Friday, November 30, 2012

Bukan tak mahu tapi Malu


Selalunya apabila disuakan kepada kita sesuatu yang tidak kita sukai dan jangkakan, pasti kita akan terkedu dan terdiam seribu bahasa...hati pula akan tertanya-tanya.. mengapa aku?? kenapa bukan orang lain?? Ya Allah, bala apakah ini?? Inilah soalan-soalan yang kadang kala menghimpit diri pabila diberikan Sesuatu yang sangat kita rasa tidak perlu pada waktu sekarang..Contoh mudah, Amanah !
Tapi benarkah tak mahu?? 




Ini sebenarnya berbalik kepada hati kita.. betulkah hati kita tidak mahu ataupun kita hanya menurut kehendak nafsu semata-mata..Na'uzubillahi Min Zalik.. Sahabat2, bukankah Allah telah nyatakan dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud :

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ..." ( 2: 286)

Maka, ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak akan membebankan mana-mana hambaNya di luar tahap kemampuan yang mereka ada.. mengapa lagi kita sebagai hamba, masih mempersoalkan segala apa yang Allah berikan buat kita.. Sememangnya Manusia tidak akan lari daripada berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara mulanya, tapi mengapa tidak kita mengubah persepsi itu.. Kita diberi peluang oleh Allah dalam membuat pilihan.. Maka, gunakanlah kuasa dan hak yang telah diberikan itu dengan memilih bersangka baik..



Bersangka baiklah dengan apa yang Allah tentukan buat kita.. Allah mengilhamkan kepada seseorang untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya.. adakah kita redha dengan apa yang ditentukan ataupun sebaliknya.. Jika difikirnya, sebenarnya ujian yang dihadapi itu adalah satu imbuhan buat kita di masa kelak..
Kita hanya membayangkan kesannya singkat buat masa sekarang... Tapi, sebenarnya ia jauh lebih hebat dan bermanfaat pada masa akan datang... Percayalah..

Sebagai contoh lain yang mudah dan suka  untuk kita fahami... Jodoh.. bila berbicara soal ini... terasa sangat malu tapi kita tidak nampak kesannya pada jangka masa yang panjang.. Bagi mereka yang belum sedia memikirkan soal ini pasti akan terus mengatakan 'tidak' pada lamaran yang datang.. Tapi, adakah sebelum mengatakan demikian, dia telah selidiki hati budi insan itu..keluarganya dan kawan-kawannya..

Oleh itu, jangan biarkan bibir kita mudah melafazkan kata-kata sebelum berfikir terlebih dahulu..Jika diperhatikan, hati kita sememangnya mahu tapi kita yang menafikannya habis-habisan kerana memikirkan mahu manfaat yang segera.. ini termasuklah soal jawatan, amanah, lamaran n so on.. Kesudahannya, apa dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. maaf kalau salah.. =)

Kita disarankan untuk merendah hati bukan merendah diri.. Allah ciptakan semua makhluknya dalam keadaan yang cantik lagi indah tapi kita je yang buta dalam menilai sesuatu yang telah Allah kurniakan..Memang wajar untuk malu tapi janganlah melampau dan tidak kena pada tempatnya.. Juz percaya dan tawakal jika benar ia terbaik untuk kita.



-Peringatan untuk diri yang lemah ini dan semua- ^_^

No comments:

Post a Comment