Wednesday, April 9, 2014

Kematian yang hidup

Assalamualaikum semua.. moga semuanya sihat dan berada dalam keredhaan Allah.. InsyaAllah... Saya suka baca blog  dan seriously memang banyak info yang boleh dapat melalui pembacaan-pembacaan blog tu... antaranya kisah seorang pemuda yang syahid... kat negara orang pulak tu.. SubhanAllah.. kagum melihat anak muda sanggup meninggalkan segala keselesaan di negara sendiri demi membantu negara lain.. Teringin nak jadi sebahagian sukarelawan untuk turun bantu... Moga Allah izinkan InsyaAllah...

Firstly, Kisah seorang pemuda melayu bernama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azzam... meremang bulu roma bila baca tentang kisahnya... seorang pemuda yang zuhud... menginfakkan diri ke medan dakwah... sejuk perut ibu mengandung... Jika baca rentetan perjalanan hidupnya... kita pasti kagum... bermula dengan didikan di Maktab tentera... kemudian melanjutkan pelajaran dibidang lain dan di negara asing iaitu Turki..actually, negara itu juga one of my fabourite place... Allah..


Walaupun beliau masih di usia yang muda... sebaya my sis.. Allah... nak cakapnya bahawa pemikirannya lebih matang dari saya dan anak-anak muda yang seusia.. Beliau rela menginfakkan diri demi kemaslahatan ummah..berada jauh dari family dan kawan-kawan kat malaysia..Berkatnya kehidupan beliau, Allah cabut nyawanya dengan cara yang baik...ramai yang datang menziarah.. serta mendoakannya.. SubhanAllah..Hebat anak muda ini..  Jika dibandingkan betapa bezanya kita dan arwah.. Allahu Rabbi..kita masih dalam zon yang selesa... memikirkan masalah diri sendiri pun belom selesai.. apatah lagi masalah ummat.. entah dimana letaknya kita di sisi Nya...emmm.



Secondly, tentang kisah seorang lagi pemuda bernama Abu Khurayra.. beliau menghembuskan nafas terakhir sebagai syahid di usia yang muda, 19 tahun... Allah.. Walaupun beliau bukanlah rakyat Syria, tapi beliau menginfakkan dirinya untuk rakyat Syria yang tertindas... Terasa Allah nak bagi peringatan kali ke 2... untuk kita sebagai anak muda... Apakah kita sedar ataupun tidak... itu terpulang pada diri sendiri...



Diceritakan Abu Khurayra  ini seorang yang mempunyai karisma, sopan serta pabila berbicara dengannnya seperti berdebat namun beliau masih sopan dan tidak menyakiti hati orang lain. Dikhabarkan oleh akbar Syam bahawa beliau terkorban bersama 2 orang lagi sahabatnya.. Allah.. Sungguh, semua mengidamkan pengakhiran yang terbaik... Husnul Khatimah... Moga kita juga tergolong dalam golongan para syuhada.. InsyaAllah.. Allahumma Aminn...

Kisah sebeginilah kita patut ambil iktibar bukan hanya baca sekali lalu and then lupa... jika kita tidak berubah sekarang... entah bila lagi kan... pintu taubat masih terbuka buat kita... jom bertaubat sebelum terlewat.. mohon maaf salah silap sis n bro... Moga Allah rahmati hidup kita ini... Aaminnn.. ^^

picture Source : kezoom.blogspot.com


No comments:

Post a Comment