Monday, October 29, 2012

Cemburu @ Jelous ???

Sememangnya semua telah maklum bahawa wanita itu sinonim dengan sifat cemburunya.. ini tidak dapat disangkal lagi.. pabila diuji, pasti terselit rasa cemburu itu walaupun sedikit.. Namun, sejauh mana rasa itu perlu ada dalam hati ini... adakah ia membawa kepada kebaikan?? ataupun ia lebih kepada keburukan??
Its all about YOU...



Jikalau kita cemburu atas alasan tidak perpuas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain.. memang tidak wajarlah perasaan itu, TETAPI, andai rasa itu muncul kerana kita kasihkannya lebih dari yang lain, Wajarlah kan! sy bagi contoh, ada seorang anak yang melihat Ibunya lebih menyayangi adiknya berbanding dirinya, timbul rasa cemburu yg bukan kepalang.. maka, wajar untuk dia punya rasa seperti itu.. Namun harus diingat bahawa jangan terlalu melayani perasaan itu, takut2 ia memberi banyak kemudaratan daripada kemaslahatan... Fikir2 kan ek..

Saya ada terbaca hadith-hadith yang berkaitan dengan rasa cemburu ini tp sy tidak pasti akan status hadith tersebut. Menariknya, ia adalah berkaitan cemburu seorang isteri. Aisyah R.A memang dikenali dengan sifat cemburunya. Pantang sekali Rasulullah menceritakan perihal Siti Khadijah R.A, pasti wajahnya berubah rupa. Ia bukanlah kerana cemburu buta dan hasutan syaitan semata... tapi, ia hadir kerana besarnya kasih sayang dia buat Baginda.. Indahnya jika kita punya rasa seperti itu..


Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)



Perasaan yang hadir tanpa diduga, akhirnya hadir.. Kita menyukai seseorang itu dalam diam.. melihat status2nya dalam FB... Gayanya bergaul dengan wanita lain.. hati kita seperti dicucuk sembilu.. Adakah itu cemburu??? kita renung sejenak bersama~ Allah mengurniakan rasa itu tatkala diri ini belum punya hak lagi atas dirinya, seharusnya kita meng'nyah'kan rasa itu.. Malah, kita disarankan berdoa dan mendirikan istikharah jika benar dialah jodoh buat kita... Jangan terlalu ikutkan rasa itu, nanti ia akan memakan diri... Juz Smile K !! Kalau bukan dia, mesti ada yang lain dan lebih baik darinya... InsyaAllah~ ^^



Bagaimana pula jika kita cemburu pada sahabat kita sendiri??? Ini sebenarnya berbalik pada diri kita sendiri.. Allah memberikan nikmatNya kepada seluruh hambaNya tanpa hitung.. mengapa kita sering menghitung segala apa yang Allah telah kurniakan.. Mungkin dia punya kelebihan dari sudut itu.. Tapi, belum tentu dari sudut yang lain... Husnul Zhan lah kepada Allah dan sahabat kita itu...
Banyak lagi manfaat dan nikmat yang kita miliki tanpa kita sendiri sedar..
iaitu nikmat IMAN, ISLAM & EHSAN..... ^_^


















Tuesday, October 16, 2012

Muslimah itu Cantik

Pabila berbicara soal Muslimah, pasti semua akan membayangkan seorang muslimah yang bertudung labuh, berbaju longgar, memakai pakaian yang dapat memelihara tubuhnya dari dilihat oleh ajnabi dan banyak lagi.. Namun, bukanlah seorang wanita itu digelar sebagai muslimah jika ia hanya dipertikaikan dari segi pakaiannya sahaja... tapi akhlaknya lah yang paling utama diperhatikan !


Jika dilihat pada budaya zaman kini, kita lihat ramai yang memakai tudung.. malah, ia menjadi suatu trend dimana memakai tudung akan nampak lebih cantik dan ayu.. Ya, ia memang benar.. Tapi sejauhmanakah budaya memakai tudung ini dipandang mulia dan mendapat keredhaan Allah jika ia hanya dijadikan sebagai perhiasan semata-mata sahaja.. Bukalah minda dan hati anda, Tanyalah iman !

Paling menghairankan ialah pabila wujudnya sesetengah lelaki yang tidak bijak dalam menilai seseorang muslimah itu... mudah saja terpedaya dengan kecantikan dan keayuan seseorang muslimah itu tanpa menyelidiki dahulu sifat dan akhlaknya.. terus sahaja ingin berkenalan tanpa mengikut landasan syarak yang jelas-jelas telah menunjukkan jalan yang selamat untuk mengenali seseorang muslimah itu.. Malahan, tidak sedarkah kalian duhai kaum adam ...bahawa yang paling sesuai untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh Muslimah adalah kalian. Sudah menjadi kewajipan kami untuk membetulkan kesilapan kami jika ditegur oleh kaum adam yang soleh serta mengikut syariat.

Muslimah itu sememangnya cantik... Namun, harus diingat bahawa seindah perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah. Maksudnya di sini bukanlah wanita yang hanya cantik pada paras rupa malah cantik juga pada tingkah laku serta sifatnya. Duhai Muslimah, Banyak mata-mata yang memperhatikan segala gerak geri kita tanpa kita sedari.. Maka, awaslah atas setiap perkara yang kita lakukan.. Tahniah dan selamat datang buat semua wanita yang telah berubah kepada fitrah seorang wanita solehah.. kehadiran anda dinantikan Islam dan InsyaAllah menjadi pembakar semangat buat sang suami yang soleh di dunia dan akhirat.. ^^



-Peringatan buat diri yang lemah ini dan semua, InsyaAllah- ^_^



Wednesday, October 3, 2012

waaa.. MALUnyer... ^^

Perasaan malu itu suatu anugerah yang Allah berikan kepada manusia. semestinya, golongan yang mendominasi sifat ini adalah kaum hawa... kaum hawa memang tidak dapat dipisahkan dengan sifat pemalunya.. amat pelik lah jika seseorang muslimah ataupun wanita itu tidak mempunyai perasaan malu sedikit pun... ini menunjukkan bahawa wanita yang punyai sifat pemalu itu adalah wanita yang bermaruah serta mampu menghalang dirinya daripada melakukan perkara yang terlarang...



Sifat malu dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang terlarang dapat dibuktikan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Imam Bukhari yang bermaksud :

" Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr al-Anshary al-Badry Radhiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan para nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu , perbuatlah apa yang engkau suka " .

Maka, ini jelas menunjukkan sifat malu itu adalah sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar muslim. Bukan sahaja untuk wanita, tapi untuk kaum adam juga.. Namun begitu, kita seharusnya meletakkan sifat malu ini pada tempatnya... janganlah menyalah gunakan pada tempat yang tidak perlu seperti dalam melakukan perkara2 yang baik dan dituntut. Contohnya, dalam soal menuntut ilmu dan bertanya.

Saya teringat satu peristiwa dimana saya dihimpit dengan perasaan malu yang teramat sangat.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya ketika itu.. ^^ Peristiwa ini berlaku ketika saya dan rakan2 menjalani kuliah Hadith bersama.. Sedang kuliah sedang berjalan, tetiba pensyarah yang sedang mengajar batuk seperti hendak mati katanya. saya dan sahabat disebelah terasa simpati dengan ustaz, lalu sahabat saya itu mengeluarkan wang sebanyak RM 1 dan diberikan kepada saya... Allahu Rabbi...

Pada mulanya, Saya ingatkan dia yang nak volunteer belikan air untuk pensyarah.. Tapi, lain pula jadinya.. dengan air muka nya yang penuh pengharapan.. maka, saya mengalah juga untuk keluar membeli hanya sebotol air buat 'guru' saya itu.. saya tahu bahawa pensyarah saya sedar yang saya ingin keluar membelikan air untuknya... tetapi makin disakat lagi saya sebelum saya melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut...

Setibanya saya melangkah masuk semula ke dewan kuliah tersebut, tanpa disangka-sangka suara yang kuat dari semua pelajar menyambut saya... terasa semua mata yang ada dalam kuliah itu tertumpu kepada saya... ditambah pula dengan senyuman ustaz yang menambahkan rasa malu saya waktu itu...ALLAHU AKBAR.... malu yang teramat sangat.. dalam hati tertanya-tanya... 'apalah yang ustaz cakap sampai jadi mcm ni'.. huhu~ xpernah saya alami peristiwa seperti itu sebelum ini..

Saat itu, saya husnul Zhan je dengan semua.. sambil mempercepatkan perjalanan ke tempat duduk saya yang asal.. xsemena-mena, saya dapat panggilan 'woman in Black' oleh ustaz... tidak hairanlah kerana waktu itu, saya berpakaian semuanya hitam.. hee~

Saya rasa peristiwa ini mengajar saya erti malu yang sebenarnya.. agak2 nya malu seperti ini bertempat x?? tepuk dada tanya iman deh... Saya mengharapkan rasa malu saya itu bukanlah suatu yang akan merugikan saya pada waktu kelak... InsyaAllah~



JOM, kita pupuk sifat malu yang diredhai Allah...
Sesungguhnya, ini hanya peringatan buat diri saya yang kerdil ini serta sahabat2 yang lain.. InsyaAllah~ ^_^