Wednesday, June 11, 2014

Sedar

Assalamualaikum semua....  how ur day???? hopefully, nice.. walaupun kadang kala kita dirundung masalah.. but hakikatnya bukan kita sorang je rasa macam tu kan... so, dont worry.. Allah kan ada... kita ajukan aje segala masalah kita padaNya... ha, senang kan..

Apa yang orang lain komen kan tentang awk... sebenarnya komen itu berbalik kepada dirinya TANPA dia sedari... so, just be positive. Selagi mana perbuatan mereka tidak mengganggu gugat hubungan kita dengan Allah & sesama manusia lain.. just ignore dan doakan kebaikan buatnya.

Saya bukannya apa, hari tu saya pi surau dan tetiba ternampak kelibat seseorang... sedang menangis.. yang kagumnya dia baru lepas solat dan saya nampak dia betul-betul mengadukan masalahnya pada Allah... SubhanAllah, akrabnya dia dengan Allah.. membuatkan saya rasa jelous. Bukan senang nak nangis dan lebih-lebih lagi nak menghadirkan perasaan sayu dan rindu pada Nya.. Allah, terasa selama ini hati ini leka.

So, lepas ni saya akan cuba menguatkan hubungan dengan Allah serta sesama manusia lain.
# biarkah hati terluka, tapi jangan melukakan hati orang lain#

> Isyqi nak Mohon maaf kepada semua... tak kisah la salah apa pun, yang penting korang maafkan ea... =)
> Selamat beribadah di bulan Ramadhan nanti... jgn bazirkan masa... coz tempoh untuk kita hidup kat dunia ni pun semakin singkat... hargailah.. ^_^

Wednesday, April 9, 2014

Kematian yang hidup

Assalamualaikum semua.. moga semuanya sihat dan berada dalam keredhaan Allah.. InsyaAllah... Saya suka baca blog  dan seriously memang banyak info yang boleh dapat melalui pembacaan-pembacaan blog tu... antaranya kisah seorang pemuda yang syahid... kat negara orang pulak tu.. SubhanAllah.. kagum melihat anak muda sanggup meninggalkan segala keselesaan di negara sendiri demi membantu negara lain.. Teringin nak jadi sebahagian sukarelawan untuk turun bantu... Moga Allah izinkan InsyaAllah...

Firstly, Kisah seorang pemuda melayu bernama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azzam... meremang bulu roma bila baca tentang kisahnya... seorang pemuda yang zuhud... menginfakkan diri ke medan dakwah... sejuk perut ibu mengandung... Jika baca rentetan perjalanan hidupnya... kita pasti kagum... bermula dengan didikan di Maktab tentera... kemudian melanjutkan pelajaran dibidang lain dan di negara asing iaitu Turki..actually, negara itu juga one of my fabourite place... Allah..


Walaupun beliau masih di usia yang muda... sebaya my sis.. Allah... nak cakapnya bahawa pemikirannya lebih matang dari saya dan anak-anak muda yang seusia.. Beliau rela menginfakkan diri demi kemaslahatan ummah..berada jauh dari family dan kawan-kawan kat malaysia..Berkatnya kehidupan beliau, Allah cabut nyawanya dengan cara yang baik...ramai yang datang menziarah.. serta mendoakannya.. SubhanAllah..Hebat anak muda ini..  Jika dibandingkan betapa bezanya kita dan arwah.. Allahu Rabbi..kita masih dalam zon yang selesa... memikirkan masalah diri sendiri pun belom selesai.. apatah lagi masalah ummat.. entah dimana letaknya kita di sisi Nya...emmm.



Secondly, tentang kisah seorang lagi pemuda bernama Abu Khurayra.. beliau menghembuskan nafas terakhir sebagai syahid di usia yang muda, 19 tahun... Allah.. Walaupun beliau bukanlah rakyat Syria, tapi beliau menginfakkan dirinya untuk rakyat Syria yang tertindas... Terasa Allah nak bagi peringatan kali ke 2... untuk kita sebagai anak muda... Apakah kita sedar ataupun tidak... itu terpulang pada diri sendiri...



Diceritakan Abu Khurayra  ini seorang yang mempunyai karisma, sopan serta pabila berbicara dengannnya seperti berdebat namun beliau masih sopan dan tidak menyakiti hati orang lain. Dikhabarkan oleh akbar Syam bahawa beliau terkorban bersama 2 orang lagi sahabatnya.. Allah.. Sungguh, semua mengidamkan pengakhiran yang terbaik... Husnul Khatimah... Moga kita juga tergolong dalam golongan para syuhada.. InsyaAllah.. Allahumma Aminn...

Kisah sebeginilah kita patut ambil iktibar bukan hanya baca sekali lalu and then lupa... jika kita tidak berubah sekarang... entah bila lagi kan... pintu taubat masih terbuka buat kita... jom bertaubat sebelum terlewat.. mohon maaf salah silap sis n bro... Moga Allah rahmati hidup kita ini... Aaminnn.. ^^

picture Source : kezoom.blogspot.com


Sunday, March 30, 2014

Saja2

Assalamualaikum...hope semuanya dalam lindungan Allah yang Maha Kuasa InsyaAllah.. entry kali ni ringkas2 je... just want to share my moment and some opinion about nowadays issues... hmmm. sejak sambung master islamic economy ni, terbiasa cakap english pulak...hiii~

ok, first of all, saya nak ucapkan takziah atas kecelakaan yang menimpa rakan-rakan kita dalam MH370... tak dilupakan juga buat saudara seperjuangan kita di Mesir... Moga semuanya sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah... Sungguh Rahmah Allah itu luas buat hambanya yang berusaha ke arah itu.. 

Lately, di office atau di kuliah sekalipun, ramai kengkawan cerita perkara yang sama... masing-masing menyatakan pendapat tersendiri seolah-olah pakar tentang isu tersebut. kadang-kadang kelakar juga coz some of them bagi pandangan yang tak logik and ada yang tak berkaitan pun.. But for me, its a serious things to talk about.. Mangsa dalam MH370 telah dipilih oleh Allah untuk menjadi mangsa dan sebab untuk rakyat Malaysia sendiri buka mata...

Why I said like that, its becoz we as Malaysian do not care what happen in our country... banyak aktiviti maksiat berlangsung, lahir anak luar nikah, makan pil khayal and so on... apa yang kita buat untuk menghalang semua tu dari terjadi dalam negara kita... kebayakannya hanya diam... membenci di dalam hati adalah selemah-lemah iman.. tapi, malangnya itulah kita...

Malah, Berita hukuman 529 Ikhwanul Muslimin pun kebanyakan kita tidak ambil peduli.. sedangkan yang bakal dihukum itulah saudara-saudara kita di akhirat kelak dan Allah akan tanya, apa yang kita sudah buat untuk menaikkan nama Islam... Untungnya 529 itu terselamat dari ditanya. tapi kita?.. Allahu Allah... hmmm
Saya cuba bangkitkan hal itu supaya saya dan rakan pembaca akan terjentik untuk terus bangun serta tidak lagi bermalas-malasan dibawah selimut setiap kali usai solat subuh... tidak lagi mengatakan tidak untuk sama-sama mengingatkan orang lain... kerana ini semua akan menjadi salah satu usaha kita untuk Daulah Islam... tak gitu??? =)

ok, lastly, saja nak share moment... its our moment... hehe.. rindu anak menakan sorang ni. Maryam... dia bakal dapat adik tak lama lagi InsyaAllah... doakan my sis semoga semuanya dipermudahkan... ni antara gambar yang saya ada... really miss her so... so... much.. si bambam!!








Tuesday, January 21, 2014

Siapa MUHAMMAD padamu???

Allahumma Solli 'Ala muhammad...

Sudah berselawat kah kita hari ini?? Rasulullah semasa hayatnya sentiasa ingat akan umatnya walaupun baginda tidak pernah berjumpa kita. Tapi, Kita?? waktu Maulidur Rasul kita berarak bersama sambil berselawat ke atas baginda Rasulillah s.a.w, tak kanlah sekarang di ketika kita sedang rehat tak mampu mengucapkan selawat ke atas baginda walaupun sedikit.



Allahumma Solli 'Ala Muhammad...

Cinta dan kasihnya Rasulullah s.a.w kepada umatnya sehinggakan baginda mengadu kepada Saidina Abu Bakar bahawa baginda merindui saudara-saudaranya. Maka ditanya Saidina Abu Bakar, " Apakah maksudmu Ya Rasulullah? Bukankah kami ini Saudara-saudaramu?" Dengan suara yang rendah baginda menjawab, " Tidak wahai Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudara ku".

" Kami juga saudaramu Ya Rasulullah", kata seorang sahabat yang lain. Kemudian Rasulullah menggeleng-gelengkan kepala baginda sambil tersenyum dan bersabda,

" Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintaiku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku ".
                                                                  ( Hadith Dhoif menurut Ibnu Kathir dalam kitab Kanzul Ummal )



Betapa besarnya cinta dan kasih Rasulullah s.a.w kepada kita dikala baginda sendiri belum pernah bersua muka dengan kita. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.....

Bagaimana pula jika kita mahu menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah??? Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w serta sentiasa berselawat ke atas baginda. InsyaAllah, rasa rindu serta cinta itu akan sampai pada baginda... Sungguh, Allah Maha Pengasih.

Beruntungnya kita... tetapi dimanakah kita letakkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu serta melimpahkan rahmat dan cintaNya buat junjungan mulia Muhammad s.a.w serta umat Islam seluruhnya...