Assalamualaikum semua... Semoga di bulan yang penuh rahmah dan barakah ini, kita semua mendapat fadhilat Yang Maha Besar dari Allah S.W.T.. InsyaAllah, Aminn Ya Rabb.. ^_^ kali ini nak kongsi sikit mengenai hebatnya kuasa lagu dalam kehidupan seharian kita.. dimana ia mampu memberi impak yang besar terhadap 'mood' atau rasa hati kita acap kali kita mendengarkan sesuatu lagu ataupun alunan..
credit to: rusydee Artz ~
Tahukah sahabat-sahabat semua.. perasaan atau 'mood' kita akan terbentuk apabila kita mendengarkan sesuatu lagu.. misalannya, apabila saya dengar lagu maher zain, " number one for me'.. saya terus rasa rindu dan sayang kepada umi saya secara serta merta sekaligus mengingatkan kembali zaman kedegilan saya sewaktu kecil.. video musik tersebut secara tidak langsung membuatkan saya teringat semula sikap saya dan kakak semasa kami kecil . N then mulalah saya ketawa dek kerana terkenangkan kembali zaman kedegilan saya dan adik-beradik yang lain.. Teringat pabila saya dan kakak saya pernah teringin tahu bagaimana rasanya menghisap tembakau sewaktu kecil dulu.. tup..tup.. baru nak masuk ke mulut, ayah menyedari kelakuan kami.. x semena-mena kami kena marah dengan ayah.. Yang paling best tentang ayah, dia pasti akan pujuk kami semula lepas beberapa minit dia marah.. hehehe.. .. Umi... Hanya menggeleng kepala.. ^^ We do Love u Ayah n Umi...
Misalan yang lain, saya seorang yang suka dengar lagu yang menjadi minat orang lain supaya saya dapat memahami perasaan dia serta secara tidak langsung.. i know what really they are and their mood right now.. ^^... Contohnya, saya ada seorang sahabat yang suka dengar love song.. But, satu hari dia minta saya dengar lagu yang baginya seronok dan sedap.. Yup, memang sedap dan mampu mengusik jiwa.. selang beberapa hari baru dia buka cerita.. she fall in love.. hee~ patut la kan..
Nak ceritanya bahawa... Senang je nak tahu mood orang lain n bentuk mood kita setiap hari.... kita boleh membentuk mood kita hanya dengan mendengar lagu.. its easy, right?? So, pagi2.. dengarla lagu2 yang memberi semangat.. kurangkan dengar lagu2 yang melalaikan dan meruntuhkan semangat dan iman kita..
Dengan rendah hati...Saya mengesyorkan di bulan Ramadhan yang mulia ini.. jom kita sama2 mendengarkan ayat-ayat suci al-Quran, zikir2 mahupun lagu2 yang boleh menginsafkan diri agar hati dan jiwa kita mampu melahirkan rasa atau 'mood' untuk mengejar semua fadhilat di bulan yang mulia ini... semangat! hee ^_^
~ Hati jadi tenang bila baca Qur'an.... Barakah Ramadhan Kareem
No comments:
Post a Comment