Monday, April 23, 2012

The Number One For Me...???

The Number one for me??? hah, siapakah??? setiap orang pasti ada meletakkan siapakah yang paling mereka kasihi di dunia ini. Ada diantara mereka meletakkan tempat itu pada suaminya, ada juga meletakkannya pada keluarganya, malah ada juga meletakkannya pada yang tidak sepapatutnya, lover.. Tapi, tahukah anda siapakah yang paling layak untuk title 'the one' ini??? pastinya hanyalah Allah S.W.T.

Macam mana pula jikalau kita nak menjadikan insan yang kita sayang di dunia ini sebagai the number one dalam hati kita, adakah tidak boleh?? Jawapannya, pastilah boleh. tapi haruslah kasih sayang itu diletakkan pada tempat sepatutnya. kalau saya, 'The number one' yang paling layak diletakkan adalah my own mom, my umi.. after Allah and Rasulullah. ^^. You know what?? umi slalu sabar layan karenah kami adik beradik. tidak pernah satu saat pun umi mengadu penat and so on. Sampai sekarang diri ini sangat kagum dengan UMI.

Bagi saya, Umi adalah orang paling penting dalam hidup saya slepas ayah. Pernah satu ketika, saya menuntut ilmu di UKM. Ketka itu saya stay kat luar Universiti dan saya tiada kenderaan tetap untuk ulang alik dari rumah sewa ke  UKM. Selalunya, saya pasti akan menumpang kenderaan housemate sama ada motor mahupun kereta. Akan tetapi, pada suatu hari Allah mengkehendakkan tiada siapa yang boleh ambil saya dari UKM untuk pulang ke rumah sewa. Maka, saya rasa sangat tertekan waktu itu kerana memikirkan keselamatan dan banyak tugasan yang perlu disiapkan dengan segera.

Pada waktu itu, secara tidak sedar saya pun terdail nombor umi. Mula-mula ingatkan nak tanya khabar je. Tapi, hanya Allah tahu betapa sedihnya saya waktu itu dan amat memerlukan seseorang untuk meluahkannya.Maka, saya memilih umi tercinta.

saya: assalamualaikum umi, umi sihat?? dah makan??

Umi: waalaikumsalam, ha shiki.. sihat alhamdulillah.. kami kat sini tak makan apa lagi, qi. tadi balik keje umi terus tidur, penat sungguh hari ni. Adik-adik hang ni dok kata lapar. t masak-masak mee jela kami.

Saya: Umi... ( dengan suara sebak ) shiki rindu kat umi.. huhu =,(

Umi : sayang, napa ni? ada kat mana ni? dah makan blom ? qi nangis ea?? kenapa ni sayang?

Bila dengar umi cakap macam tu, air mata terus mengalir dengan lajunya. sangat terharu dengan pertanyaan umi.

Saya: xlah ok je.. rindu kat umi je..

Umi : yela tu, baik cerita. kenapa ni ? xda duit ke?

Saya: umi, shiki tak da kendaraan nak balik umah. shiki contact semua housemate, semua x bls. huhu..erm, xpe la umi.. jgn risau ea. saja nak luahkan.. rasa terbeban dalam hati.

Umi : Ya Allah, xbalik2 lagi ke? dah lewat malam dah ni? tunggu situ sat. t umi datang. tunggu taw. nanti sms umi qi da kat mna ea.

saya : eh , umi xpelah.. Umi...umi..

Umi terus letak telefon. tak sempat saya nak menghalang umi untuk datang ambil kat UKM semata-mata nak hantar ke rumah sewa. lebih baik aku balik. AllahuRabbi, saya sangat bertuah dapat ibu macam umi. Walau penat sekalipun sanggup datang. Nasib baiklah rumah kat putrajaya, kalau kat kelantan ke Johor ke, mau sanggup datang jugak. Time tu tersangat rasa bersalah pada umi. Mungkin Allah nak saya lebih menyayangi dirinya.nilah salah satu kenapa saya semakin yakin dialah ' The number one for me'. Jom, kita sayang our mom sama2.. hehe~

http://www.youtube.com/watch?v=f4J7-WR1QOY&ob=av2e

Umi, This song i dedicate for u..
U are " The Number One for Me "..
Credit to Maher Zain coz sing this song.. ^^
Let's love our mother..

this is my sweet mom~





No comments:

Post a Comment