Saturday, December 7, 2013

Manusiakah aku?

Banyak perumpamaan yang dikaitkan dengan kehidupan manusia. Manusia yang telah diciptakan Allah mempunyai banyak ragam dan warna... masing-masing tenggelam dalam arus kehidupan dunia masing-masing.

Terkadang ku terfikir... apa hebatnya manusia??? Hanya satu jasad yang diciptakan dari tanah.. mudah lupa.. mudah alpa... tersangatlah hina kerana tanah itu dipijak-pijak... sedihnya. Namun, terasa sangatlah pelik manusia yang tidak ingat asal usulnya... terus dibuai oleh nafsu serakah yang bakal menuduhnya di alam yang penuh derita.

Bukankah aku juga manusia???

Ya, aku manusia..

Namun, aku manusia yang sedar dan punya harga diri.. yang tahu mana baik dan buruk untuk agamaku... tidak mencampur adukkan isme-isme dalam fahamanku... sebab itu aku suburkan jiwaku dengan ilmu.. agar aku tidak tertipu dengan keindahan dunia yang penuh dusta... tapi, aku tak mahu berseorangan... aku mahu bersama saudara-saudaraku yang lain menuju jalan yang haq... jalan yang Allah redhai... jalan yang terang lagi lurus... yang menjamin kebahagiaan di pengakhiran nanti...

Aku mahu menjadi tanah yang mampu memberi sumbangan kepada yang lain untuk memajukan diri... yang tidak pentingkan diri... yang sentiasa merasa rendah diri walaupun dirinya sebenarnya paling penting di bumi ini... mana mungkin makhluk boleh hidup tanpa tanah...yang mampu memberikan mereka meneruskan hidup dengan lebih selesa... bukan kah begitu???

Aku sedih melihat dunia masa kini... lebih leka dan alpa dengan hiburan... terlupa akan matlamat yang lebih penting dari itu... buktinya hanya di depan mata kita... dalam diri kita sendiri... Astaghfirullah... terlalu banyak dosa kita tanpa kita sedari.. bagaimana kita akan menjadi mukmin yang cemerlang jika masih di tahap ini... lagi mustahil kita dapat bersama saudara-saudara kita yang lain... inilah akibatnya menjadi tanah yang tidak sedarkan diri...

Masih lupakah kita???

Walaupun kita manusia yang Allah ciptakan daripada tanah yang dipandang hina oleh iblis dan makhluk lain... Allah masih memuliakan kita dengan akhlak dan akal yang mana tiada suatu benda pun dapat menandingi kehebatannya... Sehinggakan semua makhluk yang Allah ciptakan di muka bumi ini turut merasa cemburu..
Malangnya, hanya manusia yang berfikir sahaja yang sedar... di manakah tahapnya di sisi Allah 'Azza Wa Jalla...

Dengan melihat alam sekeliling kita sebenarnya kita mampu koreksi serti muhasabah diri kita... jika kita masih sama tahapnya dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita, jadi kita sebenarnya siapa???? kita yang menghina diri kita sendiri... kerana pilihan ada di tangan kita...

Mari kita berfikir sejenak serta melafazkan zikir kepada-Nya...Siapalah kita???

Thursday, August 1, 2013

Better to be more careful

Assalamualaikum semua... sihat tak??? moga semuanya sihat dan masih dapat melakukan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini yang tinggal berbaki lagi beberapa hari... InsyaAllah...  Today, i want to share with all of u... better to be more careful... haha, skema plak kan...

Hidup kita terasa sunyi bila tiada teman... itu sudah tentu... tapi, teman yang macam mana kita nak??? yang baik kah, skema kah, alim kah, hensem kah, cantik kah.... its all up to you... kita yang pilih teman kita sendiri.. Setiap orang punyai citarasa yang tersendiri... Kadang kala, tak perlu kita cari teman, kerana secara tibe-tiba je dia boleh muncul... 

Perasan atau tidak...apabila datang je seorang jejaka kepada kita ( terutamanya perempuan ) kita biasanya akan teragak-agak untuk membalas perkenalan itu... dan ampa taw dak.. waktu itu, syaitan sedang bermain tarik tali dengan anda.. MAKA, berwaspadalah... balas yang berpada kerana kita tidak tahu kita menang atau kalah dengan nafsu kita sendiri...



Jika dia seorang teman yang baik, dia akan menjaga adab dengan kita, hormati kita dengan tidak melakukan perbuatan yang tidak kita sukai dan yang paling penting dia seorang yang suka mengingatkan kita ke arah kebaikan.. walaupun dia tidaklah secantik atau sehensem mana pun...

Sekiranya itu soal jodoh, teman baik yang Allah telah ciptakan untuk kita itu pasti akan terus berjumpa dengan ibu dan ayah kita.. So, jangan risau.. Allah ciptakan semua yang ada di bumi ini berpasang-pasangan.. Lambat atau cepat, semuanya urusan Allah... Kita hanya berdoa dan berikhtiar... InsyaAllah..

Kalau soal teman @ kawan... biarlah berpada dan bertempat... lebih-lebih lagi yang berbeza jantina.. jika terlebih, akibatnya akan menjadi semakin parah... samalah juga seperti ubat.. kalau terlebih ambil, pasti teruk akibatnya... 



Kita buat apa pun, semuanya perlu berhati-hati... Jangan terlalu yakin atau terlalu rileks... biar qanaah ( bersederhana ) sket... Ha, bab makan pun kena Qanaah, bukan belanja je...

# Dikesempatan ini, saya nak memohon seinfiniti kemaafan dari semua... Moga ikatan kita berkekalan.. hihi... dan selamat hari raya aidilfitri ... 0 - 0 ek... 

Friday, June 28, 2013

Monolog diri...

Assalamualaikum semua... Hopefully semuanya baik-baik belaka... lama btol xmenaip utk blog ni... Yelakan... sibuk menaip utk tesis je... InsyaAllah.. sy akan ganti balik masa yang lepas untuk terus aktifkan blog ni.. moga bermanfaat buat semua... 

Alhamdulillah, waktu PRU sudah... Waktu Kuliah Sudah... Exam sudah... Kini mencari sesuatu yang boleh dibuat untuk mengisi masa yang ada sebelum cabaran lain menjengah diri... Masa kita sibuk.. memang terasa masa berlalu dengan pantas... Tapi bila sampainya waktu senggang... alamatnya... kita sendiri yg tahu.. betul tak??? hihi

Orang selalu cakap, "Gunalah masa dengan sebaiknya" ... " Jangan bazirkan masa yang ada".. Hakikatnya, bukan mudah kita nak menggunakan masa dengan sebaiknya. Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang penuh dengan kemudahan dan ia banyak melalaikan kita... Mencari sesuatu yang paling sesuai dan faedah buat kita sememangya susah... Jika di 'list' kan, kebanyakannya perkara yang sia-sia... Namun, tidak salah bagi saya jika perkara itu menghiburkan kita... tetapi janganlah melampaui dari batasan... Bukankah setiap saat dan detik yang kita gunakan akan dicatat oleh malaikat kiri dan kanan... ERM, cakap memang mudah...

Tetapi tidak salah jika mencuba untuk mengelak dari membuang masa kan? ... Bukankah mengelak lebih baik dari mengubati... Lagipun, Allah turunkan satu surah khusus buat kita tentang MASA.... yakni surah al-'Asr... Dalam surah itu, Allah meyakinkan kita tentang masa dengan menggunakan uslub 'Qasam' iaitu sumpah dalam ayat yang pertama...

" Demi Masa"



Dalam Surah tersebut juga, Allah sudah nyatakan bahawa manusia ni pasti berada dalam kerugian jika tidak beriman dan mengerjakan kebajikan... Allah bagi peringatan kepada kita tentang masa...  Ini bermakna Allah sayangkan kita... DIA memberi amaran dan mengingatkan kita dalam Surah yang pendek dan simple..  untuk kita mudah faham dan menerima... Sungguh, Allah Maha Besar...

Bercakap tentang masa lapang juga... Dalam sebuah hadis  yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menyebut:

"Nikmat yang selalu dilupai ialah nikmat kesihatan dan masa lapang"

Ini membuktikan manusia fitrahnya lupa... melupakan sesuatu yang penting jika mereka merasa senang... Namun, pabila susah... baru mahu mencari yang Maha Kuasa... Inilah manusia... sering leka dan alpa... Jadi, apa yang perlu kita buat???




Saya hanya mampu katakan... Semoga hari ini lebih baik daripada semalam... biarlah kita penat berbuat kebajikan didunia daripada kita penat menerima azab di akhirat...


( Monolog : Moga aku dapat melaksanakan apa yang aku kongsikan .... AllahuRabbi) ^_^


Monday, May 6, 2013

Happy Ending~

Assalamualaikum semua... sihat tak?? Moga kita semua dalam rahmat Allah.. ^_^ lama sungguh tinggalkan dunia blog ni... terasa pantas masa berlalu.. kini hanya tinggal beberapa minggu untuk menghabiskan zaman ijazah di UKM... Sungguh, Allah jua pemilik sekelian alam, DIA berkuasa menentukan segalanya. Baik dan buruk berlaku, pasti ada hikmahnya.. kita hanya mampu berusaha melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat kita yang tertinggi iaitu Mardhatillah... Ya.. matlamat itulah harus dipasak dalam jiwa anak-anak muslim...

Setelah tempoh pilihan raya berlalu, Saya pasti ramai pejuang agama merasakan apa yang saya rasa... Maaf saya katakan, Hanya  insan yang terdapat iman di hatinya dapat merasainya.. masakan tidak, cita-cita untuk melihat Islam tertegak di bumi Malaysia melalui demokrasi pada kali ini tidak tercapai sepenuhnya... kami tidak terkilan kerana gagalnya menguasai parlimen, tapi kami amat terkilan kerana sistem yang kononnya diamalkan di bumi ini tidak berfungsi dengan telus.



Namun, perasaan suram ini jangan dibiarkan lama. Masih banyak jalan yang boleh diambil untuk meluaskan lagi dalam bidang dakwah ini. mungkin melalui platform tersebut kita masih tidak mampu, tapi harus diingat bahawa banyak lagi cara lain Islam boleh tertegak dalam negara. soal tipu ataupun sebagainya, biarlah diantara mereka dan pencipta sahaja. Allah tahu bilakah masa yang tepat untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Kita hanya mampu berusaha, berdoa serta meletakkan tawakakkal hanya kepada Allah.

Ketahuilah sahabat2, this is just a beginning and not ending yet~ ^_^ (entah btol ke x english ni.. huhu~)



Sebenarnya, banyak lagi benda yang kita kena lalui, bukan sahaja belajar di kuliah, tapi cabaran yang sebenar bermula setelah kita melangkah ke dunia luar. ini termasuklah dakwah, kerjaya dan keluarga..masa tersebut barulah kita merangkak-rangkak mencari hala tuju n so on... maka, tatkala itu timbullah perasaan sangsi dalam membuat pilihan dan mencari jawapan yang tepat untuk menyelesaikan masalah. 

Ramai masyarakat akan mencari kita sebagai anak muda yang mempunyai ilmu untuk membantu mereka. Mereka mengharapkan yang terbaik daripada kita untuk disumbangkan.. Tapi sekarang, cuba lihat diri kita.. Masih di landasan yang betul ataupun tidak.

Jadinya, kita seharusnya bermula daripada sekarang untuk mendapatkan pengakhiran yang terbaik. Setiap hasil yang baik fitrahnya bermula dengan usaha yang baik. jangan hanya mengharapkan duit gugur dari langit tanpa  ada usaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan kematian kita nanti. Cara kita mengakhiri kehidupan ini masing-masing berbeza. Semuanya berbalik kepada amalan kita sebelum menemui ajal.

~ Tetapkan dalam hati bahawa ' aku mahu pengakhiran yang baik di sisi Allah '... Saya percaya, kalau kita tengok cerita drama mahupun movie, kita juga mahu cerita itu berakhir dengan gembira. Dan kita pasti tak puas kalu cerita tu tergantung ditambah pula sedih diakhirnya... 

-Moga Allah tempatkan kita dikalangan orang yang beriman. ^_^
- Salam Rejab yang bakal tiba tidak lama lagi... JOM rebut peluang yang ada..








Thursday, March 21, 2013

Tika Diuji...

Assalamualaikum guys n girls... Hari ni nak kongsi sket tentang ujian.. saya pasti semua pernah alami ujian mahupun cabaran bak kata zaman la ni.. tak kisah lah ujian apa pun, ujian peperiksaan, ujian hati, ujian harta, ataupun yang sama waktu dengannya... hmm. Dulu, saya memang payah sket nak kawal  perasaan bila ada je benda yg diuji.. sikit2 nak melatah.. nak mngadu.. nak nangis n so on... sekarang, boleh lah nak kawal sket2.. hebat tak?? hee~  =)

Kadang2 terpikir jugak...' kenapa macam aku sorang je ada masalah... orang lain nampak hepy je... aku memang bermasalah kot... mesti ni dosa aku dgn umi ayah... Allahu Rabbi'... monolog mcm tu la akan timbul acapkali ada masalah besaaarr.. Tapi, sebenarnya kita tak tahu yang orang lain pun ada masalah... cuma hebatnya dia kerana bijak menyembunyikannya... Hebatnya... MasyaAllah~



Teringat satu kisah yang terdengar dari corong radio IKIM... ustaz apatah cerita waktu on the way ke kuliah... tersentuh dek cerita yang memberi kesan kat jiwa.. Kisah bermula dengan perbualan seorang Hamba Allah dengan seorang wanita ketika di Mekah yang mana wajahnya penuh dengan ketenangan dan cahaya.. siapalah yang tak nak wajah macam tu... apabila ditanya kepada wanita itu mengapa wajahnya penuh dengan ketenangan dan kebahgiaan... muslimah solehah dan hebat tu cerita:

Dia pernah diuji.. ketika mana suaminya melaksanakan tuntutan melakukan ibadah korban, anak sulung mereka memerhatikan apa yang dibuat oleh ayahnya. Anaknya itu begitu kagum melihat apa yang dilakukan oleh ayahnya... dan dia mempraktikkan ibadah tersebut terhadap adiknya sendiri.. Iya... dia telah menyembelih adiknya sendiri untuk berkongsi dengan adiknya bagaimana caranya untuk menyembelih..

Bayangkan bagaimana seorang ibu menghadapinya... Allahu Akbar...Allah itu Maha Mengetahui.. Anaknya yang sulong pulang dengan berlumuran darah... Lalu ayahnya, mencari anaknya yang kedua di Padang Pasir yang sudah tentu hangat membakar kulit... Malangnya, sudah beberapa hari suaminya tidak pulang2... kebiasaan masyarakat kat sana, klu keluar ke padang pasir dan tidak pulang dalam beberapa hari, alamatnya  ia sudah dipanggil Allah 'azza Wa jalla... Allahu Rabbi.. sudah jatuh ditimpa tangga... berat sungguh wanita itu diuji...



Cerita tu tak habis takat tu saja.. bertambah lagi keperitan hati si wanita apabila anak sulongnya bermain dengan air panas yang sedang masak di dapur... lalu tamatlah riwayat anaknya kerana disimbah dengan air panas yang menggelegak... Tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan rasa sedih dan kepada Allah lah dia menggantung pengharapan.. Tiada yang lebih memahami hati si wanita itu melainkan Allah... dia diuji kerana Allah sayangkan dia... bagaimana dia dapat menghadapi semua itu kalau bukan tawakal dan pengharapan penuh kepada Allah... Wanita itu redha dengan takdir Allah... kita pula macam mana?

Mendengarkan kisah ini membuatkan saya bertambah yakin... memang betul lah apa yang Allah sebut dalam al-Qur'an.. Allah sentiasa ada untuk kita mengadu... Makanya, janganlah kita sombong dengan Allah... Semua orang pasti diuji... Namun, setakat mana kita mampu menghadapinya... ketuklah dada dan tanyalah iman kita... =)



Penerimaan kita dalam menghadapi ujian memang berbeza... tapi, kena ingat, kita ada pilihan... nak sabar atau sebaliknya.. ujian masa, harta, cinta... semuanya hanya dunia.. Allah lebih tahu perihal hati kita.. kita suka apa, kita sayang siapa.. sebab tu Allah uji apa yang kita mampu je... Allah tak kan uji yang kita tak mampu... bersangka baik pada Allah... InsyaAllah~

kepada sahabat saya Dai'e Noraida Jamlie... gud luck.. Moga kejayaan milik kita bersama... kepada sahabat saya sorang lagi.. Nurrul Syawana... moga kita berjaya siapkan semua tugasan... Love both of u... moga ukhwah kita hingga ke Jannah... Allahumma Aminn~ <3 ^_^


Ukhuwwah ila Jannah, InsyaAllah~ 

Tuesday, February 19, 2013

Woah, its pretty awesome !

Assalamualaikum dan salam bahagia buat kawan2 semua... Hopefully, semuanya sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa... InsyaAllah... saya punyalah tersangat rindu nak update blog sampai menghitung hari bilalah nak balik UKM, laju sket line. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya di perbukitan ilmu yg sangat saya cintai ini... lebih2 lagi bila dah masuk sem terakhir ijazah.. bertambah semangat lagilah nak balik UKM.. hee~ osem x?? ^_^

Selalunya bila dah sem akhir nie, banyak pulak yang perlu diambil perhatian.. Family, Tesis, master, kerja.... n satu lagi rahsia la... hee~ Ramai yang meluahkan ucapan "bestnyer, dah nak abeh dah" n so on... tetapi, sebenarnya anda tidak perasan bahawa kami sedang berada dalam dilema yang besarrr.. Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang berada di hati dan fikiran kami tatkala ini.. 





Bila difikirkan balik... sepanjang pengajian kita di universiti, adakah ilmu yg digali itu memberi manfaat ataupun sebaliknya.. perkara inilah yang perlu dirisaukan dan akan merisaukan kita sebagai individu muslim. Sudah tentu kita tidak mahu ilmu yang dipelajari itu hanya untuk peperiksaan sahaja.. tapi kita mahu lebih dari itu. Untuk kita tahu tujuan sebenar kita belajar itu betul atau tidak, cuba kita bayangkan tiada peperiksaan dalam dunia ini... adakah kita akan bertungkus lumus jugak dalam menimba ilmu ataupun kita akan abaikan saja tuntutan menimba ilmu tersebut... hmm, fikir2 kan bersama~ (",)



Ini semua berbalik pada niat dan tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini...

Setiap insan di muka bumi ini , Allah ciptakan dengan penuh kesempurnaan sesuai dengan keperluan untuk terus mengabdikan diri padaNya... Tuntutan membaca malah mentadabbur segala yang ada di langit dan di bumi telah Allah nyatakan dalam surah pertama yang diturunkan... masih ragukah kita tentang itu??? Pentingnya ilmu supaya kita tidak tertipu dengan ujian duniawi... Allah sayang pada hamba-hambaNya. oleh sebab itulah, Islam menuntut supaya kita menuntut ilmu.

Kawan2 yang bakal menghabiskan zaman ijazahnya tahun ini, yuk kita sambung master... hee~ lawak je. Tuntut ilmu tu biarlah berterusan walaupun dah bekerjaya mahupun berumahtangga.. Yg ni mesti kalian kata osem.. ^_^



-Terima kasih insan2 yg mengenali diri ini kerana sabar melayani karenah saya.. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian- Jom terus Semangat!!! <3

Wednesday, January 23, 2013

Jika Rasulullah Masih Ada...

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.. malam ulangtahun kelahiran nabi kita nie memang penuh barakah dan kesyahduan kan??? Hujan yang turun seolah-olah memahami hati kita yang tersangat rindukan baginda... Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad... Moga Allah merahmati kehidupan baginda, keluarga baginda serta para sahabat yang bersama Baginda..... Allahumma Aminn..



Benarlah lagu 'Lau Kana Bainana' yang maksudnya jika Rasulullah masih ada... apakah perasaan kita dan Rasulullah sendiri pabila saling ketemu... Allahu Akbar, Allah lagi Maha Tahu... Sayang dan kasihnya kita pada baginda walaupun kita tidak pernah bersua dengannya... Tapi, benarkah kita sayangkan Rasulullah?? Persoalan ini, saya lontarkan agar kita semua fikir setakat mana rasa kasih kita itu dizahirkan...

Adakah kita sudah mengikuti segala sunnah yang dianjurkan oleh baginda secara keseluruhannya??? Itulah yang bermain di otak fikiran saya sejak tadi... Rupanya, secara senyap diriku semakin jauh dari baginda.. Sedangkan hati ini bersungguh mengatakan tersangat cinta dan sayang pada Rasulullah... Ya Habibuna Muhammad... Maafkan aku! Aku Cinta padamu... 

Surah al-A'raf, ayat 157 yang bermaksud:

" .. Adapun orang yang beriman kepadanya (Rasul), memuliakannya, menolongnya, dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya ( al-Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung."

kalau nak cerita tentang segala peribadi Rasulullah yang mulia serta segala sunnah baginda, sudah pasti tidak muat saya nak coretkan dalam post kali ini... (",) Jadi, nak atau tak nak... kita perlu ambil tahu tentang baginda kerana sudah fitrah kita akan kembali kepada kebaikan... btol x?? kalau yang  tak nak tu... Allahu Akbar.. sedar2 lah... anda berada dalam zon yang bahaya!



Saya yakin... kalian semua pasti pernah merasai kerinduan kepada Rasulullah s.a.w sehingga mengalirkan air mata... kita yang hidup jauh dari Rasulullah sudah mengalirkan air mata pabila mengingatinya serta merinduinya, apatah lagi mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah... Allahu Rabbi... Sungguh tenang pabila memikirkan baginda... 

Kalian perlu juga tahu bahawa Rasulullah s.a.w juga merindukan umatnya yang tidak pernah bersua dengan baginda... SOOO.. dont worry.. Rasulullah pun ingat kita... ^_^ Jom kita mula perbanyakkan amalan sunnah dan berselawat keatas baginda s.a.w... InsyaAllah, jadi bekalan kita di Akhirat kelak... Peace!



Esok nak gi sambut Maulidur Rasul kat masjid dgn ummi tersayang... nak ikowtt?? JOM !!! ^_^


Saturday, January 12, 2013

Srikandi Pejuang @ HKR # KL 112

Assalamualaikum n slamat sejahtera semua... juz nak kongsi pengalaman saya dalam himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.. sememangnya osem.. ^^ Firstly, kepada sesiapa yang tidak setuju or seumpama dengannya... tak payah la nak kutuk... puji tak pe.. Takbir! (",)



Harap kita tidaklah ketinggalan untuk mengikuti segala perkembangan yang berlaku dalam negara kita.. Malaysia kan tanah tumpahnya darah kita... Dulu, saya pun tak berapa suka benda2 yang melibatkan ramai orang dan ntah apa-apa ntah.. demonstrasi, himpunan n so on.. sehingga sampai satu tahap, saya merasakan perlu untuk saya tahu, saya kan mahasiswa.. kena lah cakna.. tak gitu.. 


Saya tak nak lah  jadi seperti 'kerbau dicucuk hidungnya' atau yang popular kita dengar " katak dibawah tempurung". Kita perlu sedar, sampai bila kita hanya nak percaya 100 % apa yang diberitahu tanpa kita periksa dulu.. Sedangkan kita belajar dalam kuliah atau sekolah sekalipun, cikgu mesti tunjukkan bukti atau dalil mengapa sesuatu perkara itu dan ini perlu kita lakukan serta percaya. Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Hujurat , ayat 6 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali  apa yang telah kamu lakukan".

Maka, dalil inilah yang membuatkan saya teruja untuk selidik apa yang diberitahu dalam berita di TV mahupun di laman sesawang. Bukanlah saya mahu menunjukkan kebagusan tetapi saya berharap masyarakat di luar sana tidak membuat andaian ataupun komentar yang bersifat melulu sebelum kita selidiki sesuatu isu itu.

Namun, saya kagum melihat kesedaran dan kebangkitan kebanyakan anak muda pada hari ini yang mana mereka mula sedar bahawa banyak isu yang diputar belitkan oleh pihak tertentu demi menjaga kepentingan diri semata. Bagi saya, Himpunan sebegini mampu membuka mata masyarakat Malaysia yang masih kabur tentang keadaan sebenar yang berlaku di negara kita walaupun mungkin ada sesetengah yang berfikiran aneh lagi pelik. (^_^) Kita nampak salah, kita kenala tegur betul tak ! 



Kami anak muda mahu selamatkan Malaysia dari kezaliman dan kemaksiatan ! Takbir !

Sememangnya wujud ibu bapa yang merisaukan keselamatan anak, apatah lagi bila tengok dalam TV ada berlaku keganasan sewaktu berhimpun sebelum ini. Siapalah ibu bapa yang tidak risau. Umi ayah saya pun risau. Tapi alhamdulillah, my sporting dad izinkan. Maka, dapatlah saya pergi menunjukkan kesolidaritian dalam himpunan itu. Saya yakin kerana dengan istikharah saya datang himpunan ini... ^_^

Jom kaji, selidik dan fikir tentang keutamaan... Tiada paksaan siapa yang tak nak.

Mohon maaf kepada siapa yang terasa... Saya sayang kalian, sebab tu saya post tentang ini...
Doakan saya dapat jawab exam dengan tenang ye.. 4 paper to go... Allahu Akbar..