Tuesday, November 27, 2012

Its about family matter...^^

There will be a fighting between two sisters... semestinya pasti akan berlaku pergaduhan antara dua beradik.. tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan.. sebenarnya pergaduhan itulah warna kehidupan yang mengindahkan lagi kehidupan..bagi saya, tiada pergaduhan, tiada kenangan... ^_^ Cuba bayangkan jika dalam hidup kita ini hanya berulang perkara yang sama sahaja.. sudah pasti ia membosankan!!

Saya teringat akan slot pergaduhan antara adik beradik dalam keluarga saya.. memang keanak-anakkan.. masing2 akan membela diri di hadapan umi dan ayah supaya diri kami tidak dipersalahkan... Selalunya, yang lebih tua akan disalahkan.. thats mean... an older sister always be responsibility to that point... hee~ walaupun pahit waktu itu, ia telahpun menjadi kenangan dan memori buat saya pabila diri ini merindui mereka...

Thats the point... The Memories !

Sekarang semuanya sudah matang dan hebat dalam bidang masing2.. membawa diri ke perbukitan ilmu yang memisahkan jasad kami buat sementara... Hanya memori suka dan duka kami bersama yang mampu mengubat kerinduan ini.. Maka, Janganlah terus menyalahkan saudara kita jika berlaku sesuatu masalah.. Bersabar dan bersangka baiklah padanya.. Mungkin dialah antara orang yang Allah utuskan buat kita untuk mematangkan diri kita..



kita sebagai kakak ataupun abang yang lebih tua semestinya perlu memberikan contoh yang baik buat adik2 di rumah.. kita bukan sahaja menjadi harapan buat ibu bapa malah kita juga perlu menjadi cerminan yang baik buat mereka...

Kadangkala, sikap bertenang jika berlaku sesuatu masalah dalam keluarga adalah jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan.. terima segalanya dengan redha dan sabar... InsyaAllah ada hikmah yang tersembunyi yang Allah mahu berikan buat kita semua...

Sebagai bukti, Allah telah menyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 10 perihal indahnya menjaga persaudaraan yang bermaksud :

" Sesungguhnya Orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Oleh itu, janganlah semenang-menangnya memutuskan persaudaran antara kita, lebih-lebih lagi yang ada pertalian darah dengan kita... Sungguh, Allah amat benci sifat sebegitu.. Perbezaan pendapat dan sifat antara adik-beradik dalam sesebuah keluarga adalah satu rahmat yang Allah kurniakan buat kita agar kita sentiasa berfikir atas apa yang dikurniakan... Hargailah keluarga kita ketika kita masih lagi dapat merasakan kasih sayang mereka sebelum kita terlambat untuk berbuat demikian...



Jom bina keluarga yg ada dalamnya Mahabbah dan Rahmah... SubhanAllah~ ^_^





No comments:

Post a Comment