Assalamualaikum semua... lama sudah tidak menaip entri... terasa sunyi walaupun ada irama mengiringi blog ini.. ye tak??? hee~ apa khabar dengan iman? jangan lupa dengan iman... kerana pabila kita lupa padanya, maka lupalah dia akan kita... tanpa iman, diri akan dikuasai nafsu yang akan menjerumuskan insan pada kelalaian dan kemaksiatan... Na'uzubillah, sahabat...
Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah... kini saya telah mendapat title 'Puan'... siyes terasa tua sket.. hihi~ Dialah sebaik-baik perancang.. mempertemukan daku dengan seseorang yang langsung tidak aku kenali... hanya pada Allah aku beristikharah dan bertawakal... kenal cuma hanya melalui umi dan ayah dan juga beberapa orang sahabat lain... Allah... terasa tenang dan indah sekali hubungan ini.
Alhamdulillah, diri ini telah selamat diijabkabulkan dengan seorang jejaka pilihan Allah untuk diriku pada 15 Februari 2015. Pertemuan yang tak disangka. tak terbayang dek akal fikiranku ini bertemu dengannya dengan cara yang demikian... apa yang membuatkan saya terharu adalah pabila dia menceritakan semula kesabarannya menunggu saya... rupanya sejak daripada first year UKM dia sudah memendam rasa cuma hanya mampu meluahkannya ketika saya di third year degree.. itupun terus melalui umi dan ayah...Allahu Allah..^^ (cinta dalam diam) sweet tak??? hihi~
Tahu tak sahabat??? sebenarnya tak perlulah kita meluahkan dan menzahirkan rasa cinta itu pada yang bukan hak kita... bagi saya, ia suatu yang sia-sia dan rugi... dari dulu saya percaya akan janji Allah.. Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. maka, dari itu, saya mengubah diri.. CUBA.. walaupun terasa payah..sebab diri ini juga pernah jahil... sepatutnya kita kena tanam keyakinan bahawa Jodoh adalah rahsia Allah yang paling indah.. sebab hati kita terasa tidak sabar untuk berjumpa dengan pilihan Allah khas buat kita...kalau ada jodoh pasti tak kemana, ye tak???
key point is... pasakkan cinta yang mendalam dulu kepada Allah... InsyaAllah jika kita jaga hak Allah, Allah juga akan jaga hak kita... moga kita terus kuat dan sabar menjalani ujian dan cabaran di dunia yang penuh liku ini... jangan mengalah eh! Allah kan ada... Saya doakan yang terbaik juga buat sahabat2 luar sana yang sedang mencari.. moga dipermudahkan dan diberkati... Allahumma Aaminnn~
Nah, saya share sikit gambar kami... mohon doakan kebahagian kami dunia dan Akhirat deh.. Jazakumullah Khaira Kathira.. ^^
No comments:
Post a Comment