Friday, May 25, 2012

Indahnya Sabar


Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti tidak akan lari dari ditimpa masalah... Pastinya, setiap manusia mempunyai masalah dan ujian yang berbeza-beza berdasarkan kemampuan masing-masing . Itulah yang Allah S.W.T telah catatkan dalam Surah al-Baqarah, ayat 286 mengenai perihal ini ;

Mafhumnya : "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."

Akan tetapi, ramai yang mengeluh akan setiap ujian yang menimpa diri mahupun diri  ini sendiri... Merasakan kita memang tidak mampu untuk menghadapikan.. seolah-olah ingin lari jauh dari semua itu.. jauh dari orang yang dikenali... jauh dari dunia ini... Malah, wujud sesetengahnya yang berazam untuk membunuh diri oleh kerana tidak mampu bertahan lagi... Ya sememangnya, Ungkapan sabar mudah dituturkan dengan bibir tetapi setakat mana ia mampu diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Ketahuilah bahawa sifat sabar ini boleh dipupuk sedikit demi sedikit.. kita hanya memerlukan kesanggupan untuk menzahirkan sifat sabar itu..  Ini dapat dilihat dalam maksud hadith berikut ;

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Harus diingat bahawa kesabaran itu hak milik Allah.. Maka, kita sebagai seorang Muslim yang beriman denganNya perlu sentiasa meminta petunjuk dan hidayahNya termasuklah nikmat kesabaran. Allah S.W.T hanya akan memberikan nikmat sabar itu hanya kepada mereka yang benar-benar mahukannya.

Pernah suatu ketika, dimana saya diuji dengan ujian kesabaran.. Mungkin Allah mahu menguji sejauhmana saya mampu menghadapinya dengan sabar dan penuh tawakal kepadanya. Satu hari pengkuliahan yang amat memenatkan saya. Saya sudah pasangkan niat untuk terus pulang ke rumah setelah kuliah terakhir pada hari tersebut. Selepas tamat kuliah terakhir, saya terus menghubungi sahabat saya yang saya percaya dia boleh membantu saya dalam soal menumpang kenderaan untuk pulang ke rumah.

Allahu Akbar, Dia lah yang menentukan segalanya.. dan kita hanya mampu mengatur perancangan. Sahabat saya tidak dapat menumpangkan saya oleh kerana punya hal lain yang perlu diselesaikan. Makanya, saya mengambil keputusan untuk beriktikaf di Masjid Universiti.. Di situlah, saya membaca al-Qur'an dan mengulangkaji pelajaran. SubhanaAllah.. Maha Suci Allah... Rupa-rupanya Allah mahu saya lebih banyak meluangkan masa bersama-Nya... Tahukah kalian , Cinta saya pada-Nya makin mendalam dek kerana hal ini.. kepenatan yang dirasakan sebentar tadi hilang dengan serta merta.... Alhamdulillah..

Kebetulan pada malam tersebut, saya dikehendaki menghadiri satu meeting penting.. Oleh kerana itu, saya cuba menggagahkan diri untuk ke sana. Walaupun jauh tempat meeting dari masjid, saya gagahkan juga.. ketika itu, saya hanya mampu tersenyum seorang diri dan sentiasa bersangka baik.. Mungkin ini juga salah satu kekuatan yang Allah berikan pada saya dalam bulan Rejab yang Mulia ini..

Saya cuba memberikan respon yang terbaik dalam meeting.. Meeting malam itu habis agak lewat dan saya memang terasa seperti hendak pitam. Memang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.. Hati dan badan2 saya seperti menjerit-jerit hendak pulang dengan segera kerana terasa tersangat letih.. Tidak pernah dalam hidup saya tersa letih sebegitu..

Tiba-tiba, kami diuji dengan ketiadaan pengangkutan yang cukup.. Hanya satu kenderaan sahaja yang boleh kami naiki sedangkan bilangan kami yang ramai membuatkan sebahagian daripada kami terpaksa menunggu seorang kawan kami yang mempunyai kenderaan sedang menghabiskan discussion nya. Saya dan kawan-kawan yang lain, semuanya mahu pulang awal. Ketika itu, mulalah perebutan antara mereka.. Ada yang beralasan nak balik dulu coz asignment banyak tak siap lagi, ada yang badan dah letih2, ada yang terasa nak demam and so on... Saya hanya mendengar dan terdiam.. Ikutkan hati memang nak marah2 je tapi bukankah Allah sayang pada orang2 yang sabar.. Saya hanya tersenyum...

Dalam hati hanya Allah yang tahu... saya mengalah dengan sahabat saya yang lain.. Saya menaiki kenderaan kawan saya yang lagi satu tapi terpaksa kena tunggu lambat sikit kerana dia sedang menghabiskan discussion.. Akhirnya, saya dapat juga pulang ke rumah... Alangkah terkejutnya saya ketika itu.. Rupa-rupanya kami yang sepatutnya terakhir sampai di rumah dapat tiba awal dari mereka yang telah pulang dahulu daripada kami.. Allahu Rabbi, Sungguh Allah Maha Pengasih.. Mungkin inilah Allah katakan bahawa beruntunglah orang-orang yang sabar.. Sebenarnya kawan-kawan saya yang sepatutnya tiba rumah awal itu terpaksa singgah ke tempat makan kerana ramai dikalangan mereka yang lapo..kenalah ikut majoriti kan?? ^_^ (daku hanya tersenyum mengingatinya)

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku kepada saya berkaitan dengan sifat 'sabar' ini. cuma kes ini paling diingati kerana ia baru berlaku. Lihat lah, betapa Allah S.W.T menunjukkan kasih sayang Nya kepada Hamba-hambaNya yang sabar dan bertawakal padanya. Sebagai peringatan bersama... Jom kita sentiasa bersangka baik dengan apa yang bakal berlaku kepada kita selepas ini.. dan bersabarlah walau apapun terjadi.. InsyaAllah, kalau kita tak dapat ganjaran di dunia... Di akhirat nanti pasti Allah akan beri.. Just nice~







Saturday, May 19, 2012

Jambatan Ilmu yang luas~



Setakat mana manusia menghargai nilai ilmu itu sendiri... Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seseorang hamba yang menimba Ilmu dengan tekun dan sabar. Allah S.W.T telah menyeru kepada sebahagian Hamba-hambanya yang beriman supaya mereka terus mendalami ilmu seperti dalam surah at-Taubah , ayat 122 :

Mafhumnya : dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Begitulah Allah nyatakan betapa untungnya orang yang menuntut ilmu. Ilmu juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana is akan menjadi bekalan kita yang terbesar di akhirat kelak. Ini kerana Ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian akan menjadi sedekah jariah kita di akhirat kelak . Yakinlah dengan janji Allah, sesungguhnya pasti ada hikmah di setiap ilmu yang kita peroleh.

Ada juga hadis menyatakan mengenai kelebihan ilmu seperti hadis diriwayatkan oleh at- Tarmizi,

" Daripada Abu Amamah R.A berkata , telah disebut di sisi Rasulullah S.A.W dua orang lelaki. Pertama, orang yang abid ( ahli ibadah ) dan kedua orang yang alim ( orang berilmu ) . Maka, Rasulullah S.A.W bersabda : Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang paling rendah daripadamu ".

Ini membuktikan dengan lebih kukuh bahawa orang yang berilmu akan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah dan Rasulnya. Sudah pasti orang seperti kita tidak akan lepaskan peluang seperti ini demi mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah di Akhirat kelak. Oleh, itu, sebagai hamba Allah yang rindukan ketenangan dan keredhaan, pastinya kita perlu berusaha menambahkan ilmu di dada yang bukan sahaja demi kepentingan diri sebagai penyuluh hidup, malah untuk kepentingan dan kebaikan Islam bersama.

Saturday, May 12, 2012

seputih salju ( part 6 )

Setelah sekian lamanya meninggalkan kampung halaman tercinta, akhirnyaYasmin dapat juga menjejakkan semula kakinya di tanah air tercinta. Begitu meriah sekali sambutan yang diberikan oleh keluarganya dalam menghargai kepulangannya setelah sekian lama tidak bersua muka.Turut hadir di KLIA adalah sahabat karibnya di sekolah lama dahulu, Sufiyya. Memang tidak dapat disangkal lagi, sahabatnya sufiyya memang seorang yang manis dan menarik sejak dulu lagi. Tidak berubah sedikit pun sahabatnya itu sehingga kini.


Di rumah , Yasmin banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya. Yasmin adalah anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Tidak hairan jika ayahnya akan melebihkannya dalam segenap perkara. Segala permintaan anak perempuannya itu pasti akan ditunaikan. Sebenarnya, kepulangan Yasmin ini telah dirancang awal lagi dek kerana dia mempunyai satu perkara besar untuk ditunaikan.


3 Bulan sebelum Pulang ke Malaysia, Yasmin telah dilamar oleh seorang lelaki yang tidak disangka-sangka. Ya, pasti jika diberitahu kepada keluarga dan sahabatnya, pasti mereka sukar untuk mempercayainya kerana Yasmin terkenal dengan kekerasan hatinya untuk memberi cinta kepada seorang yang bergelar lelaki. Tetapi itulah jodohnya yang di tetapkan oleh Allah. Tetapi, siapakah jejaka yang telah berjaya meyakinkan Yasmin itu???


Lelaki bertuah yang sentiasa kekal di hati Yasmin itu adalah Yusof Bin Abdullah. Ya, dialah jejaka itu. tapi bagaimana pula mereka boleh berjumpa?? ramai yang mempertikaikannya terutamanya sufiyyah, sahabatnya yang sama sekolah dengan Yusoff. 'bukan kah Yusof di Jordan? bagaimana boleh berjumpa?' soal Sufiyyah dalam hati yang sayu. Sufiyyah sudah lama memendam rasa kasih buat lelaki bernama Yusof itu. Malah, rasa kasih itu telah subur sejak zaman dibangku sekolah lagi.  Sufiyya bagaikan stalker yang misteri, sentiasa memerhati 'secret admire' nya itu. Alangkah sedih dan pilu hatinya pabila mendengarkan berita itu.


Ketika itu, keluarga Yasmin semuanya gembira mendengarkan berita itu. Mereka seolah-olah terus merancang tentang tarikh dan persiapan pernikahan Yasmin. Hanya Sufiyyah yang mendiamkan diri. Air matanya hampir tertumpah ke bumi menahan sebak di dada. Betapa sedihnya hatinya ketika itu. Masakan tidak..Sufiyyah teramat cintakan Yusof sehingga di setiap akhir sujud solat hajatnya, pasti akan mendoakan keselamatan dan kebahagiaan lelaki itu dan memohon agar suatu hari Yusof berjaya menjadi miliknya. Tetapi.... apakan daya, Allah lebih mengetahui soal perkara ini.Dia perlu redha akan itu.


Manakala Yasmin, dia terus panjatkan syukor pada Allah berulang-ulang kali kerana melembutkan hati kedua ibu bapanya dan sekaligus memudahkan soal jodohnya. tidak sia-sialah dia sentiasa berdoa dan solat sunat khas untuk memudahkan jodoh. Empat bulan yang lalu di Rusia merupakan waktu Allah menguji Yasmin dengan ujian cinta manusia yang maha hebat, Yasmin keliru yang manakah dikatakan cinta yang didasarkan kepada Allah. Sungguh, baginya, ujian cinta dalah ujian terhebat yang pernah dia alami. 


Ya, Pada mulanya Yasmin mendapat lamaran daripada Haikal melalui abang angkatnya, Sufian. Malah, Yasmin mempunyai memang tertarik dengan Haikal kerana kebaikannya yang payah untuk Yasmin membalasnya. Kebaikan Haikal memang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki pun. Tambahan, Haikal memang kacak, pandai dan Bijak tetapi soal agama, Yasmin sendiri bingung mengapa ada sesuatu yang menghalangnya untuk menerima lamaran jejaka yang bernama Haikal Bin Mohd Faizal. Disaat itu, Yasmin banyak menghabiskan masa bersama kekasih agung.. Allah S.W.T. Yasmin sentiasa bermunajat dan memohon petunjuk yamg manakah terbaik buat dirinya.Dan Istikharah menjadi saksi permohonan petunjuk dari yang Esa.






Yusof?? ntah macam mana dia boleh muncul kembali. Namun, dialah yang muncul dalam setiap mimpi tidurnya, memikirkan kenangan lalu bersamanya membuatkan Yasmin lupa segala masalah. Setiap kali makan akan cepat terasa kenyang dan setiap kali ujian  tiba hatinya terasa tenang luar biasa. sepertinya ada sesuatu antara mereka. Walaupun begitu, Yasmin menafikannya kerana mustahil baginya untuk bertemu semula dengan lelaki yang pernah menambat hatinya sewaktu di sekolah dulu. 'Erm, mungkin sebab aku banyak tengok Fb orang kot, asyik2 ternampak statement dia.. kalaulah dia tahu aku tengok Fb dia.. kompem dia terkejut, nasib baiklah dia xtaw profile aku', gomel Yasmin dalam hati. Mungkin Allah ingin menguji sejauhmana keimananku dengan mendatangkan ujian cinta.


Suatu hari yang tenang lagi indah, Yasmin bersama sahabatnya fatin berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Sungguh, Bumi Allah itu luas. Luas-luas Bumi Allah ini, Yasmin juga ternampak sesuatu yang tidak disangka-sangka,iaitu kelibat seorang jejaka.  'Eh, macam kenal je, Ya Allah.. adakah ini jawapannya??? Allahu Allah.. Besarnya kuasamu sehingga mampu menemukan dua insan yang jauh, Allahu Rabbi" bisik Yasmin dalam hati.Ketika itu, jantung Yasmin semakin berdegup kencang seperi gendang yang diketuk bertalu-talu.


Tanpa sedar, Yasmin sudah pun berada dihadapan jejaka itu, " Assalamualaikum, sorry for interupt, are u Yusof Bin Abdullah ??" soal Yasmin dengan yakin. pemuda itu sambil tersenyum manis dan menyoal kembali " Waalaikumsalam.. Eh, awk...Yasmin.. SubhanaAllah... ".Suara Yusof nampak menggetar, mungkin kerana kaget. Buat seketika mata mereka bertaut lama.Suasana ketika itu sangat sejuk ditambah pula dengan salji yang turun membasahi mereka. Yusoff tanpa sedar memakai kasut yang berlainan jenis rupanya.  Tanpa disedari, seorang pak cik menegur Yusoff untuk meminta kasutnya dipulangkan. Alangkah malunya Yusof ketika itu terutamanya berlaku dihadapan gadis idamannya, maka bertambahlah kemaluannya itu.


Sebenarnya, Yusof memang berhajat untuk berjumpa dengan Yasmin di Rusia walaupun kedatangannya ke Rusia hanyalah untuk menjenguk uminya yang sedang sakit dan mendapat rawatan disitu atas tajaan kawan lama Ayahnya yang telah meninggal dunia. Sungguh, Mereka memang sukar untuk mempercayainya kerana mustahil untuk mereka berjumpa kembali. Namun Allah telah menetapkannya di Luh Mahfuz lagi bahawa mereka berdua pasti akan bertemu cinta pertama mereka di situ...... Haikal Bin Faizal??? bagaimana pula dengannya, pastinya hatinya kini hancur.. Tetapi setiap insan pasti punyai cerita cintanya tersendiri... nantikan  ......