Saturday, January 12, 2013

Srikandi Pejuang @ HKR # KL 112

Assalamualaikum n slamat sejahtera semua... juz nak kongsi pengalaman saya dalam himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.. sememangnya osem.. ^^ Firstly, kepada sesiapa yang tidak setuju or seumpama dengannya... tak payah la nak kutuk... puji tak pe.. Takbir! (",)



Harap kita tidaklah ketinggalan untuk mengikuti segala perkembangan yang berlaku dalam negara kita.. Malaysia kan tanah tumpahnya darah kita... Dulu, saya pun tak berapa suka benda2 yang melibatkan ramai orang dan ntah apa-apa ntah.. demonstrasi, himpunan n so on.. sehingga sampai satu tahap, saya merasakan perlu untuk saya tahu, saya kan mahasiswa.. kena lah cakna.. tak gitu.. 


Saya tak nak lah  jadi seperti 'kerbau dicucuk hidungnya' atau yang popular kita dengar " katak dibawah tempurung". Kita perlu sedar, sampai bila kita hanya nak percaya 100 % apa yang diberitahu tanpa kita periksa dulu.. Sedangkan kita belajar dalam kuliah atau sekolah sekalipun, cikgu mesti tunjukkan bukti atau dalil mengapa sesuatu perkara itu dan ini perlu kita lakukan serta percaya. Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Hujurat , ayat 6 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali  apa yang telah kamu lakukan".

Maka, dalil inilah yang membuatkan saya teruja untuk selidik apa yang diberitahu dalam berita di TV mahupun di laman sesawang. Bukanlah saya mahu menunjukkan kebagusan tetapi saya berharap masyarakat di luar sana tidak membuat andaian ataupun komentar yang bersifat melulu sebelum kita selidiki sesuatu isu itu.

Namun, saya kagum melihat kesedaran dan kebangkitan kebanyakan anak muda pada hari ini yang mana mereka mula sedar bahawa banyak isu yang diputar belitkan oleh pihak tertentu demi menjaga kepentingan diri semata. Bagi saya, Himpunan sebegini mampu membuka mata masyarakat Malaysia yang masih kabur tentang keadaan sebenar yang berlaku di negara kita walaupun mungkin ada sesetengah yang berfikiran aneh lagi pelik. (^_^) Kita nampak salah, kita kenala tegur betul tak ! 



Kami anak muda mahu selamatkan Malaysia dari kezaliman dan kemaksiatan ! Takbir !

Sememangnya wujud ibu bapa yang merisaukan keselamatan anak, apatah lagi bila tengok dalam TV ada berlaku keganasan sewaktu berhimpun sebelum ini. Siapalah ibu bapa yang tidak risau. Umi ayah saya pun risau. Tapi alhamdulillah, my sporting dad izinkan. Maka, dapatlah saya pergi menunjukkan kesolidaritian dalam himpunan itu. Saya yakin kerana dengan istikharah saya datang himpunan ini... ^_^

Jom kaji, selidik dan fikir tentang keutamaan... Tiada paksaan siapa yang tak nak.

Mohon maaf kepada siapa yang terasa... Saya sayang kalian, sebab tu saya post tentang ini...
Doakan saya dapat jawab exam dengan tenang ye.. 4 paper to go... Allahu Akbar..




4 comments:

  1. ~allahurobbi ^_^ ... sgt ohsem d c2... srikandi pejuang... nota amik nnt tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik... InsyaAllah esok pagi nak pi bilik aida n wana.. nk wat lawatan.. ^_^

      Delete
  2. bilik saya x nak pegi ke cik isyq??

    ReplyDelete
  3. Allahu aKBAR!! mesty best kan dpat pegi...kite jauh.,xdpat nak pegi. hehe

    ReplyDelete