinya... Namun, dia telah pun tewas dengan nafsunya sendiri... Allahu Akbar..

Dalam sujudnya yang panjang... Muslimah tidak putus-putus mengucapkan kalimah Taubat... Buat dirinya dan muslimin itu... Dia juga tidak putus-putus menyalahkan dirinya... Benar-benar mengharapkan keampunan Allah di malam penuh sepi itu... Muslimah rindukan dirinya yang dulu...penuh tawadhuk, penuh ketenangan.. penuh dengan rasa Cinta Illahi... Dia bertekad untuk memilih jalan itu kembali... Dia tidak mahu muslimin itu terhumban ke neraka hanya kerana kekhilafannya itu....


" Ya Allah... Ampunilah aku dan DIA... Ya Rabbul 'Izzati... Sesungguhnya akulah yang telah melalaikan DIA... Ampuni kami ya Allah.. Terimalah Taubat ku ini... Selamatkanlah aku Ya Allah dari terus hanyut dengan cinta palsu ini... Hanya Engkau Cinta Sebenarku... Hanya kepadaMu tempat aku mengadu dan memohon ampun .... Ampunilah aku Ya Rabb... Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun... sungguh, Zikir Taubatku ini hanya buatMu... Ya Ghafur.... " . Muslimah terus merintih sayu dalam doa taubatnya.....




Setelah hatinya tenang dek kerana menunaikan solat sunat Taubat itu.. Muslimah merasakan bahawa dia perlu memohon seribu kemaafan buat muslimin itu... Secara jujurnya, hatinya memang masih punya perasaan pada muslimin itu.. Dia mahu muslimin itu sedar akan kesilapan mereka selama ini....Muslimah memberanikan diri menulis SMS terakhirnya buat muslimin soleh itu.. Kali ini SMS nya sangat panjang...

" Assalamualaikum... Harap awak sudah bangun menunaikan solat sunat... Awak.... Saya nak minta maaf.. saya telah buat dosa yang teramat besar buat awk... sy dah jd fitnah buat awak di akhirat nanti.. Maafkan saya... tolong lupakan saya.. saya juga akan lupakan awak.. sya tak layak jadi permaisuri hidup awak nanti.. saya tak berjaya membawa awk ke jalan yang diredhai.. sy telah lalaikan awk... sekali lagi, maafkan saya.. Saya sentiasa doakan awk menjadi muslim yang soleh.. Semoga Allah melimpahkan kasih sayangNya buat awk... dan mengurniakan wanita yang lebih solehah buat awak.. sekali lagi, maafkan saya.... Semoga awk berbahagia selalu,.salam" ....

Tanpa sedar, Muslimah mengalirkan air mata buat muslimin itu.. sangat pedih hatinya untuk melepaskan muslimin soleh itu.. Tapi, yang penting skrg bgi muslimah adalah mengejar Rahmat dan Kasih Sayang Allah... Kalau muslimin itu bukan diciptakan untukk dirinya... sungguh, Muslimah redha akan ketentuanNya...




Tuesday, June 12, 2012

Seronoknya Hati Ini... Alhamdulillah ^^

Luahan kata dalam post kali ini, saya juz nak santai-santai je. xpe kan sahabat2 semua... saja saya nak kongsi-kongsi pandangan dan cerita hati.. manalah tahu rupa-rupanya ada jugak orang yang punya cerita dan pandangan yang sama macam saya.

Saya sempat minum petang bersama housemate tadi.. makan roti telur dan teh panas saja.. Alhamdulillah, cukup mengenyangkan.. tp, bukan tu yang saya nak cerita sebenarnya.. tengah sahabat2 saya sibuk menyediakan makanan secara tidak sedar tersembang tentang perkahwinan kawan2 dan kakak masing-masing.. Allahu Rabbi, saya tak tahu kenapa bila orang cakap tentang ini saya hanya mampu mendiamkan diri... apa yang saya mampu katakan hanyalah mengenai perkahwinan kakak saya tidak lama lagi sekaligus menjemput mereka ke rumah saya bulan depan.

Tanya salah seorang sahabat saya , " maaflah isyqi, bukan apa , cuma saya nak tanya sikit.. kenapa awak x kahwin sekali dengan kakak awak ek? mesti ada sebab kan selain xjumpa calon lagi". Fuhh, saya rasa terpaku seketika pabila mendengarkan pertanyaan dari seorang sahabat saya itu... bukan apa sahabat2.. Saya rasa semakin usia saya bertambah, keinginan saya untuk berbicara tentang ni semakin menurun. Hati saya rasa risau dan lemah semacam.. Bukan takut.. tapi Hanya Allah yang tahu..

Kalau dulu, memang saya seorang yang suka sangat bila orang cerita tentang kahwin, sampai satu tahap saya nak kahwin time tu jugak.. AllahuRabbi... ketika itu, saya rasakan seronoknya kawin, ada orang jaga kita, sayang kita n sebagainya.. tapi, sejak umur saya dah nak masuk 2 something ni... rasa macam kosong. mak saya pernah je tanya saya tentang pergabungan hari perkahwinan saya dan kakak. Tp, saya hanya terdiam. alasan saya ketika itu adalah saya tidak jumpa lagi calon yang sesuai.. tp yeke...

Sebenarnya jawapannya ialah saya tak bersedia lagi.. kepada sahabat-sahabat yang bertanya.. inilah jawapan saya sebenarnya.. maaf ea sahabat-sahabat, bukan berniat nak buat kalian tertanya-tanya. saya yakin, seruan itu akan datang kepada saya tak lama lagi, InsyaAllah. Itupun, setelah saya rasa benar-benar bersedia, setelah saya berjaya menjadi anak yang solehah, sahabat yang baik, saudara yang berakhlak mulia dan yang paling penting... Saya berjaya meletakkan cinta kepada Allah S.W.T melebihi segalanya.. Buat masa sekarang, target saya hanya mengejar cinta Allah..



Buat pengetahuan sahabat yang membaca post ini, kini saya sudah merasakan kuatnya Cinta saya pada Allah.. Setiap saat saya hanya memikirkannya, menghitung waktu untuk bersolat, membaca al-Qur'an, berukhwah.. Allahhu Rabbi... stiap kali menyebut namanya, jantung saya berdegup laju sekaligus membuatkan saya rasa sangat rindu padaNya.. Pabila teringatkan kekasihNya, terasa sangat sayu... YA, saya sangat mencintai ALLAH dan Rasul.. saya berusaha untuk membuat segala perkara sunat yang mana Rasulullah selalu seru ummatnya melakukannya. Ini kerana saya memang sayangkan baginda... Muhammad Rasulullah..



Ayuh sahabat-sahabat, jom kita kejar cinta Allah dan kekasihNya Muhammad.. Buat apa kita nak risau tentang cinta manusia kalau kita sudah miliki cinta yang Agung ini.. SubhanAllah... Hasilnya, sekarang ini, saya rasa tenang dan saya juga merasakan Allah memudahkan segala urusan saya... Allah.. Allah... Besarnya NikmatMu Ya Allah.... Alhamdulillah~ (^_^)




Friday, May 25, 2012

Indahnya Sabar


Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti tidak akan lari dari ditimpa masalah... Pastinya, setiap manusia mempunyai masalah dan ujian yang berbeza-beza berdasarkan kemampuan masing-masing . Itulah yang Allah S.W.T telah catatkan dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 mengenai perihal ini ;

Mafhumnya : "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

Akan tetapi, ramai yang mengeluh akan setiap ujian yang menimpa diri mahupun diri  ini sendiri... Merasakan kita memang tidak mampu untuk menghadapikan.. seolah-olah ingin lari jauh dari semua itu.. jauh dari orang yang dikenali... jauh dari dunia ini... Malah, wujud sesetengahnya yang berazam untuk membunuh diri oleh kerana tidak mampu bertahan lagi... Ya sememangnya, Ungkapan sabar mudah dituturkan dengan bibir tetapi setakat mana ia mampu diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Ketahuilah bahawa sifat sabar ini boleh dipupuk sedikit demi sedikit.. kita hanya memerlukan kesanggupan untuk menzahirkan sifat sabar itu..  Ini dapat dilihat dalam maksud hadith berikut ;

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Harus diingat bahawa kesabaran itu hak milik Allah.. Maka, kita sebagai seorang Muslim yang beriman denganNya perlu sentiasa meminta petunjuk dan hidayahNya termasuklah nikmat kesabaran. Allah S.W.T hanya akan memberikan nikmat sabar itu hanya kepada mereka yang benar-benar mahukannya.

Pernah suatu ketika, dimana saya diuji dengan ujian kesabaran.. Mungkin Allah mahu menguji sejauhmana saya mampu menghadapinya dengan sabar dan penuh tawakal kepadanya. Satu hari pengkuliahan yang amat memenatkan saya. Saya sudah pasangkan niat untuk terus pulang ke rumah setelah kuliah terakhir pada hari tersebut. Selepas tamat kuliah terakhir, saya terus menghubungi sahabat saya yang saya percaya dia boleh membantu saya dalam soal menumpang kenderaan untuk pulang ke rumah.

Allahu Akbar, Dia lah yang menentukan segalanya.. dan kita hanya mampu mengatur perancangan. Sahabat saya tidak dapat menumpangkan saya oleh kerana punya hal lain yang perlu diselesaikan. Makanya, saya mengambil keputusan untuk beriktikaf di Masjid Universiti.. Di situlah, saya membaca al-Qur'an dan mengulangkaji pelajaran. SubhanaAllah.. Maha Suci Allah... Rupa-rupanya Allah mahu saya lebih banyak meluangkan masa bersama-Nya... Tahukah kalian , Cinta saya pada-Nya makin mendalam dek kerana hal ini.. kepenatan yang dirasakan sebentar tadi hilang dengan serta merta.... Alhamdulillah..

Kebetulan pada malam tersebut, saya dikehendaki menghadiri satu meeting penting.. Oleh kerana itu, saya cuba menggagahkan diri untuk ke sana. Walaupun jauh tempat meeting dari masjid, saya gagahkan juga.. ketika itu, saya hanya mampu tersenyum seorang diri dan sentiasa bersangka baik.. Mungkin ini juga salah satu kekuatan yang Allah berikan pada saya dalam bulan Rejab yang Mulia ini..

Saya cuba memberikan respon yang terbaik dalam meeting.. Meeting malam itu habis agak lewat dan saya memang terasa seperti hendak pitam. Memang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.. Hati dan badan2 saya seperti menjerit-jerit hendak pulang dengan segera kerana terasa tersangat letih.. Tidak pernah dalam hidup saya tersa letih sebegitu..

Tiba-tiba, kami diuji dengan ketiadaan pengangkutan yang cukup.. Hanya satu kenderaan sahaja yang boleh kami naiki sedangkan bilangan kami yang ramai membuatkan sebahagian daripada kami terpaksa menunggu seorang kawan kami yang mempunyai kenderaan sedang menghabiskan discussion nya. Saya dan kawan-kawan yang lain, semuanya mahu pulang awal. Ketika itu, mulalah perebutan antara mereka.. Ada yang beralasan nak balik dulu coz asignment banyak tak siap lagi, ada yang badan dah letih2, ada yang terasa nak demam and so on... Saya hanya mendengar dan terdiam.. Ikutkan hati memang nak marah2 je tapi bukankah Allah sayang pada orang2 yang sabar.. Saya hanya tersenyum...

Dalam hati hanya Allah yang tahu... saya mengalah dengan sahabat saya yang lain.. Saya menaiki kenderaan kawan saya yang lagi satu tapi terpaksa kena tunggu lambat sikit kerana dia sedang menghabiskan discussion.. Akhirnya, saya dapat juga pulang ke rumah... Alangkah terkejutnya saya ketika itu.. Rupa-rupanya kami yang sepatutnya terakhir sampai di rumah dapat tiba awal dari mereka yang telah pulang dahulu daripada kami.. Allahu Rabbi, Sungguh Allah Maha Pengasih.. Mungkin inilah Allah katakan bahawa beruntunglah orang-orang yang sabar.. Sebenarnya kawan-kawan saya yang sepatutnya tiba rumah awal itu terpaksa singgah ke tempat makan kerana ramai dikalangan mereka yang lapo..kenalah ikut majoriti kan?? ^_^ (daku hanya tersenyum mengingatinya)

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku kepada saya berkaitan dengan sifat 'sabar' ini. cuma kes ini paling diingati kerana ia baru berlaku. Lihat lah, betapa Allah S.W.T menunjukkan kasih sayang Nya kepada Hamba-hambaNya yang sabar dan bertawakal padanya. Sebagai peringatan bersama... Jom kita sentiasa bersangka baik dengan apa yang bakal berlaku kepada kita selepas ini.. dan bersabarlah walau apapun terjadi.. InsyaAllah, kalau kita tak dapat ganjaran di dunia... Di akhirat nanti pasti Allah akan beri.. Just nice~







Saturday, May 19, 2012

Jambatan Ilmu yang luas~



Setakat mana manusia menghargai nilai ilmu itu sendiri... Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seseorang hamba yang menimba Ilmu dengan tekun dan sabar. Allah S.W.T telah menyeru kepada sebahagian Hamba-hambanya yang beriman supaya mereka terus mendalami ilmu seperti dalam surah at-Taubah , ayat 122 :

Mafhumnya : dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Begitulah Allah nyatakan betapa untungnya orang yang menuntut ilmu. Ilmu juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana is akan menjadi bekalan kita yang terbesar di akhirat kelak. Ini kerana Ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian akan menjadi sedekah jariah kita di akhirat kelak . Yakinlah dengan janji Allah, sesungguhnya pasti ada hikmah di setiap ilmu yang kita peroleh.

Ada juga hadis menyatakan mengenai kelebihan ilmu seperti hadis diriwayatkan oleh at- Tarmizi,

" Daripada Abu Amamah R.A berkata , telah disebut di sisi Rasulullah S.A.W dua orang lelaki. Pertama, orang yang abid ( ahli ibadah ) dan kedua orang yang alim ( orang berilmu ) . Maka, Rasulullah S.A.W bersabda : Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripadamu ".

Ini membuktikan dengan lebih kukuh bahawa orang yang berilmu akan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah dan Rasulnya. Sudah pasti orang seperti kita tidak akan lepaskan peluang seperti ini demi mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah di Akhirat kelak. Oleh, itu, sebagai hamba Allah yang rindukan ketenangan dan keredhaan, pastinya kita perlu berusaha menambahkan ilmu di dada yang bukan sahaja demi kepentingan diri sebagai penyuluh hidup, malah untuk kepentingan dan kebaikan Islam bersama.

Saturday, May 12, 2012

seputih salju ( part 6 )

Setelah sekian lamanya meninggalkan kampung halaman tercinta, akhirnyaYasmin dapat juga menjejakkan semula kakinya di tanah air tercinta. Begitu meriah sekali sambutan yang diberikan oleh keluarganya dalam menghargai kepulangannya setelah sekian lama tidak bersua muka.Turut hadir di KLIA adalah sahabat karibnya di sekolah lama dahulu, Sufiyya. Memang tidak dapat disangkal lagi, sahabatnya sufiyya memang seorang yang manis dan menarik sejak dulu lagi. Tidak berubah sedikit pun sahabatnya itu sehingga kini.


Di rumah , Yasmin banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya. Yasmin adalah anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Tidak hairan jika ayahnya akan melebihkannya dalam segenap perkara. Segala permintaan anak perempuannya itu pasti akan ditunaikan. Sebenarnya, kepulangan Yasmin ini telah dirancang awal lagi dek kerana dia mempunyai satu perkara besar untuk ditunaikan.


3 Bulan sebelum Pulang ke Malaysia, Yasmin telah dilamar oleh seorang lelaki yang tidak disangka-sangka. Ya, pasti jika diberitahu kepada keluarga dan sahabatnya, pasti mereka sukar untuk mempercayainya kerana Yasmin terkenal dengan kekerasan hatinya untuk memberi cinta kepada seorang yang bergelar lelaki. Tetapi itulah jodohnya yang di tetapkan oleh Allah. Tetapi, siapakah jejaka yang telah berjaya meyakinkan Yasmin itu???


Lelaki bertuah yang sentiasa kekal di hati Yasmin itu adalah Yusof Bin Abdullah. Ya, dialah jejaka itu. tapi bagaimana pula mereka boleh berjumpa?? ramai yang mempertikaikannya terutamanya sufiyyah, sahabatnya yang sama sekolah dengan Yusoff. 'bukan kah Yusof di Jordan? bagaimana boleh berjumpa?' soal Sufiyyah dalam hati yang sayu. Sufiyyah sudah lama memendam rasa kasih buat lelaki bernama Yusof itu. Malah, rasa kasih itu telah subur sejak zaman dibangku sekolah lagi.  Sufiyya bagaikan stalker yang misteri, sentiasa memerhati 'secret admire' nya itu. Alangkah sedih dan pilu hatinya pabila mendengarkan berita itu.


Ketika itu, keluarga Yasmin semuanya gembira mendengarkan berita itu. Mereka seolah-olah terus merancang tentang tarikh dan persiapan pernikahan Yasmin. Hanya Sufiyyah yang mendiamkan diri. Air matanya hampir tertumpah ke bumi menahan sebak di dada. Betapa sedihnya hatinya ketika itu. Masakan tidak..Sufiyyah teramat cintakan Yusof sehingga di setiap akhir sujud solat hajatnya, pasti akan mendoakan keselamatan dan kebahagiaan lelaki itu dan memohon agar suatu hari Yusof berjaya menjadi miliknya. Tetapi.... apakan daya, Allah lebih mengetahui soal perkara ini.Dia perlu redha akan itu.


Manakala Yasmin, dia terus panjatkan syukor pada Allah berulang-ulang kali kerana melembutkan hati kedua ibu bapanya dan sekaligus memudahkan soal jodohnya. tidak sia-sialah dia sentiasa berdoa dan solat sunat khas untuk memudahkan jodoh. Empat bulan yang lalu di Rusia merupakan waktu Allah menguji Yasmin dengan ujian cinta manusia yang maha hebat, Yasmin keliru yang manakah dikatakan cinta yang didasarkan kepada Allah. Sungguh, baginya, ujian cinta dalah ujian terhebat yang pernah dia alami. 


Ya, Pada mulanya Yasmin mendapat lamaran daripada Haikal melalui abang angkatnya, Sufian. Malah, Yasmin mempunyai memang tertarik dengan Haikal kerana kebaikannya yang payah untuk Yasmin membalasnya. Kebaikan Haikal memang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki pun. Tambahan, Haikal memang kacak, pandai dan Bijak tetapi soal agama, Yasmin sendiri bingung mengapa ada sesuatu yang menghalangnya untuk menerima lamaran jejaka yang bernama Haikal Bin Mohd Faizal. Disaat itu, Yasmin banyak menghabiskan masa bersama kekasih agung.. Allah S.W.T. Yasmin sentiasa bermunajat dan memohon petunjuk yamg manakah terbaik buat dirinya.Dan Istikharah menjadi saksi permohonan petunjuk dari yang Esa.






Yusof?? ntah macam mana dia boleh muncul kembali. Namun, dialah yang muncul dalam setiap mimpi tidurnya, memikirkan kenangan lalu bersamanya membuatkan Yasmin lupa segala masalah. Setiap kali makan akan cepat terasa kenyang dan setiap kali ujian  tiba hatinya terasa tenang luar biasa. sepertinya ada sesuatu antara mereka. Walaupun begitu, Yasmin menafikannya kerana mustahil baginya untuk bertemu semula dengan lelaki yang pernah menambat hatinya sewaktu di sekolah dulu. 'Erm, mungkin sebab aku banyak tengok Fb orang kot, asyik2 ternampak statement dia.. kalaulah dia tahu aku tengok Fb dia.. kompem dia terkejut, nasib baiklah dia xtaw profile aku', gomel Yasmin dalam hati. Mungkin Allah ingin menguji sejauhmana keimananku dengan mendatangkan ujian cinta.


Suatu hari yang tenang lagi indah, Yasmin bersama sahabatnya fatin berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Sungguh, Bumi Allah itu luas. Luas-luas Bumi Allah ini, Yasmin juga ternampak sesuatu yang tidak disangka-sangka,iaitu kelibat seorang jejaka.  'Eh, macam kenal je, Ya Allah.. adakah ini jawapannya??? Allahu Allah.. Besarnya kuasamu sehingga mampu menemukan dua insan yang jauh, Allahu Rabbi" bisik Yasmin dalam hati.Ketika itu, jantung Yasmin semakin berdegup kencang seperi gendang yang diketuk bertalu-talu.


Tanpa sedar, Yasmin sudah pun berada dihadapan jejaka itu, " Assalamualaikum, sorry for interupt, are u Yusof Bin Abdullah ??" soal Yasmin dengan yakin. pemuda itu sambil tersenyum manis dan menyoal kembali " Waalaikumsalam.. Eh, awk...Yasmin.. SubhanaAllah... ".Suara Yusof nampak menggetar, mungkin kerana kaget. Buat seketika mata mereka bertaut lama.Suasana ketika itu sangat sejuk ditambah pula dengan salji yang turun membasahi mereka. Yusoff tanpa sedar memakai kasut yang berlainan jenis rupanya.  Tanpa disedari, seorang pak cik menegur Yusoff untuk meminta kasutnya dipulangkan. Alangkah malunya Yusof ketika itu terutamanya berlaku dihadapan gadis idamannya, maka bertambahlah kemaluannya itu.


Sebenarnya, Yusof memang berhajat untuk berjumpa dengan Yasmin di Rusia walaupun kedatangannya ke Rusia hanyalah untuk menjenguk uminya yang sedang sakit dan mendapat rawatan disitu atas tajaan kawan lama Ayahnya yang telah meninggal dunia. Sungguh, Mereka memang sukar untuk mempercayainya kerana mustahil untuk mereka berjumpa kembali. Namun Allah telah menetapkannya di Luh Mahfuz lagi bahawa mereka berdua pasti akan bertemu cinta pertama mereka di situ...... Haikal Bin Faizal??? bagaimana pula dengannya, pastinya hatinya kini hancur.. Tetapi setiap insan pasti punyai cerita cintanya tersendiri... nantikan  ......





Monday, April 23, 2012

The Number One For Me...???

The Number one for me??? hah, siapakah??? setiap orang pasti ada meletakkan siapakah yang paling mereka kasihi di dunia ini. Ada diantara mereka meletakkan tempat itu pada suaminya, ada juga meletakkannya pada keluarganya, malah ada juga meletakkannya pada yang tidak sepapatutnya, lover.. Tapi, tahukah anda siapakah yang paling layak untuk title 'the one' ini??? pastinya hanyalah Allah S.W.T.

Macam mana pula jikalau kita nak menjadikan insan yang kita sayang di dunia ini sebagai the number one dalam hati kita, adakah tidak boleh?? Jawapannya, pastilah boleh. tapi haruslah kasih sayang itu diletakkan pada tempat sepatutnya. kalau saya, 'The number one' yang paling layak diletakkan adalah my own mom, my umi.. after Allah and Rasulullah. ^^. You know what?? umi slalu sabar layan karenah kami adik beradik. tidak pernah satu saat pun umi mengadu penat and so on. Sampai sekarang diri ini sangat kagum dengan UMI.

Bagi saya, Umi adalah orang paling penting dalam hidup saya slepas ayah. Pernah satu ketika, saya menuntut ilmu di UKM. Ketka itu saya stay kat luar Universiti dan saya tiada kenderaan tetap untuk ulang alik dari rumah sewa ke  UKM. Selalunya, saya pasti akan menumpang kenderaan housemate sama ada motor mahupun kereta. Akan tetapi, pada suatu hari Allah mengkehendakkan tiada siapa yang boleh ambil saya dari UKM untuk pulang ke rumah sewa. Maka, saya rasa sangat tertekan waktu itu kerana memikirkan keselamatan dan banyak tugasan yang perlu disiapkan dengan segera.

Pada waktu itu, secara tidak sedar saya pun terdail nombor umi. Mula-mula ingatkan nak tanya khabar je. Tapi, hanya Allah tahu betapa sedihnya saya waktu itu dan amat memerlukan seseorang untuk meluahkannya.Maka, saya memilih umi tercinta.

saya: assalamualaikum umi, umi sihat?? dah makan??

Umi: waalaikumsalam, ha shiki.. sihat alhamdulillah.. kami kat sini tak makan apa lagi, qi. tadi balik keje umi terus tidur, penat sungguh hari ni. Adik-adik hang ni dok kata lapar. t masak-masak mee jela kami.

Saya: Umi... ( dengan suara sebak ) shiki rindu kat umi.. huhu =,(

Umi : sayang, napa ni? ada kat mana ni? dah makan blom ? qi nangis ea?? kenapa ni sayang?

Bila dengar umi cakap macam tu, air mata terus mengalir dengan lajunya. sangat terharu dengan pertanyaan umi.

Saya: xlah ok je.. rindu kat umi je..

Umi : yela tu, baik cerita. kenapa ni ? xda duit ke?

Saya: umi, shiki tak da kendaraan nak balik umah. shiki contact semua housemate, semua x bls. huhu..erm, xpe la umi.. jgn risau ea. saja nak luahkan.. rasa terbeban dalam hati.

Umi : Ya Allah, xbalik2 lagi ke? dah lewat malam dah ni? tunggu situ sat. t umi datang. tunggu taw. nanti sms umi qi da kat mna ea.

saya : eh , umi xpelah.. Umi...umi..

Umi terus letak telefon. tak sempat saya nak menghalang umi untuk datang ambil kat UKM semata-mata nak hantar ke rumah sewa. lebih baik aku balik. AllahuRabbi, saya sangat bertuah dapat ibu macam umi. Walau penat sekalipun sanggup datang. Nasib baiklah rumah kat putrajaya, kalau kat kelantan ke Johor ke, mau sanggup datang jugak. Time tu tersangat rasa bersalah pada umi. Mungkin Allah nak saya lebih menyayangi dirinya.nilah salah satu kenapa saya semakin yakin dialah ' The number one for me'. Jom, kita sayang our mom sama2.. hehe~

http://www.youtube.com/watch?v=f4J7-WR1QOY&ob=av2e

Umi, This song i dedicate for u..
U are " The Number One for Me "..
Credit to Maher Zain coz sing this song.. ^^
Let's love our mother..

this is my sweet mom~





Tuesday, March 20, 2012

Seputih Salju (Part 5)

Yusof berjalan di luar kawasan penempatan pelajar mesir seorang diri. Baginya penting bagi seorang Hamba Allah untuk mentadabbur alam ciptaanNya yang tiada bandingnya. Hatta persekitaran ciptaan manusia pun tidak dapat dibandingkan dengan alam ciptaan Illahi. Tatkala melihatkan burung, alangkah seronoknya apabila dapat terbang tinggi ke angkasa. Melihat pokok, alangkah seronoknya dia menjadi tumpuan orang. Tetapi semuanya tidaklah sehebat manusia yakni khalifah ciptaan Allah S.W.T.Semua makhluk iri hati akannya. Sungguh, Allah mengurniakan lebih kelebihan kepada mereka. Mereka boleh berbuat apa sahaja di dunia ini asalkan berpandukan pada syariat, Malah Allah mengangkat taraf khalifah ini ke tahap yang paling tertinggi." Alhamdulillah, thank u Allah", ucap Yusof dalam hati.

Sesampainya Yusof di penempatan pelajar Malaysia. Dia terus ke dapur untuk memasak pada hari ini. Sebenarnya, Yusof telah merancang sejak diluar tadi untuk masak sesuatu yang istimewa buat sahabat2nya. "erm, x sabarnya nak makan dalam talam dengan diorg, mesti diorg terkejut tgk aku masak" bisik Yusof seorang diri sambil tersenyum. Apabila Yusof sedang khusyuk memasak, Hakim datang menjenguk. "oit, akh.. buat apa tu?? wanginya !! bau sampai ke bilik ana. Enta mimpi apa masak awal2 ni? ha, mesti da berita gembira.." seloroh Hakim. " uish, enta ni ! masak salah, xmasak pun salah... apa salahnya klu sekali skala ana masak .. lagipun, bukan ke antum semua terinin sgt nak rasa air tangan ana yang sedap ni.. hehe" tergelak Yusof melihat gelagat sahabat karibnya itu mengusiknya.

"Akh, ana dah minta tolong abang saudara ana yang kat sana tentang muslimat yang enta suruh risikkan tu, stakat ni dia tengah mencari siapakah yang bernama Yasmin Binti Ahmad yang enta cakap hari tu, katanya dia xjumpa2 lagi.. t kalau dah dapat berita apa2, ana bagitaw kemudian ea.." Hakim menerangkan kepada Yusof soal permintaannya sebelum ini."Takpelah Hakim, jangan desak sangat saudara enta tu, kesian pulak dia.Dah la study lagi, diserabutkan pulak dengan permintaan ana ni, kesian pulak dia" jawab Yusof." Bukan apa, Ana nak penuhi permintaan enta, lagipun ana kesian tengok enta ni.. boleh dikatakan WAJIB dah nak nikah.. asyik termenung je.. xtaw la engatkan siapa kan.., haha.." Panjang helai tawa Hakim.

Yusof hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu. Namun, fikirannya juga turut melayang entah kemana. Yusof menatikan saat dipertemukan semula dengan gadis idamannya itu sekaligus ingin menjadikannya permaisuri dihati."Ya Allah, Adakah dia Milikku??" soal Yusof dalam hati.Sebenarnya, Yusof merancang untuk pulang ke Malaysia pada dua bulan akan datang dengan membawa berita gembira kepada ummi kesayangannya. Dia ingin memenuhi impian umminya untuk melihat pernikahannya tahun ini. Tetapi, adakah dia mampu memenuhi impian itu. Moga-moga Allah mendengar permintaan Umminya....

*******************************************************************************

Yasmin mendapat message daripada seorang senior yang sangat dia kagumi.Bagi Yasmin, seniornya itu sudah dianggap sebagai seorang abang kerana keprihatinannya menjaga Yasmin sejak tahun pertama pengkuliahan lagi. 'abang' nya itu selalu membantunya tika Yasmin dalam kesulitan. Katanya ingin berjumpa dengan Yasmin untuk bertanyakan sesuatu. Sejak tadi lagi, Yasmin tertanya -tanya apakah yang ingin ditanyakan oleh seniornya itu. Yasmin menuju ke tempat yang telah dijanjikan.Ternampak kelibat dua orang lelaki di satu sudut taman rekreasi yang indah. " Alhamduliilah, nasib baik abg Sufian bawa teman. Fatin xdapat temankan coz ada kuliah.. Tp siapa ek lelaki tu" bisik Yasmin dalam hati.

"Assalamualaikum, abg. Maaf buat antum lama tunggu" Sapa yasmin. " Waalaikumsalam, Yasminnn... Ha, datang pun.. ni abg perkenalkan kawan baik abg, Haikal classmate jabatan abg" Jawab Sufian. Alangkah terkejutnya Yasmin melihat lelaki itu. " kenapa dia muncul lagi, AllahuRabbi" bisik Yasmin dalam hati. " Hi, nice to meet u, keciknya dunia ni kan.. xsangka kte dapat jumpa lagi. owh, Enti lah Yasmin ea??" ucap Haikal tepat memandang mata Yasmin, seolah-olah memperlinya. " dah tahu buat apa tnya lagi, pelik la mamat ni" gomel Yasmin dlam hati sambil membalas ringkas pertanyaan Haikal: " ye , analah Yasmin.. nice to meet u again"

Suasana menjadi sepi setekita lalu Sufian memulakan bicara. "Min, maaf abg amk masa min sket pagi ni. ni Haikal ni nak kenal siapa Yasmin, katanya ada hal nak tanya sket". "Small matter la abg, lagipun, min banyak dah menyusahkan abg, kalau stakat permintaan sekecik ni, apalah sgt.. ermm, enta nak tanya apa ea??" soal Yasmin pada Haikal. "Pertama skali.. ana mohon maaf pada saudari Yasmin kerana mengambil masa enti sedikit dan mengenai pertemuan kita sebelum ini, bukan niat ana nak menyinggung perasaan enti, mohon maaf skali lgi.. sebenarnya ingin bertanyakan status enti, sudah berpunya atau belum? " ucap Haikal.

" Perkara lama baik kte lupakan, ana xsimpan apa2 pn.. kalu boleh ana taw, sapa ea bertanyakn soalan ni? enta k atau orang lain?" soal Yasmin kembali. Haikal teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Baginya, memberitahu hal sebenar umpama melepaskan sesuatu yang amat berharga. Haikal tertarik dengan Yasmin sejak awal pertemuan lagi. Bagi Haikal biarlah Yasmin nampak perasaannya itu nanti.. Dia ingin Yasmin tahu  dalam keadaan yang tenang dan mengenali dirinya. " erm, ana just tanyakan. suatu hari nanti enti akan tau juga siapa orangnya" jawab Haikal.



"Allah.. ana xtaw nak jawab macam mna. sekarang ana masih lagi dibawah jagaan mak ayah ana.Ana mengharapkan jodoh akan muncul setelah ana grade nanti.. xsangka pulak sekarang dah da yang bertanyakan status ana" ucap Yasmin dengan tenang. Soal Haikal lagi" enti suka lelaki yang macam mana ea? maaf, banyak tanya". Persoalan yang diutarakan sudah lari dari tujuan yang asal. apakan daya, Haikal xmampu membendung perasaan hatinya untuk mengetahui segala tentang gadis yang berjaya menarik hatinya itu.

" wah, cepumasnya soalan.. ana xlah demand sgt.. ana juz nak lelaki soleh yang mampu membimbing diri ini dan bakal anak kami ke jalan yang Allah redhai , soal bentuk fizikal dan perkara2 furu' ni ana xkisah sgt sebenarnya cuma biarlah molek mata memandang, xgitu abg Sufian??" Yasmin memandang Sufian sambil tersenyum.Sufian senyum kembali kerana dia tahu Yasmin seperti mengaitkn dirinya dalam hal ini. Dulu, waktu Sufian merisik isterinya, Yasmin  lah org yang banyak membantu dan menjadi orang tengah.

"erm, menarik tu! ana akan take note" Ucap Haikal sambil ternampak deretan giginya yang cantik seperti model itu kepada Yasmin. Ramai gadis di kuliah yang meminati Haikal kerana wajahnya yang hensem terutama senyumannya yang mampu menawan hati ramai gadis2 di universiti. Hatta, wujud juga sebilangan gadis Rusia yang meminatinya juga dan ingin berpacaran dengannya." Huh, nakalnya senyuman!! meluat plak tengok. bajet hensem la 2... ALLAH..ALLAH.. diakah orang yg bertanyakan statusku ataupun orang lain??" Yasmin bermonolog sendirian. Yasmin seolah-olah mengharapkan pertanyaan itu dari naqibnya di sekolah dulu yang pernah merisiknya dan masih mengutuskan email kepadanya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Yasmin masih mengira-ngira siapakah gerangan yang bertanyakan satusnya.." Haikal k ek, eh.. xmungkinlah.. ak baru je kenal dia.. xsampai sebulan pun... k ust Faisal.. tapi, betul ke dia masih simpan perasaan kat aku.. ntah2 dah kawin , anak 3 ape..ermmm, napalah hati aku rasa semacam je" Yasmin mengetuk-ngetuk dadanya perlahan. "Ha, entah2 Yusof... Dia pernah email ak 2 minggu lepas.. tp, bukan dia kt Jordan ag k.. org hensem macam dia.. sapalah xnak.. bertuahlah sapa dapat dia" hati Yasmin sayu memikirkannya. Setiap kali dia cuba memejamkan mata dan memikirkan siapakah orang yang bertanyakan statusnya, senyuman Haikal kerap kali muncul di benak fikirannya.." Astagfirullah al-'Azim...., ampunkan aku Ya Allah.." "napalah muka dia je yang muncul.. bukannya hensem sangat pun".. Yasmin cuba membuang jauh-jauh gambaran senyuman lelaki itu yang berjaya menganggu ketentramannya.

Bagi Yasmin, Biarlah Allah menentukan segalanya.. Dia yakin pasti ada sang arjuna yang menantikan hatinya untuk dicurahkan segala cinta dan kasih sayang.. cuma dia perlu bersaba menanti siapakah arjuna impian yang berjaya menakhluk hatinya yang keras ini. "Semoga Allah memandang kesabarannku ini.. Aminnn Ya Rabb". Doa Yasmin dalam hati dengan penuh pengharapan.