Monday, December 31, 2012

Air Mata diambang TaHun BaRU...

Tinggal beberapa minit lagi sebelum tahun 2012 meninggalkan kita... sy tertanya-tanya apakah yang bermain di hati dan fikiran orang pada waktu ini.. seronok ke?? atau sedih ke?? Allah Lagi Maha Mengetahu.. sedang kita TiDaK... (",)

Saya cuba menenangkan diri apabila sy baru sedar yg rupanya dah nak masuk 2013... waktu awal Muharam hari tu tak la plak rasa macam ni.. Tapi apa je yang sudah aku buat??? Allahu Akbar... sy terus banyakkan Istighfar.. tetiba terkedu sendiri, tak semena-mena minta adik marah... apakah??? terlalu banyak benda yang lagho, teruk n so on yg telah sy buat sepanjang tahun ni.. nescaya kalau list kan mesti tak muat satu kertas... =(

Bukan saja-saja saya nak cerita tentang ini.. Tapi, nak kongsikan pada yang membaca supaya memang sepatutnya kita selalu rasa macam ni... Supaya kita lebih menjaga tingkah laku kita.. dan terbatas segala perbuatan yang melalaikan... Sejujurnya, bagi saya.. Tahun baru bukan sahaja perlu kita sambut dengan gembira tapi juga dengan air mata.. cuma adakah ia air mata kemenangan melawan segala hawa nafsu ataupun air mata tanda kita kalah dengan hawa nafsu kita sendiri... Allahu Rabbi~



Diri dan Nafsu kita adalah musuh yang paling besar dalam diri kita..

Tak salah rasanya kalau kita letakkan salah satu azam kita untuk tahun akan datang adalah melawan hawa nafsu. Lagipun, ada hadis riwayat at-Tirmizi yang berstatus hasan soleh, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"

Sekali sekala kalau kita mengeluarkan air mata kerana kesalahan kita sendiri, ia boleh mendekatkan kita dengan Allah.. menenangkan hati.. kerana ada yang sudi mendengar rintihan kita... Bukankah Allah suka akan hambaNya yang meminta dengan sebenar-benar rayuan.. Allah rindu nak dengar kita nangis.. Sungguh, Besarnya cinta Allah pada HambaNya... Allahu Rabbi... ^^

So, moh la kita kawal diri kita walaupun hakikatnya kita rasa tersangatlah susah... n untuk melakukan perubahan kadang kala memerlukan paksaan...



Selamat Tahun Baru Semua....
Maaf salah silap... (^_^)
Doakan Saya dapat jawab Exam dengan tenang n Mudah taw... hihi ^^

Friday, December 14, 2012

Penantian itu menyeksakan... Betol x???

Penantian itu amat memeritkan hati bagi sesiapa yang menghadapinya... tidak kiralah sama ada dia seorang ibu yang menantikan kepulangan anaknya, ataupun seseorang pelajar yang menanti result nya yang bakal keluar mahupun seorang kekasih menanti bakal jodohnya... semua menanti... menanti yang belum pasti.. apakah yang bakal terjadi??... semuanya menjadi persoalan buat sang penanti... peritnya hati ini.. kata mereka...

Tatkala masing-masing meluahkan perasaan yang perit, diri ini teringat pesan seseorang, ' Penantian itu memang memeritkan, bohonglah siapa yang kata tidak. Kita harus yakin, Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buat kita, letakkan tawakal sepenuhnya pada Allah, Allah know what is the best for us'. Kuatnya pergantungan pada Allah itu meletakkan sejauh mana tahap kita di sisi Allah. Mendirikan solat sunat merupakan salah satu jalan untuk memohon petunjuk daripada Allah agar di mudahkan urusan.




Saya Sempat menonton slot 'al-Hidayah' tengah hari tadi yang membincangkan soal solat sunat Istikharah.. Ramai orang menganggap solat sunat ini hanya buat mereka yang ingin mencari jodoh. Tetapi sebenarnya, solat sunat ini boleh dilakukan atas sebab apa sekalipun, mahu pilih kerja ka, pilih kereta ka atau apapun.. Allah itu Maha Pemurah.. Jangan biarkan kita memilih sesuatu atas dasar hawa nafsu semata-mata, ajaklah dan mohonlah supaya Allah juga mencampur tangan dalam urusan serta pemilihan kita... 

Tahukah kalian?? Jika kita membiarkan diri dan hawa nafsu kita yang memilih untuk diri kita, nescaya ia akan membinasakan kita suatu hari nanti... Tapi, berbeza pula bagi mereka yang suka jika Allah campur tangan dalam segala urusan. Jika Allah yang pilih buat kita, alangkah indah dan mudahnya kita memilikinya... Terdapat 4 langkah jika mahu mendapat keberkatan Allah dalam segenap aspek :


1) Berdoa
2) Berusaha
3) Ikhtiar
4) Tawakal



Inilah sebaik-baik langkah jika kita mahu segala urusan kita dipermudahkan.. dan Solat sunat istikharah merupakan salah satu ikhtiar yang kita boleh lakukan.. Kita sebagai hamba Allah yang dhaif perlu yakin dengan apa yang Allah sudah tetapkan untuk kita. Bagi saya, manusia yang banyak mempersoalkan sesuatu yang dikurniakan adalah manusia yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Semoga kita dijauhkan dengan sifat itu..

Sebenarnya, penantian yang paling utama yang perlu kita pasakkan dalam hati kita ialah penantian menuju ke alam akhirat.. ketika itu, kita sendiri tidak tahu dimanakah kita bakal ditempatkan?? di tempat orang2 yang beruntung kah?? ataupun di tempat orang2 yang rugi?? Jika ditanya pada alim ulama' akan penantian apakah yang paling ditunggu2, pasti mereka menjawab penantian menuju alam abadi.. SubhanAllah, tak nak kah kita berfikir seperti mereka?? yang bagi mereka dunia hanya sementara sedangkan dalam hati mereka penuh dengan kecintaan kepada akhirat yang kekal abadi...

So, kepada sesiapa yang sedang menantikan sesuatu, sama ada result, jodoh and so on, letakkanlah pergantungan sepenuhnya pada Allah.. itu semua hanya duniawi, kita yang menentukan sama ada ia membawa ke syurga ataupun neraka... be aware dengan apa yang kita bakal pilih.. Jom pilih jalan ke SYURGA ! 



semua menanti hari yang abadi... ^_^


Saturday, December 8, 2012

perlukah ???

Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran sejak sekelian kali.. mengapa dia tinggalkanku?? mengapa perlu aku merinduinya?? teruk sangatkah diri ini?? banyaknya benda kena buat??? ah, semuanya sia-sia je aku buat?? masing-masing akan menyalahkan diri... Tapi, kte jarang nyatakan sebegini, ' InsyaAllah, ada yg lebih baik buatku' atau 'aku yakin Allah sedang sediakan sesuatu yang indah buat aku' atau juga 'Mungkin aku yg perlu baiki diri ini' ... alangkah indahnya kita berfikir seperti itu...

Hati kita automatik akan menjadi tenang dan hilang segala keserabutan di kepala.. mengapa kita harus sesakkan fikiran kita dengan hanya memikirnya sesuatu yang tidak ada nilai  dan tidak akan memberi keuntungan apa pun buat kita, malah hanya menambahkan kesesakan dan kebenakan di kepala sahaja...sedangkan banyak lagi perkara lain yang boleh membuatkan kita gembira dan bahagia... Allah lagi tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya..^_^



Untuk menjadikan hati kita sentiasa tenang dan sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan Allah, firstly, kita kenalah jaga hubungan dengan pencipta kita yang Maha Agung. Hanya Dia yang mampu membolak-balikkan hati hamba-hambanya... perasaan sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya... semuanya Allah dah tentukan.. kita hanya perlu membuat pilihan yang tepat... sama ada perlu k lagi untuk aku marah??? Perlu ke aku teruskan mengingati yang tidak perlu??? perlu ke aku bersedih??? n so on.

Choices is in our hand !!!

Mood kita sepanjang hari sebenarnya berpunca dengan apa yang kita buat pada setiap pagi setelah bangun dari tidur.. Oleh sebab tu lah, kita sebagai seorang muslim dan Mukmin yang hebat dituntut menyebut nama Allah setelah bangun dari tidur.. senyum di depan cermin walaupun muka macam apa ntah.. yang penting, walau apa pun yang bakal berlaku sepanjang hari itu, kita dapat menghadapinya dengan tenang dan gumbira.. Be positive k! dont sedey2.. (^_^)



Perkara yang perlu kita lakukan pabila datang sesuatu yang menyesakkan dada dan fikiran.. sentiasa biasakan dan amalkan menyebut nama Allah, bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada Allah setelah kita telah sehabis mungkin berusaha ke arah menyelesaikan sesuatu perkara... n the most important things is kadang kala kita perlu beruzlah seketika daripada segala keserabutan yang melanda... yang paling best menyendiri di masjid.. terasa sangat tenang.. dapat solat jemaah, dengar tazkirah... Allahu Akbar... rasa macam nak duduk lama-lama dalam masjid...

Banyak sebenarnya kita boleh buat daripada terus menunggu dan termenung menantikan solusi yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda... Allah itu Maha Mendengar... Maka, berdoalah padaNya pada bila2 masa je.. Lagipun, Bukankah Allah suka mendengar rintihan hamba-hambaNYa...
thats why I Love Allah so Much... ^_^