Tuesday, October 16, 2012

Muslimah itu Cantik

Pabila berbicara soal Muslimah, pasti semua akan membayangkan seorang muslimah yang bertudung labuh, berbaju longgar, memakai pakaian yang dapat memelihara tubuhnya dari dilihat oleh ajnabi dan banyak lagi.. Namun, bukanlah seorang wanita itu digelar sebagai muslimah jika ia hanya dipertikaikan dari segi pakaiannya sahaja... tapi akhlaknya lah yang paling utama diperhatikan !


Jika dilihat pada budaya zaman kini, kita lihat ramai yang memakai tudung.. malah, ia menjadi suatu trend dimana memakai tudung akan nampak lebih cantik dan ayu.. Ya, ia memang benar.. Tapi sejauhmanakah budaya memakai tudung ini dipandang mulia dan mendapat keredhaan Allah jika ia hanya dijadikan sebagai perhiasan semata-mata sahaja.. Bukalah minda dan hati anda, Tanyalah iman !

Paling menghairankan ialah pabila wujudnya sesetengah lelaki yang tidak bijak dalam menilai seseorang muslimah itu... mudah saja terpedaya dengan kecantikan dan keayuan seseorang muslimah itu tanpa menyelidiki dahulu sifat dan akhlaknya.. terus sahaja ingin berkenalan tanpa mengikut landasan syarak yang jelas-jelas telah menunjukkan jalan yang selamat untuk mengenali seseorang muslimah itu.. Malahan, tidak sedarkah kalian duhai kaum adam ...bahawa yang paling sesuai untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh Muslimah adalah kalian. Sudah menjadi kewajipan kami untuk membetulkan kesilapan kami jika ditegur oleh kaum adam yang soleh serta mengikut syariat.

Muslimah itu sememangnya cantik... Namun, harus diingat bahawa seindah perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah. Maksudnya di sini bukanlah wanita yang hanya cantik pada paras rupa malah cantik juga pada tingkah laku serta sifatnya. Duhai Muslimah, Banyak mata-mata yang memperhatikan segala gerak geri kita tanpa kita sedari.. Maka, awaslah atas setiap perkara yang kita lakukan.. Tahniah dan selamat datang buat semua wanita yang telah berubah kepada fitrah seorang wanita solehah.. kehadiran anda dinantikan Islam dan InsyaAllah menjadi pembakar semangat buat sang suami yang soleh di dunia dan akhirat.. ^^



-Peringatan buat diri yang lemah ini dan semua, InsyaAllah- ^_^



2 comments:

  1. syukran atas peringatannya..sangat bermanfaat..semoga kita semua istiqamah merintis jalan menjadi muslimah solehah..=)

    ReplyDelete