Monday, March 12, 2012

Seputih Salju~ (part 3)

Yasmin terpaku seketika setelah dia membuka email yang telah lama ia abaikan. Jantungnya berdegup kencang seperti kereta api laju di Jepun. Pedih tapi manis perasaan ini. sungguh, memang pelik perasaan ini. Yasmin seperti tidak percaya dia mempunyai perasaan seperti itu kepada seorang jejaka yang pernah menjadi naqibnya di sekolah menengah dulu.

Tidak hairanlah Yasmin amat diminati ramai ketika di sekolah dulu. Ini kerana Yasmin mempunyai kulit yang cerah, berlesung pipit, mata bulat tapi tenang bila memandangnya dan bibirnya sentiasa terukir senyuman indah buat sesiapa yang dijumpainya sehinggakan naqibnya sendiri jatuh hati padanya. Walaupun Yasmin mempunyai rupa paras yang cantik dan sentiasa digilai muslimin di sekolah tersebut, Yasmin sangat berpegang pada prinsipnya bahawa " Study hard before you love somebody ". Baginya, dia perlu bersedia sebelum melangkah ke alam dewasa itu, banyak lagi yang perlu dia perbaiki lebih-lebih lagi ilmunya dan akhlaknya dengan tuhan semesta alam.

Dalam kekencangan jantungnya berdegup ketika membelek email daripada naqibnya, kegedupan jantungnya semakin kencang seperti kilat sambar menyambar...Yasmin juga menerima email yang tidak dijangkakannya. Ia adalah email daripada sahabat seperjuangannya di sekolah dulu, Yasmin sempat mengimbas kembali kenangan yang pernah dicipta bersama sahabatnya itu. Dia tahu 'muslimin' yang dianggap sahabatnya itu menyimpan perasaan buatnya walaupun 'muslimin' itu tidak pernah meluahkannya.Gerak geri dan tingkah laku sahabatnya itu menyebabkan Yasmin berprasangka sebegitu. Bagi Yasmin, sahabatnya itu Seorang yang sangat mengambil berat, bertimbang rasa malah tidak kurang kacaknya.Tidak hairanlah kerana didalam kelas  itu hanya 2 orang muslimat sahaja.Tetapi dia merasakan seperti hanya dia diberi perhatian oleh 'muslimin' itu.

Yusof, seorang mahasiswa di Universiti Yarmuk , Jordan. Dia amat suka mentadabbur kitab-kitab ilmiah yang dicadangkan oleh senior-senior dan pensyarahnya. Dia juga sangat cintakan perjuangan mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi dan berazam untuk mengizzahkan Islam dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya. Terlalu banyak kelebihan padanya sehinggakan berjaya menutup segala masalah yang dihadapinya.Sejak di sekolah lagi, Yusof terkenal dengan sifatnya yang peramah, baik dan mengambil berat. Ramai pelajar muslimat meminatinya kerana kelebihannya itu tetapi bagi Yusof, hanya Yasmin sahaja yang berjaya memikat hatinya kerana itulah juga hanyaYasmin sahaja tahu masalah yang dihadapinya.

Keakraban mereka bermula ketika masing-masing memegang jawatan dalam Kelab Usahawan. Yusof memegang jawatan sebagai pengerusi manakala Yasmin pula ialah timbalannya.Masing-masing dalam diam wujud perasaan suka walaupun hanya segelintir. Namun, kedua-duanya menepis perasaan itu demi menjaga maruah dan harga erti persahabatan yang dibina demi gerak kerja Islam. Namun, setelah peperiksaan SPM, hubungan persahabatan ini terhenti tanpa noktah. Masing-masing melanjutkan pelajaran mengikut minat masing-masing.


    ********************************************************************************

Pagi yang penuh ketenangan... Yusof gagahkan diri bangun pada malam ketika semua makhluk sedang lena dibuai mimpi. Wuduk diambil dengan penuh berhati-hati kerana menahan kesejukan di pagi hari. Yusof sudah terbiasa untuk melakukan qiamulail kerana amalan itulah yang dilatih sejak dibangku sekolah lagi dan kerana amalan inilah hatinya terasa begitu dekat dengan tuhan. Solat sunat Yusof dirikan dengan penuh kekhusyukan kerana keredhaan dan rahmat Allah S.W.T paling diidamkan.

Yusof tidak pernah lupa mendoakan kedua ibu bapa nya walaupun kedua-duanya sudah bercerai dan meninggalkannya kepada Mak Ngahnya. Di Malaysia, Yusof tinggal bersama Mak Ngah nya, dia sudah menganggap Mak Ngahnya seperti umminya sendiri. Segala kasih ditumpahkan kepada wanita tua yang tidak punya anak itu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasanya.

Ketika khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, Yusof disapa oleh rommatenya yang baru selesai menunaikan solat sunat:

Hakim: Yusof ! enta tak teringin ke nak pulang Malaysia? ana tengok enta dah lama tak pulang.. ada masalah ka?

Yusof : ish, terjekut ana. kalau ye pun bagi salam la dulu... ana bukannya tak nak balik, tapi ana risau ummi ana kecewa kalau ana tak dapatkan ijazah. lagipun, kalau ana balik, ana asyik diajukan dengan soalan2 yang pelik2.. hurm~

Hakim : soalan apa tu??? ha, ni mesti bab munakahat?? ( hakim tergelak )

Yusof : amboi, bukan main lagi ea gelakkan orang. tapikan, macam mana enta dapat agak soalan itu??

Hakim : tengok muka enta pun ana dah agak. enta dah ada calon ka? kalau tak da , ana carikan. Lagi pun, ramai akhawat kat sini duk sibuk tanya status enta.  Popular la katakan..

Yusof : erm, cepumas btol soalan enta.. ( sambil menyapu mukanya yang tidak berpeluh )... sebenarnya, ana tengah tunggu seseorang, tapi ana tak yakin calon tu dah berpunya ke belum.. lagipun, kami pernah berkawan rapat waktu sekolah dulu. Semalam ana bagi email , tapi tak balas2 pun.. entah2, dah tukar email.

Hakim : ana rasa enta patut cari orang tengah kot kalau nak berhubung dengan dia. ntah2 dia malu ataupun tak suka cara enta approach. t ana carikan orang tengah, mana la taw ada sahabat ana study kat sana.. Muslimat tu blaja kat mana??

Yusof : kat Rusia, kalau tak silap dia ambil bidang kedoktoran.

Hakim: Rusia??? eh, ana ada saudara la kat sana , namanya Haikal. nanti ana minta tolong dia..

Yusof : Alhamdulillah, syukran kahtir ya sohabati.. ^^


* Indahnya Ukhuwwah & cinta jika ia didasarkan kepada Allah~ ^^

No comments:

Post a Comment