Tuesday, January 21, 2014

Siapa MUHAMMAD padamu???

Allahumma Solli 'Ala muhammad...

Sudah berselawat kah kita hari ini?? Rasulullah semasa hayatnya sentiasa ingat akan umatnya walaupun baginda tidak pernah berjumpa kita. Tapi, Kita?? waktu Maulidur Rasul kita berarak bersama sambil berselawat ke atas baginda Rasulillah s.a.w, tak kanlah sekarang di ketika kita sedang rehat tak mampu mengucapkan selawat ke atas baginda walaupun sedikit.



Allahumma Solli 'Ala Muhammad...

Cinta dan kasihnya Rasulullah s.a.w kepada umatnya sehinggakan baginda mengadu kepada Saidina Abu Bakar bahawa baginda merindui saudara-saudaranya. Maka ditanya Saidina Abu Bakar, " Apakah maksudmu Ya Rasulullah? Bukankah kami ini Saudara-saudaramu?" Dengan suara yang rendah baginda menjawab, " Tidak wahai Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudara ku".

" Kami juga saudaramu Ya Rasulullah", kata seorang sahabat yang lain. Kemudian Rasulullah menggeleng-gelengkan kepala baginda sambil tersenyum dan bersabda,

" Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintaiku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku ".
                                                                  ( Hadith Dhoif menurut Ibnu Kathir dalam kitab Kanzul Ummal )



Betapa besarnya cinta dan kasih Rasulullah s.a.w kepada kita dikala baginda sendiri belum pernah bersua muka dengan kita. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.....

Bagaimana pula jika kita mahu menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah??? Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w serta sentiasa berselawat ke atas baginda. InsyaAllah, rasa rindu serta cinta itu akan sampai pada baginda... Sungguh, Allah Maha Pengasih.

Beruntungnya kita... tetapi dimanakah kita letakkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu serta melimpahkan rahmat dan cintaNya buat junjungan mulia Muhammad s.a.w serta umat Islam seluruhnya...

No comments:

Post a Comment