Assalamualaikum semua... sihat tak?? Moga kita semua dalam rahmat Allah.. ^_^ lama sungguh tinggalkan dunia blog ni... terasa pantas masa berlalu.. kini hanya tinggal beberapa minggu untuk menghabiskan zaman ijazah di UKM... Sungguh, Allah jua pemilik sekelian alam, DIA berkuasa menentukan segalanya. Baik dan buruk berlaku, pasti ada hikmahnya.. kita hanya mampu berusaha melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat kita yang tertinggi iaitu Mardhatillah... Ya.. matlamat itulah harus dipasak dalam jiwa anak-anak muslim...
Setelah tempoh pilihan raya berlalu, Saya pasti ramai pejuang agama merasakan apa yang saya rasa... Maaf saya katakan, Hanya insan yang terdapat iman di hatinya dapat merasainya.. masakan tidak, cita-cita untuk melihat Islam tertegak di bumi Malaysia melalui demokrasi pada kali ini tidak tercapai sepenuhnya... kami tidak terkilan kerana gagalnya menguasai parlimen, tapi kami amat terkilan kerana sistem yang kononnya diamalkan di bumi ini tidak berfungsi dengan telus.
Namun, perasaan suram ini jangan dibiarkan lama. Masih banyak jalan yang boleh diambil untuk meluaskan lagi dalam bidang dakwah ini. mungkin melalui platform tersebut kita masih tidak mampu, tapi harus diingat bahawa banyak lagi cara lain Islam boleh tertegak dalam negara. soal tipu ataupun sebagainya, biarlah diantara mereka dan pencipta sahaja. Allah tahu bilakah masa yang tepat untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Kita hanya mampu berusaha, berdoa serta meletakkan tawakakkal hanya kepada Allah.
Ketahuilah sahabat2, this is just a beginning and not ending yet~ ^_^ (entah btol ke x english ni.. huhu~)
Sebenarnya, banyak lagi benda yang kita kena lalui, bukan sahaja belajar di kuliah, tapi cabaran yang sebenar bermula setelah kita melangkah ke dunia luar. ini termasuklah dakwah, kerjaya dan keluarga..masa tersebut barulah kita merangkak-rangkak mencari hala tuju n so on... maka, tatkala itu timbullah perasaan sangsi dalam membuat pilihan dan mencari jawapan yang tepat untuk menyelesaikan masalah.
Ramai masyarakat akan mencari kita sebagai anak muda yang mempunyai ilmu untuk membantu mereka. Mereka mengharapkan yang terbaik daripada kita untuk disumbangkan.. Tapi sekarang, cuba lihat diri kita.. Masih di landasan yang betul ataupun tidak.
Jadinya, kita seharusnya bermula daripada sekarang untuk mendapatkan pengakhiran yang terbaik. Setiap hasil yang baik fitrahnya bermula dengan usaha yang baik. jangan hanya mengharapkan duit gugur dari langit tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga dengan kematian kita nanti. Cara kita mengakhiri kehidupan ini masing-masing berbeza. Semuanya berbalik kepada amalan kita sebelum menemui ajal.
~ Tetapkan dalam hati bahawa ' aku mahu pengakhiran yang baik di sisi Allah '... Saya percaya, kalau kita tengok cerita drama mahupun movie, kita juga mahu cerita itu berakhir dengan gembira. Dan kita pasti tak puas kalu cerita tu tergantung ditambah pula sedih diakhirnya...
-Moga Allah tempatkan kita dikalangan orang yang beriman. ^_^
- Salam Rejab yang bakal tiba tidak lama lagi... JOM rebut peluang yang ada..
No comments:
Post a Comment