Setakat mana manusia menghargai nilai ilmu itu sendiri... Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seseorang hamba yang menimba Ilmu dengan tekun dan sabar. Allah S.W.T telah menyeru kepada sebahagian Hamba-hambanya yang beriman supaya mereka terus mendalami ilmu seperti dalam surah at-Taubah , ayat 122 :
Mafhumnya : dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Begitulah Allah nyatakan betapa untungnya orang yang menuntut ilmu. Ilmu juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana is akan menjadi bekalan kita yang terbesar di akhirat kelak. Ini kerana Ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian akan menjadi sedekah jariah kita di akhirat kelak . Yakinlah dengan janji Allah, sesungguhnya pasti ada hikmah di setiap ilmu yang kita peroleh.
Ada juga hadis menyatakan mengenai kelebihan ilmu seperti hadis diriwayatkan oleh at- Tarmizi,
" Daripada Abu Amamah R.A berkata , telah disebut di sisi Rasulullah S.A.W dua orang lelaki. Pertama, orang yang abid ( ahli ibadah ) dan kedua orang yang alim ( orang berilmu ) . Maka, Rasulullah S.A.W bersabda : Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripadamu ".
Ini membuktikan dengan lebih kukuh bahawa orang yang berilmu akan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah dan Rasulnya. Sudah pasti orang seperti kita tidak akan lepaskan peluang seperti ini demi mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah di Akhirat kelak. Oleh, itu, sebagai hamba Allah yang rindukan ketenangan dan keredhaan, pastinya kita perlu berusaha menambahkan ilmu di dada yang bukan sahaja demi kepentingan diri sebagai penyuluh hidup, malah untuk kepentingan dan kebaikan Islam bersama.
No comments:
Post a Comment