Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran sejak sekelian kali.. mengapa dia tinggalkanku?? mengapa perlu aku merinduinya?? teruk sangatkah diri ini?? banyaknya benda kena buat??? ah, semuanya sia-sia je aku buat?? masing-masing akan menyalahkan diri... Tapi, kte jarang nyatakan sebegini, ' InsyaAllah, ada yg lebih baik buatku' atau 'aku yakin Allah sedang sediakan sesuatu yang indah buat aku' atau juga 'Mungkin aku yg perlu baiki diri ini' ... alangkah indahnya kita berfikir seperti itu...
Hati kita automatik akan menjadi tenang dan hilang segala keserabutan di kepala.. mengapa kita harus sesakkan fikiran kita dengan hanya memikirnya sesuatu yang tidak ada nilai dan tidak akan memberi keuntungan apa pun buat kita, malah hanya menambahkan kesesakan dan kebenakan di kepala sahaja...sedangkan banyak lagi perkara lain yang boleh membuatkan kita gembira dan bahagia... Allah lagi tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya..^_^
Untuk menjadikan hati kita sentiasa tenang dan sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan Allah, firstly, kita kenalah jaga hubungan dengan pencipta kita yang Maha Agung. Hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati hamba-hambanya... perasaan sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya... semuanya Allah dah tentukan.. kita hanya perlu membuat pilihan yang tepat... sama ada perlu k lagi untuk aku marah??? Perlu ke aku teruskan mengingati yang tidak perlu??? perlu ke aku bersedih??? n so on.
Choices is in our hand !!!
Mood kita sepanjang hari sebenarnya berpunca dengan apa yang kita buat pada setiap pagi setelah bangun dari tidur.. Oleh sebab tu lah, kita sebagai seorang muslim dan Mukmin yang hebat dituntut menyebut nama Allah setelah bangun dari tidur.. senyum di depan cermin walaupun muka macam apa ntah.. yang penting, walau apa pun yang bakal berlaku sepanjang hari itu, kita dapat menghadapinya dengan tenang dan gumbira.. Be positive k! dont sedey2.. (^_^)
Perkara yang perlu kita lakukan pabila datang sesuatu yang menyesakkan dada dan fikiran.. sentiasa biasakan dan amalkan menyebut nama Allah, bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada Allah setelah kita telah sehabis mungkin berusaha ke arah menyelesaikan sesuatu perkara... n the most important things is kadang kala kita perlu beruzlah seketika daripada segala keserabutan yang melanda... yang paling best menyendiri di masjid.. terasa sangat tenang.. dapat solat jemaah, dengar tazkirah... Allahu Akbar... rasa macam nak duduk lama-lama dalam masjid...
Banyak sebenarnya kita boleh buat daripada terus menunggu dan termenung menantikan solusi yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda... Allah itu Maha Mendengar... Maka, berdoalah padaNya pada bila2 masa je.. Lagipun, Bukankah Allah suka mendengar rintihan hamba-hambaNYa...
thats why I Love Allah so Much... ^_^
No comments:
Post a Comment