Tuesday, February 19, 2013

Woah, its pretty awesome !

Assalamualaikum dan salam bahagia buat kawan2 semua... Hopefully, semuanya sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa... InsyaAllah... saya punyalah tersangat rindu nak update blog sampai menghitung hari bilalah nak balik UKM, laju sket line. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya di perbukitan ilmu yg sangat saya cintai ini... lebih2 lagi bila dah masuk sem terakhir ijazah.. bertambah semangat lagilah nak balik UKM.. hee~ osem x?? ^_^

Selalunya bila dah sem akhir nie, banyak pulak yang perlu diambil perhatian.. Family, Tesis, master, kerja.... n satu lagi rahsia la... hee~ Ramai yang meluahkan ucapan "bestnyer, dah nak abeh dah" n so on... tetapi, sebenarnya anda tidak perasan bahawa kami sedang berada dalam dilema yang besarrr.. Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang berada di hati dan fikiran kami tatkala ini.. 





Bila difikirkan balik... sepanjang pengajian kita di universiti, adakah ilmu yg digali itu memberi manfaat ataupun sebaliknya.. perkara inilah yang perlu dirisaukan dan akan merisaukan kita sebagai individu muslim. Sudah tentu kita tidak mahu ilmu yang dipelajari itu hanya untuk peperiksaan sahaja.. tapi kita mahu lebih dari itu. Untuk kita tahu tujuan sebenar kita belajar itu betul atau tidak, cuba kita bayangkan tiada peperiksaan dalam dunia ini... adakah kita akan bertungkus lumus jugak dalam menimba ilmu ataupun kita akan abaikan saja tuntutan menimba ilmu tersebut... hmm, fikir2 kan bersama~ (",)



Ini semua berbalik pada niat dan tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini...

Setiap insan di muka bumi ini , Allah ciptakan dengan penuh kesempurnaan sesuai dengan keperluan untuk terus mengabdikan diri padaNya... Tuntutan membaca malah mentadabbur segala yang ada di langit dan di bumi telah Allah nyatakan dalam surah pertama yang diturunkan... masih ragukah kita tentang itu??? Pentingnya ilmu supaya kita tidak tertipu dengan ujian duniawi... Allah sayang pada hamba-hambaNya. oleh sebab itulah, Islam menuntut supaya kita menuntut ilmu.

Kawan2 yang bakal menghabiskan zaman ijazahnya tahun ini, yuk kita sambung master... hee~ lawak je. Tuntut ilmu tu biarlah berterusan walaupun dah bekerjaya mahupun berumahtangga.. Yg ni mesti kalian kata osem.. ^_^



-Terima kasih insan2 yg mengenali diri ini kerana sabar melayani karenah saya.. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian- Jom terus Semangat!!! <3

2 comments: