Tuesday, March 20, 2012

Seputih Salju (Part 5)

Yusof berjalan di luar kawasan penempatan pelajar mesir seorang diri. Baginya penting bagi seorang Hamba Allah untuk mentadabbur alam ciptaanNya yang tiada bandingnya. Hatta persekitaran ciptaan manusia pun tidak dapat dibandingkan dengan alam ciptaan Illahi. Tatkala melihatkan burung, alangkah seronoknya apabila dapat terbang tinggi ke angkasa. Melihat pokok, alangkah seronoknya dia menjadi tumpuan orang. Tetapi semuanya tidaklah sehebat manusia yakni khalifah ciptaan Allah S.W.T.Semua makhluk iri hati akannya. Sungguh, Allah mengurniakan lebih kelebihan kepada mereka. Mereka boleh berbuat apa sahaja di dunia ini asalkan berpandukan pada syariat, Malah Allah mengangkat taraf khalifah ini ke tahap yang paling tertinggi." Alhamdulillah, thank u Allah", ucap Yusof dalam hati.

Sesampainya Yusof di penempatan pelajar Malaysia. Dia terus ke dapur untuk memasak pada hari ini. Sebenarnya, Yusof telah merancang sejak diluar tadi untuk masak sesuatu yang istimewa buat sahabat2nya. "erm, x sabarnya nak makan dalam talam dengan diorg, mesti diorg terkejut tgk aku masak" bisik Yusof seorang diri sambil tersenyum. Apabila Yusof sedang khusyuk memasak, Hakim datang menjenguk. "oit, akh.. buat apa tu?? wanginya !! bau sampai ke bilik ana. Enta mimpi apa masak awal2 ni? ha, mesti da berita gembira.." seloroh Hakim. " uish, enta ni ! masak salah, xmasak pun salah... apa salahnya klu sekali skala ana masak .. lagipun, bukan ke antum semua terinin sgt nak rasa air tangan ana yang sedap ni.. hehe" tergelak Yusof melihat gelagat sahabat karibnya itu mengusiknya.

"Akh, ana dah minta tolong abang saudara ana yang kat sana tentang muslimat yang enta suruh risikkan tu, stakat ni dia tengah mencari siapakah yang bernama Yasmin Binti Ahmad yang enta cakap hari tu, katanya dia xjumpa2 lagi.. t kalau dah dapat berita apa2, ana bagitaw kemudian ea.." Hakim menerangkan kepada Yusof soal permintaannya sebelum ini."Takpelah Hakim, jangan desak sangat saudara enta tu, kesian pulak dia.Dah la study lagi, diserabutkan pulak dengan permintaan ana ni, kesian pulak dia" jawab Yusof." Bukan apa, Ana nak penuhi permintaan enta, lagipun ana kesian tengok enta ni.. boleh dikatakan WAJIB dah nak nikah.. asyik termenung je.. xtaw la engatkan siapa kan.., haha.." Panjang helai tawa Hakim.

Yusof hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu. Namun, fikirannya juga turut melayang entah kemana. Yusof menatikan saat dipertemukan semula dengan gadis idamannya itu sekaligus ingin menjadikannya permaisuri dihati."Ya Allah, Adakah dia Milikku??" soal Yusof dalam hati.Sebenarnya, Yusof merancang untuk pulang ke Malaysia pada dua bulan akan datang dengan membawa berita gembira kepada ummi kesayangannya. Dia ingin memenuhi impian umminya untuk melihat pernikahannya tahun ini. Tetapi, adakah dia mampu memenuhi impian itu. Moga-moga Allah mendengar permintaan Umminya....

*******************************************************************************

Yasmin mendapat message daripada seorang senior yang sangat dia kagumi.Bagi Yasmin, seniornya itu sudah dianggap sebagai seorang abang kerana keprihatinannya menjaga Yasmin sejak tahun pertama pengkuliahan lagi. 'abang' nya itu selalu membantunya tika Yasmin dalam kesulitan. Katanya ingin berjumpa dengan Yasmin untuk bertanyakan sesuatu. Sejak tadi lagi, Yasmin tertanya -tanya apakah yang ingin ditanyakan oleh seniornya itu. Yasmin menuju ke tempat yang telah dijanjikan.Ternampak kelibat dua orang lelaki di satu sudut taman rekreasi yang indah. " Alhamduliilah, nasib baik abg Sufian bawa teman. Fatin xdapat temankan coz ada kuliah.. Tp siapa ek lelaki tu" bisik Yasmin dalam hati.

"Assalamualaikum, abg. Maaf buat antum lama tunggu" Sapa yasmin. " Waalaikumsalam, Yasminnn... Ha, datang pun.. ni abg perkenalkan kawan baik abg, Haikal classmate jabatan abg" Jawab Sufian. Alangkah terkejutnya Yasmin melihat lelaki itu. " kenapa dia muncul lagi, AllahuRabbi" bisik Yasmin dalam hati. " Hi, nice to meet u, keciknya dunia ni kan.. xsangka kte dapat jumpa lagi. owh, Enti lah Yasmin ea??" ucap Haikal tepat memandang mata Yasmin, seolah-olah memperlinya. " dah tahu buat apa tnya lagi, pelik la mamat ni" gomel Yasmin dlam hati sambil membalas ringkas pertanyaan Haikal: " ye , analah Yasmin.. nice to meet u again"

Suasana menjadi sepi setekita lalu Sufian memulakan bicara. "Min, maaf abg amk masa min sket pagi ni. ni Haikal ni nak kenal siapa Yasmin, katanya ada hal nak tanya sket". "Small matter la abg, lagipun, min banyak dah menyusahkan abg, kalau stakat permintaan sekecik ni, apalah sgt.. ermm, enta nak tanya apa ea??" soal Yasmin pada Haikal. "Pertama skali.. ana mohon maaf pada saudari Yasmin kerana mengambil masa enti sedikit dan mengenai pertemuan kita sebelum ini, bukan niat ana nak menyinggung perasaan enti, mohon maaf skali lgi.. sebenarnya ingin bertanyakan status enti, sudah berpunya atau belum? " ucap Haikal.

" Perkara lama baik kte lupakan, ana xsimpan apa2 pn.. kalu boleh ana taw, sapa ea bertanyakn soalan ni? enta k atau orang lain?" soal Yasmin kembali. Haikal teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Baginya, memberitahu hal sebenar umpama melepaskan sesuatu yang amat berharga. Haikal tertarik dengan Yasmin sejak awal pertemuan lagi. Bagi Haikal biarlah Yasmin nampak perasaannya itu nanti.. Dia ingin Yasmin tahu  dalam keadaan yang tenang dan mengenali dirinya. " erm, ana just tanyakan. suatu hari nanti enti akan tau juga siapa orangnya" jawab Haikal.



"Allah.. ana xtaw nak jawab macam mna. sekarang ana masih lagi dibawah jagaan mak ayah ana.Ana mengharapkan jodoh akan muncul setelah ana grade nanti.. xsangka pulak sekarang dah da yang bertanyakan status ana" ucap Yasmin dengan tenang. Soal Haikal lagi" enti suka lelaki yang macam mana ea? maaf, banyak tanya". Persoalan yang diutarakan sudah lari dari tujuan yang asal. apakan daya, Haikal xmampu membendung perasaan hatinya untuk mengetahui segala tentang gadis yang berjaya menarik hatinya itu.

" wah, cepumasnya soalan.. ana xlah demand sgt.. ana juz nak lelaki soleh yang mampu membimbing diri ini dan bakal anak kami ke jalan yang Allah redhai , soal bentuk fizikal dan perkara2 furu' ni ana xkisah sgt sebenarnya cuma biarlah molek mata memandang, xgitu abg Sufian??" Yasmin memandang Sufian sambil tersenyum.Sufian senyum kembali kerana dia tahu Yasmin seperti mengaitkn dirinya dalam hal ini. Dulu, waktu Sufian merisik isterinya, Yasmin  lah org yang banyak membantu dan menjadi orang tengah.

"erm, menarik tu! ana akan take note" Ucap Haikal sambil ternampak deretan giginya yang cantik seperti model itu kepada Yasmin. Ramai gadis di kuliah yang meminati Haikal kerana wajahnya yang hensem terutama senyumannya yang mampu menawan hati ramai gadis2 di universiti. Hatta, wujud juga sebilangan gadis Rusia yang meminatinya juga dan ingin berpacaran dengannya." Huh, nakalnya senyuman!! meluat plak tengok. bajet hensem la 2... ALLAH..ALLAH.. diakah orang yg bertanyakan statusku ataupun orang lain??" Yasmin bermonolog sendirian. Yasmin seolah-olah mengharapkan pertanyaan itu dari naqibnya di sekolah dulu yang pernah merisiknya dan masih mengutuskan email kepadanya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Yasmin masih mengira-ngira siapakah gerangan yang bertanyakan satusnya.." Haikal k ek, eh.. xmungkinlah.. ak baru je kenal dia.. xsampai sebulan pun... k ust Faisal.. tapi, betul ke dia masih simpan perasaan kat aku.. ntah2 dah kawin , anak 3 ape..ermmm, napalah hati aku rasa semacam je" Yasmin mengetuk-ngetuk dadanya perlahan. "Ha, entah2 Yusof... Dia pernah email ak 2 minggu lepas.. tp, bukan dia kt Jordan ag k.. org hensem macam dia.. sapalah xnak.. bertuahlah sapa dapat dia" hati Yasmin sayu memikirkannya. Setiap kali dia cuba memejamkan mata dan memikirkan siapakah orang yang bertanyakan statusnya, senyuman Haikal kerap kali muncul di benak fikirannya.." Astagfirullah al-'Azim...., ampunkan aku Ya Allah.." "napalah muka dia je yang muncul.. bukannya hensem sangat pun".. Yasmin cuba membuang jauh-jauh gambaran senyuman lelaki itu yang berjaya menganggu ketentramannya.

Bagi Yasmin, Biarlah Allah menentukan segalanya.. Dia yakin pasti ada sang arjuna yang menantikan hatinya untuk dicurahkan segala cinta dan kasih sayang.. cuma dia perlu bersaba menanti siapakah arjuna impian yang berjaya menakhluk hatinya yang keras ini. "Semoga Allah memandang kesabarannku ini.. Aminnn Ya Rabb". Doa Yasmin dalam hati dengan penuh pengharapan.





Thursday, March 15, 2012

Di mana Letaknya UKHUWWAH...??

Assalamualaikum buat semua yang membaca... saya doakan semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa dibawah lindungan serta keberkatan Allah S.W.T. Post ini akan membicarakan mengenai ukhuwwah. Bagi pelajar yang mengambil pengajian Islam seperti saya sudah semestinya tahu apa yang dimaksudkan ukhuwwah sebenarnya.

Ukhuwwah adalah ikatan.. Ya... ia memang ikatan ..tapi dengan siapa?? bagaimana? memang mudah disebut maksudnya tetapi setakat mana kita mampu mengimplementasikan ukhuwwah ini dalam kehidupan kita di dunia ini.

Sahabat2, Ukhuwwah ini bukan hanya ikatan yang dibina diantara sahabat sahaja, tetapi ukhuwwah ini boleh dibina diantara sesama manusia yang lain... kita boleh berukhuwwah dengan ibubapa kita, adik beradik kita, malah kita juga boleh berukhuwwah dengan yang bukan Islam.

Ha, ukhuwwah dengan bukan Islam??? boleh ke?? pertanyaan ini selalu bermain di fikiran sahabat2 saya sebelum ini.. Sahabat, Ukhuwwah adalah satu perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud ikatan.. jangan terpedaya dengan persepsi sebahagian orang yang berprasangka bahawa semua yang berbahasa Arab tidak boleh dikaitkan dengan yang bukan Islam. Sahabat2, Bangsa Arab itu pun sebenarnya bukan semuanya beragama Islam.Oleh itu, Kita masih boleh berukhuwwah dengan yang bukan Islam demi kelangsungan dakwah kepada mereka.Sahabat2, Lain lah, jika saya katakan ukhuwwah Islamiyah.



Ya, Ukhuwwah Islamiyah ini hanya dikhususkan buat yang beragama Islam sahaja dimana ikatan yang dibina antara sesama manusia yang lain bertunjangkan kepada aqidah kepada Allah S.W.T.Indahnya ukhuwwah ini jika segalanya berbalik kepada Allah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Erm, peringatan buat saya dan sahabat2 semuanya... saya harap walaupun Ukhuwwah itu adalah ikatan antara sesama Manusia, janganlah kita menyalahgunakannya demi kepentingan diri. Janganlah guna perkataan Ukhuwwah jika nak cover hubungan couple ataupun antara lelaki perempuan.. INGATLAH tiada istilah ukhuwwah dalam couple dan sahabat lelaki  perempuan. Walaupun kita ada kawan mahupun sahabat yang berlainan jantina, jagalah batas kita.. INGATLAH bahawa 'dia' juga boleh menjadi suami atau isteri kita suatu hari nanti.Moga2 kita terhindar daripada fitnah terbesar ini... JOM kita jaga hati kita dan sahabat2 kita.. bak kata mat lutfi :" Mencuri gitar adalah haram, curi hati takper" ~ JOM suburkan Ukhuwwah Islamiyah dalam hati kita dan sahabat2 kiter.. ^^



This post dedicated to Nurrul Syawana and Noraida Jamlie~ my friends forever^^

Wednesday, March 14, 2012

Seputih Salju~ ( part 4)

Surah az-Zumar, ayat 10, mafhumnya:
" Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

Yasmin mentadabbur ayat itu dengan sepenuh jiwanya seusai menunaikan solat sunat Dhuha. Benarlah setiap musibah yang disertakan dengan kesabaran pasti akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Jika tidak dapat di dunia, InsyaAllah pasti di akhirat kelak. Yasmin yakin dengan janji Allah kepada orang yang sabar. Kerana kini, dia sedang belajar untuk bersabar menanti sesuatu yang belum pasti.

" Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosaku, ampunkanlah doda kedua ibubapaku, adik-beradikku, guru-guruku, sahabat2ku serta dosa2 muslimin muslimat di muka bumi ini Ya Allah.. Ya Allah, Sesungguhnya aku telah letakkan diri, hati dan jiwa ini hanya untuk Mu dan perjuangan Islam... Maka, kau tetapkanlah hatu ini untuk terus thabat dan teguh..Wahai Tuhan yang hanya di SisiNya tersimpan segala perkara..Ya Allah, pagi yang penuh barakah ini... aku memohon padamu... kuatkan lah aku, kuatkanlah aku, kuatkan aku menghadapi segala ujian Mu ini.. kurniakan kesabaran kepadaku agar aku sabar menanti siapaka imamKu, jauhilah aku dari lembah penzinaan dimana Engkau amat memurkainya, tunjukkan aku pilihan yang tebaik, Ya Rabbul 'Izzati... jauhkan aku daripada segala fitnah yang boleh membawaku kepada nerakamu... Dan Engakau terimalah aku sebgai hambaMu yang soleh". Berdoa Yasmin dlam hati.

"tuk..tuk..tuk..". pintu bilik Yasmin diketuk. "min, jom pi beli barang dapur", sapa Liyana, housemate yang rajin dalam segala hal." erm, boleh gak. sy memang nak keluar tadi", jawab Yasmin perlahan. 

Mereka berdua menaiki bas untuk ke kedai yang selalu mereka pergi untuk membeli barang dapur."erm, nak masak apa ea hari ni?" soal Yasmin. " sy rindu la nak makan masakan rumah", seloroh Liyana.Yasmin teringin untuk masak sup ayam kerana memikirkan suasana yang sejuk sedang mereka alami. lagipun, mak pernah cakap sup panas elok makan kalau sejuk.

Ketika Yasmin hendak mengambil ayam, tangannya hampir tersentuh satu tangan yang juga ingin mengambil ayam yang sama.Yasmin menoleh ke arah pemilik tangan tersebut " huh, muslimin... malunya" gomel Yasmin dalam hati sambil beralih ke tempat lain."eh, you... awk", panggil lelaki itu. " saya?" ucap Yasmin. "Yes, You.. owh, awk rupanya orang melayu.. engatkan orang sini, muka x macam melayu", kata lelaki itu.
"eh2, mamat ni.. banyak cakap pulak.. dah la comment tentg muka orang" marah yasmin dalam hati.

"Maaf ea encik...??sy x berniat nak ambil ayam awk" yasmin berkata. " Its ok, small matter, sy pun x berniat nak ambil ayam awak... by the way, juz call me Haikal.. ur name??". 

" it is not important to know my name right now, juz take that chicken and its over between us,ok.. im really sorry about just now.." selepas speking dengan mamat poyo itu, Yasmin terus beredar daripada tempat tersebut tanpa menoleh sedikit pun kepada lelaki yang perasan macho tadi.

"kenapa dia macam marah ek, aku buat salah ke.. tanya nama je pun... erm, xpe2.. dunia ni kecik je.. kat mana2 pun boleh jumpa, i will know ur name miss Cute" bisik Haikal dalam hati sambil tersenyum sendirian. termuncul sedikit perasaan geli hati dalam hati Haikal melikat gaya wanita yang tidak punya nama itu, seperti pernah dia ketemu dengan wanita itu sebelum ini... tapi dimana ye..^^


Monday, March 12, 2012

Seputih Salju~ (part 3)

Yasmin terpaku seketika setelah dia membuka email yang telah lama ia abaikan. Jantungnya berdegup kencang seperti kereta api laju di Jepun. Pedih tapi manis perasaan ini. sungguh, memang pelik perasaan ini. Yasmin seperti tidak percaya dia mempunyai perasaan seperti itu kepada seorang jejaka yang pernah menjadi naqibnya di sekolah menengah dulu.

Tidak hairanlah Yasmin amat diminati ramai ketika di sekolah dulu. Ini kerana Yasmin mempunyai kulit yang cerah, berlesung pipit, mata bulat tapi tenang bila memandangnya dan bibirnya sentiasa terukir senyuman indah buat sesiapa yang dijumpainya sehinggakan naqibnya sendiri jatuh hati padanya. Walaupun Yasmin mempunyai rupa paras yang cantik dan sentiasa digilai muslimin di sekolah tersebut, Yasmin sangat berpegang pada prinsipnya bahawa " Study hard before you love somebody ". Baginya, dia perlu bersedia sebelum melangkah ke alam dewasa itu, banyak lagi yang perlu dia perbaiki lebih-lebih lagi ilmunya dan akhlaknya dengan tuhan semesta alam.

Dalam kekencangan jantungnya berdegup ketika membelek email daripada naqibnya, kegedupan jantungnya semakin kencang seperti kilat sambar menyambar...Yasmin juga menerima email yang tidak dijangkakannya. Ia adalah email daripada sahabat seperjuangannya di sekolah dulu, Yasmin sempat mengimbas kembali kenangan yang pernah dicipta bersama sahabatnya itu. Dia tahu 'muslimin' yang dianggap sahabatnya itu menyimpan perasaan buatnya walaupun 'muslimin' itu tidak pernah meluahkannya.Gerak geri dan tingkah laku sahabatnya itu menyebabkan Yasmin berprasangka sebegitu. Bagi Yasmin, sahabatnya itu Seorang yang sangat mengambil berat, bertimbang rasa malah tidak kurang kacaknya.Tidak hairanlah kerana didalam kelas  itu hanya 2 orang muslimat sahaja.Tetapi dia merasakan seperti hanya dia diberi perhatian oleh 'muslimin' itu.

Yusof, seorang mahasiswa di Universiti Yarmuk , Jordan. Dia amat suka mentadabbur kitab-kitab ilmiah yang dicadangkan oleh senior-senior dan pensyarahnya. Dia juga sangat cintakan perjuangan mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi dan berazam untuk mengizzahkan Islam dengan menggunakan ilmu yang dipelajarinya. Terlalu banyak kelebihan padanya sehinggakan berjaya menutup segala masalah yang dihadapinya.Sejak di sekolah lagi, Yusof terkenal dengan sifatnya yang peramah, baik dan mengambil berat. Ramai pelajar muslimat meminatinya kerana kelebihannya itu tetapi bagi Yusof, hanya Yasmin sahaja yang berjaya memikat hatinya kerana itulah juga hanyaYasmin sahaja tahu masalah yang dihadapinya.

Keakraban mereka bermula ketika masing-masing memegang jawatan dalam Kelab Usahawan. Yusof memegang jawatan sebagai pengerusi manakala Yasmin pula ialah timbalannya.Masing-masing dalam diam wujud perasaan suka walaupun hanya segelintir. Namun, kedua-duanya menepis perasaan itu demi menjaga maruah dan harga erti persahabatan yang dibina demi gerak kerja Islam. Namun, setelah peperiksaan SPM, hubungan persahabatan ini terhenti tanpa noktah. Masing-masing melanjutkan pelajaran mengikut minat masing-masing.


    ********************************************************************************

Pagi yang penuh ketenangan... Yusof gagahkan diri bangun pada malam ketika semua makhluk sedang lena dibuai mimpi. Wuduk diambil dengan penuh berhati-hati kerana menahan kesejukan di pagi hari. Yusof sudah terbiasa untuk melakukan qiamulail kerana amalan itulah yang dilatih sejak dibangku sekolah lagi dan kerana amalan inilah hatinya terasa begitu dekat dengan tuhan. Solat sunat Yusof dirikan dengan penuh kekhusyukan kerana keredhaan dan rahmat Allah S.W.T paling diidamkan.

Yusof tidak pernah lupa mendoakan kedua ibu bapa nya walaupun kedua-duanya sudah bercerai dan meninggalkannya kepada Mak Ngahnya. Di Malaysia, Yusof tinggal bersama Mak Ngah nya, dia sudah menganggap Mak Ngahnya seperti umminya sendiri. Segala kasih ditumpahkan kepada wanita tua yang tidak punya anak itu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasanya.

Ketika khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, Yusof disapa oleh rommatenya yang baru selesai menunaikan solat sunat:

Hakim: Yusof ! enta tak teringin ke nak pulang Malaysia? ana tengok enta dah lama tak pulang.. ada masalah ka?

Yusof : ish, terjekut ana. kalau ye pun bagi salam la dulu... ana bukannya tak nak balik, tapi ana risau ummi ana kecewa kalau ana tak dapatkan ijazah. lagipun, kalau ana balik, ana asyik diajukan dengan soalan2 yang pelik2.. hurm~

Hakim : soalan apa tu??? ha, ni mesti bab munakahat?? ( hakim tergelak )

Yusof : amboi, bukan main lagi ea gelakkan orang. tapikan, macam mana enta dapat agak soalan itu??

Hakim : tengok muka enta pun ana dah agak. enta dah ada calon ka? kalau tak da , ana carikan. Lagi pun, ramai akhawat kat sini duk sibuk tanya status enta.  Popular la katakan..

Yusof : erm, cepumas btol soalan enta.. ( sambil menyapu mukanya yang tidak berpeluh )... sebenarnya, ana tengah tunggu seseorang, tapi ana tak yakin calon tu dah berpunya ke belum.. lagipun, kami pernah berkawan rapat waktu sekolah dulu. Semalam ana bagi email , tapi tak balas2 pun.. entah2, dah tukar email.

Hakim : ana rasa enta patut cari orang tengah kot kalau nak berhubung dengan dia. ntah2 dia malu ataupun tak suka cara enta approach. t ana carikan orang tengah, mana la taw ada sahabat ana study kat sana.. Muslimat tu blaja kat mana??

Yusof : kat Rusia, kalau tak silap dia ambil bidang kedoktoran.

Hakim: Rusia??? eh, ana ada saudara la kat sana , namanya Haikal. nanti ana minta tolong dia..

Yusof : Alhamdulillah, syukran kahtir ya sohabati.. ^^


* Indahnya Ukhuwwah & cinta jika ia didasarkan kepada Allah~ ^^