Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.. malam ulangtahun kelahiran nabi kita nie memang penuh barakah dan kesyahduan kan??? Hujan yang turun seolah-olah memahami hati kita yang tersangat rindukan baginda... Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad... Moga Allah merahmati kehidupan baginda, keluarga baginda serta para sahabat yang bersama Baginda..... Allahumma Aminn..
Benarlah lagu 'Lau Kana Bainana' yang maksudnya jika Rasulullah masih ada... apakah perasaan kita dan Rasulullah sendiri pabila saling ketemu... Allahu Akbar, Allah lagi Maha Tahu... Sayang dan kasihnya kita pada baginda walaupun kita tidak pernah bersua dengannya... Tapi, benarkah kita sayangkan Rasulullah?? Persoalan ini, saya lontarkan agar kita semua fikir setakat mana rasa kasih kita itu dizahirkan...
Adakah kita sudah mengikuti segala sunnah yang dianjurkan oleh baginda secara keseluruhannya??? Itulah yang bermain di otak fikiran saya sejak tadi... Rupanya, secara senyap diriku semakin jauh dari baginda.. Sedangkan hati ini bersungguh mengatakan tersangat cinta dan sayang pada Rasulullah... Ya Habibuna Muhammad... Maafkan aku! Aku Cinta padamu...
Surah al-A'raf, ayat 157 yang bermaksud:
" .. Adapun orang yang beriman kepadanya (Rasul), memuliakannya, menolongnya, dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya ( al-Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung."
kalau nak cerita tentang segala peribadi Rasulullah yang mulia serta segala sunnah baginda, sudah pasti tidak muat saya nak coretkan dalam post kali ini... (",) Jadi, nak atau tak nak... kita perlu ambil tahu tentang baginda kerana sudah fitrah kita akan kembali kepada kebaikan... btol x?? kalau yang tak nak tu... Allahu Akbar.. sedar2 lah... anda berada dalam zon yang bahaya!
Saya yakin... kalian semua pasti pernah merasai kerinduan kepada Rasulullah s.a.w sehingga mengalirkan air mata... kita yang hidup jauh dari Rasulullah sudah mengalirkan air mata pabila mengingatinya serta merinduinya, apatah lagi mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah... Allahu Rabbi... Sungguh tenang pabila memikirkan baginda...
Kalian perlu juga tahu bahawa Rasulullah s.a.w juga merindukan umatnya yang tidak pernah bersua dengan baginda... SOOO.. dont worry.. Rasulullah pun ingat kita... ^_^ Jom kita mula perbanyakkan amalan sunnah dan berselawat keatas baginda s.a.w... InsyaAllah, jadi bekalan kita di Akhirat kelak... Peace!
Esok nak gi sambut Maulidur Rasul kat masjid dgn ummi tersayang... nak ikowtt?? JOM !!! ^_^
No comments:
Post a Comment