Monday, December 31, 2012

Air Mata diambang TaHun BaRU...

Tinggal beberapa minit lagi sebelum tahun 2012 meninggalkan kita... sy tertanya-tanya apakah yang bermain di hati dan fikiran orang pada waktu ini.. seronok ke?? atau sedih ke?? Allah Lagi Maha Mengetahu.. sedang kita TiDaK... (",)

Saya cuba menenangkan diri apabila sy baru sedar yg rupanya dah nak masuk 2013... waktu awal Muharam hari tu tak la plak rasa macam ni.. Tapi apa je yang sudah aku buat??? Allahu Akbar... sy terus banyakkan Istighfar.. tetiba terkedu sendiri, tak semena-mena minta adik marah... apakah??? terlalu banyak benda yang lagho, teruk n so on yg telah sy buat sepanjang tahun ni.. nescaya kalau list kan mesti tak muat satu kertas... =(

Bukan saja-saja saya nak cerita tentang ini.. Tapi, nak kongsikan pada yang membaca supaya memang sepatutnya kita selalu rasa macam ni... Supaya kita lebih menjaga tingkah laku kita.. dan terbatas segala perbuatan yang melalaikan... Sejujurnya, bagi saya.. Tahun baru bukan sahaja perlu kita sambut dengan gembira tapi juga dengan air mata.. cuma adakah ia air mata kemenangan melawan segala hawa nafsu ataupun air mata tanda kita kalah dengan hawa nafsu kita sendiri... Allahu Rabbi~



Diri dan Nafsu kita adalah musuh yang paling besar dalam diri kita..

Tak salah rasanya kalau kita letakkan salah satu azam kita untuk tahun akan datang adalah melawan hawa nafsu. Lagipun, ada hadis riwayat at-Tirmizi yang berstatus hasan soleh, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"

Sekali sekala kalau kita mengeluarkan air mata kerana kesalahan kita sendiri, ia boleh mendekatkan kita dengan Allah.. menenangkan hati.. kerana ada yang sudi mendengar rintihan kita... Bukankah Allah suka akan hambaNya yang meminta dengan sebenar-benar rayuan.. Allah rindu nak dengar kita nangis.. Sungguh, Besarnya cinta Allah pada HambaNya... Allahu Rabbi... ^^

So, moh la kita kawal diri kita walaupun hakikatnya kita rasa tersangatlah susah... n untuk melakukan perubahan kadang kala memerlukan paksaan...



Selamat Tahun Baru Semua....
Maaf salah silap... (^_^)
Doakan Saya dapat jawab Exam dengan tenang n Mudah taw... hihi ^^

No comments:

Post a Comment