Friday, May 25, 2012

Indahnya Sabar


Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti tidak akan lari dari ditimpa masalah... Pastinya, setiap manusia mempunyai masalah dan ujian yang berbeza-beza berdasarkan kemampuan masing-masing . Itulah yang Allah S.W.T telah catatkan dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 mengenai perihal ini ;

Mafhumnya : "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

Akan tetapi, ramai yang mengeluh akan setiap ujian yang menimpa diri mahupun diri  ini sendiri... Merasakan kita memang tidak mampu untuk menghadapikan.. seolah-olah ingin lari jauh dari semua itu.. jauh dari orang yang dikenali... jauh dari dunia ini... Malah, wujud sesetengahnya yang berazam untuk membunuh diri oleh kerana tidak mampu bertahan lagi... Ya sememangnya, Ungkapan sabar mudah dituturkan dengan bibir tetapi setakat mana ia mampu diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Ketahuilah bahawa sifat sabar ini boleh dipupuk sedikit demi sedikit.. kita hanya memerlukan kesanggupan untuk menzahirkan sifat sabar itu..  Ini dapat dilihat dalam maksud hadith berikut ;

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Harus diingat bahawa kesabaran itu hak milik Allah.. Maka, kita sebagai seorang Muslim yang beriman denganNya perlu sentiasa meminta petunjuk dan hidayahNya termasuklah nikmat kesabaran. Allah S.W.T hanya akan memberikan nikmat sabar itu hanya kepada mereka yang benar-benar mahukannya.

Pernah suatu ketika, dimana saya diuji dengan ujian kesabaran.. Mungkin Allah mahu menguji sejauhmana saya mampu menghadapinya dengan sabar dan penuh tawakal kepadanya. Satu hari pengkuliahan yang amat memenatkan saya. Saya sudah pasangkan niat untuk terus pulang ke rumah setelah kuliah terakhir pada hari tersebut. Selepas tamat kuliah terakhir, saya terus menghubungi sahabat saya yang saya percaya dia boleh membantu saya dalam soal menumpang kenderaan untuk pulang ke rumah.

Allahu Akbar, Dia lah yang menentukan segalanya.. dan kita hanya mampu mengatur perancangan. Sahabat saya tidak dapat menumpangkan saya oleh kerana punya hal lain yang perlu diselesaikan. Makanya, saya mengambil keputusan untuk beriktikaf di Masjid Universiti.. Di situlah, saya membaca al-Qur'an dan mengulangkaji pelajaran. SubhanaAllah.. Maha Suci Allah... Rupa-rupanya Allah mahu saya lebih banyak meluangkan masa bersama-Nya... Tahukah kalian , Cinta saya pada-Nya makin mendalam dek kerana hal ini.. kepenatan yang dirasakan sebentar tadi hilang dengan serta merta.... Alhamdulillah..

Kebetulan pada malam tersebut, saya dikehendaki menghadiri satu meeting penting.. Oleh kerana itu, saya cuba menggagahkan diri untuk ke sana. Walaupun jauh tempat meeting dari masjid, saya gagahkan juga.. ketika itu, saya hanya mampu tersenyum seorang diri dan sentiasa bersangka baik.. Mungkin ini juga salah satu kekuatan yang Allah berikan pada saya dalam bulan Rejab yang Mulia ini..

Saya cuba memberikan respon yang terbaik dalam meeting.. Meeting malam itu habis agak lewat dan saya memang terasa seperti hendak pitam. Memang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.. Hati dan badan2 saya seperti menjerit-jerit hendak pulang dengan segera kerana terasa tersangat letih.. Tidak pernah dalam hidup saya tersa letih sebegitu..

Tiba-tiba, kami diuji dengan ketiadaan pengangkutan yang cukup.. Hanya satu kenderaan sahaja yang boleh kami naiki sedangkan bilangan kami yang ramai membuatkan sebahagian daripada kami terpaksa menunggu seorang kawan kami yang mempunyai kenderaan sedang menghabiskan discussion nya. Saya dan kawan-kawan yang lain, semuanya mahu pulang awal. Ketika itu, mulalah perebutan antara mereka.. Ada yang beralasan nak balik dulu coz asignment banyak tak siap lagi, ada yang badan dah letih2, ada yang terasa nak demam and so on... Saya hanya mendengar dan terdiam.. Ikutkan hati memang nak marah2 je tapi bukankah Allah sayang pada orang2 yang sabar.. Saya hanya tersenyum...

Dalam hati hanya Allah yang tahu... saya mengalah dengan sahabat saya yang lain.. Saya menaiki kenderaan kawan saya yang lagi satu tapi terpaksa kena tunggu lambat sikit kerana dia sedang menghabiskan discussion.. Akhirnya, saya dapat juga pulang ke rumah... Alangkah terkejutnya saya ketika itu.. Rupa-rupanya kami yang sepatutnya terakhir sampai di rumah dapat tiba awal dari mereka yang telah pulang dahulu daripada kami.. Allahu Rabbi, Sungguh Allah Maha Pengasih.. Mungkin inilah Allah katakan bahawa beruntunglah orang-orang yang sabar.. Sebenarnya kawan-kawan saya yang sepatutnya tiba rumah awal itu terpaksa singgah ke tempat makan kerana ramai dikalangan mereka yang lapo..kenalah ikut majoriti kan?? ^_^ (daku hanya tersenyum mengingatinya)

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku kepada saya berkaitan dengan sifat 'sabar' ini. cuma kes ini paling diingati kerana ia baru berlaku. Lihat lah, betapa Allah S.W.T menunjukkan kasih sayang Nya kepada Hamba-hambaNya yang sabar dan bertawakal padanya. Sebagai peringatan bersama... Jom kita sentiasa bersangka baik dengan apa yang bakal berlaku kepada kita selepas ini.. dan bersabarlah walau apapun terjadi.. InsyaAllah, kalau kita tak dapat ganjaran di dunia... Di akhirat nanti pasti Allah akan beri.. Just nice~







3 comments:

  1. cantk sangat kisah nie,,bagi motivasi ngn saya..syukran ukhti,,mohon doa & tunjuk ajr darimu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy hnya tersenyum membacanya.. ^_^.. setiap kjdian pasti ada hikmah.. perlu ada rasa sabar.. sabar itu indah... nikmatnya terasa tak terkata...^_^...

      Delete
  2. sabar itu indah... memang sangat mudah untuk melafazkannya..tapi untuk melaksanakannya perlukan mujahadah... sabar ya...! :)

    ReplyDelete