Thursday, March 15, 2012

Di mana Letaknya UKHUWWAH...??

Assalamualaikum buat semua yang membaca... saya doakan semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa dibawah lindungan serta keberkatan Allah S.W.T. Post ini akan membicarakan mengenai ukhuwwah. Bagi pelajar yang mengambil pengajian Islam seperti saya sudah semestinya tahu apa yang dimaksudkan ukhuwwah sebenarnya.

Ukhuwwah adalah ikatan.. Ya... ia memang ikatan ..tapi dengan siapa?? bagaimana? memang mudah disebut maksudnya tetapi setakat mana kita mampu mengimplementasikan ukhuwwah ini dalam kehidupan kita di dunia ini.

Sahabat2, Ukhuwwah ini bukan hanya ikatan yang dibina diantara sahabat sahaja, tetapi ukhuwwah ini boleh dibina diantara sesama manusia yang lain... kita boleh berukhuwwah dengan ibubapa kita, adik beradik kita, malah kita juga boleh berukhuwwah dengan yang bukan Islam.

Ha, ukhuwwah dengan bukan Islam??? boleh ke?? pertanyaan ini selalu bermain di fikiran sahabat2 saya sebelum ini.. Sahabat, Ukhuwwah adalah satu perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud ikatan.. jangan terpedaya dengan persepsi sebahagian orang yang berprasangka bahawa semua yang berbahasa Arab tidak boleh dikaitkan dengan yang bukan Islam. Sahabat2, Bangsa Arab itu pun sebenarnya bukan semuanya beragama Islam.Oleh itu, Kita masih boleh berukhuwwah dengan yang bukan Islam demi kelangsungan dakwah kepada mereka.Sahabat2, Lain lah, jika saya katakan ukhuwwah Islamiyah.



Ya, Ukhuwwah Islamiyah ini hanya dikhususkan buat yang beragama Islam sahaja dimana ikatan yang dibina antara sesama manusia yang lain bertunjangkan kepada aqidah kepada Allah S.W.T.Indahnya ukhuwwah ini jika segalanya berbalik kepada Allah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Erm, peringatan buat saya dan sahabat2 semuanya... saya harap walaupun Ukhuwwah itu adalah ikatan antara sesama Manusia, janganlah kita menyalahgunakannya demi kepentingan diri. Janganlah guna perkataan Ukhuwwah jika nak cover hubungan couple ataupun antara lelaki perempuan.. INGATLAH tiada istilah ukhuwwah dalam couple dan sahabat lelaki  perempuan. Walaupun kita ada kawan mahupun sahabat yang berlainan jantina, jagalah batas kita.. INGATLAH bahawa 'dia' juga boleh menjadi suami atau isteri kita suatu hari nanti.Moga2 kita terhindar daripada fitnah terbesar ini... JOM kita jaga hati kita dan sahabat2 kita.. bak kata mat lutfi :" Mencuri gitar adalah haram, curi hati takper" ~ JOM suburkan Ukhuwwah Islamiyah dalam hati kita dan sahabat2 kiter.. ^^



This post dedicated to Nurrul Syawana and Noraida Jamlie~ my friends forever^^

No comments:

Post a Comment