Monday, October 29, 2012

Cemburu @ Jelous ???

Sememangnya semua telah maklum bahawa wanita itu sinonim dengan sifat cemburunya.. ini tidak dapat disangkal lagi.. pabila diuji, pasti terselit rasa cemburu itu walaupun sedikit.. Namun, sejauh mana rasa itu perlu ada dalam hati ini... adakah ia membawa kepada kebaikan?? ataupun ia lebih kepada keburukan??
Its all about YOU...



Jikalau kita cemburu atas alasan tidak perpuas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain.. memang tidak wajarlah perasaan itu, TETAPI, andai rasa itu muncul kerana kita kasihkannya lebih dari yang lain, Wajarlah kan! sy bagi contoh, ada seorang anak yang melihat Ibunya lebih menyayangi adiknya berbanding dirinya, timbul rasa cemburu yg bukan kepalang.. maka, wajar untuk dia punya rasa seperti itu.. Namun harus diingat bahawa jangan terlalu melayani perasaan itu, takut2 ia memberi banyak kemudaratan daripada kemaslahatan... Fikir2 kan ek..

Saya ada terbaca hadith-hadith yang berkaitan dengan rasa cemburu ini tp sy tidak pasti akan status hadith tersebut. Menariknya, ia adalah berkaitan cemburu seorang isteri. Aisyah R.A memang dikenali dengan sifat cemburunya. Pantang sekali Rasulullah menceritakan perihal Siti Khadijah R.A, pasti wajahnya berubah rupa. Ia bukanlah kerana cemburu buta dan hasutan syaitan semata... tapi, ia hadir kerana besarnya kasih sayang dia buat Baginda.. Indahnya jika kita punya rasa seperti itu..


Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)



Perasaan yang hadir tanpa diduga, akhirnya hadir.. Kita menyukai seseorang itu dalam diam.. melihat status2nya dalam FB... Gayanya bergaul dengan wanita lain.. hati kita seperti dicucuk sembilu.. Adakah itu cemburu??? kita renung sejenak bersama~ Allah mengurniakan rasa itu tatkala diri ini belum punya hak lagi atas dirinya, seharusnya kita meng'nyah'kan rasa itu.. Malah, kita disarankan berdoa dan mendirikan istikharah jika benar dialah jodoh buat kita... Jangan terlalu ikutkan rasa itu, nanti ia akan memakan diri... Juz Smile K !! Kalau bukan dia, mesti ada yang lain dan lebih baik darinya... InsyaAllah~ ^^



Bagaimana pula jika kita cemburu pada sahabat kita sendiri??? Ini sebenarnya berbalik pada diri kita sendiri.. Allah memberikan nikmatNya kepada seluruh hambaNya tanpa hitung.. mengapa kita sering menghitung segala apa yang Allah telah kurniakan.. Mungkin dia punya kelebihan dari sudut itu.. Tapi, belum tentu dari sudut yang lain... Husnul Zhan lah kepada Allah dan sahabat kita itu...
Banyak lagi manfaat dan nikmat yang kita miliki tanpa kita sendiri sedar..
iaitu nikmat IMAN, ISLAM & EHSAN..... ^_^


















3 comments:

  1. Ingat x soalan akak kat iqi..?

    'Iqi pnh ada rasa cemburu x..?'

    tp jawapannya ..'entahlah...~ '

    =_=

    tp skrg..? hehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. sy suka sgt ^_^ .... so sweet... terasa d hati... rohani terisi, kebaikan daripadaNYA kita nikmati... ^_^

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah, kini Allah telah menguji dari aspek itu.. memang terkena pada diri ini , kak miza... ^_^
    For my fren, aida.. tq for ur support~ ^_^

    ReplyDelete