Wednesday, July 18, 2012

Doa Hamba

"Setiap orang pasti mempunyai impian yang tersendiri.. Selalu mengharapkan yang terbaik.. tanpa menghiraukan perkara lain yang tidak penting untuk manfaat hidupnya.. Allah S.W.T telah menciptakan pelbagai jenis, sifat, bentuk atas segala yang hidup di muka bumi ini.. DIA juga telah memberikan pelbagai nikmat kepada seluruh penciptaannya tanpa berkira sedikit pun.. tetapi.... Kita bagaimana pula???

Kita selalu mahu yang terbaik dalam hidup kita... tanpa kita sedar sebenarnya semua itu adalah milik Allah yang hak.. kita hanya sebagai peminjam yang akan memulangkan semua segala kelebihan itu kepada pemiliknya yang sebenar... Maka, seharusnya kita janganlah hanya petah berbicara lancang bahawa segala yang kita miliki sekarang adalah milik kita... Astagfiarullah al-a'zim... Sedarlah.. segalanya milik Allah S.W.T..

Namun, haruslah diingat bahawa kita sebgai seorang muslim, punyai senjata yang tidak dimiliki oleh orang  lain.. iaitu "Doa" .  Cara ber'Doa' bukanlah semata-mata menadah tangan dan meminta tetapi ia boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Pernah dikisahkan bahawa Nabi Zakaria berdoa kepada Allah S.W.T dengan doa permohonan yang perlahan. Dan berdoa dengan cara perlahan dan khusyuk itulah yang afdhal. Sesungguhnya Allah S.W.T itu tidaklah pekak ataupun tuli. Walaubagaimana sekalipun cara kita untuk berdoa, Allah tetap Maha Mendengar dan Maha mengetahui.. asalkan segala apa yang kita pinta adalah ikhlas keranaNya."



Semua itu telah saya dengar sejak dibangku sekolah lagi.. kepercayaan saya akan kekuatan doa tidak pernah padam. MAKA, sampai sekarang saya tidak pernah sesekali meninggalkan amalan itu.. mengharapkan apa yang diminta akan dimakbulkan walaupun kemungkinan permintaan itu mengambil masa untuk dimakbulkan. Hanya padaNya saya berserah seratus peratus.

Janganlah kita menyombong diri dengan Pencipta kita dengan mengambil ringan tentang amalan berdoa ini. Sedangkan Nabi yang telah dijamin keselamatannya di dunia dan di akhirat pun masih memohon dan meminta kepada Pencipta, kita yang penuh dosa ini apatah lagi.

Sesungguh nya Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina".

Saya menyeru kepada diri saya dan sesiapa yang membaca post ini agar kita sama-sama membetulkan niat kita dalam mengamalkan doa. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi. Keyakinan kepada Allah adalah amat penting bagi seseorang individu muslim untuk mencapai Mardhatillah yang abadi.

* saya juga ada permintaan yang masih belum diketahui statusnya.. saya tetap akan menanti jawapannya dengan penuh sabar dan redha* ^_^




No comments:

Post a Comment