Firstly, Kisah seorang pemuda melayu bernama Ahmad Ammar Bin Ahmad Azzam... meremang bulu roma bila baca tentang kisahnya... seorang pemuda yang zuhud... menginfakkan diri ke medan dakwah... sejuk perut ibu mengandung... Jika baca rentetan perjalanan hidupnya... kita pasti kagum... bermula dengan didikan di Maktab tentera... kemudian melanjutkan pelajaran dibidang lain dan di negara asing iaitu Turki..actually, negara itu juga one of my fabourite place... Allah..
Secondly, tentang kisah seorang lagi pemuda bernama Abu Khurayra.. beliau menghembuskan nafas terakhir sebagai syahid di usia yang muda, 19 tahun... Allah.. Walaupun beliau bukanlah rakyat Syria, tapi beliau menginfakkan dirinya untuk rakyat Syria yang tertindas... Terasa Allah nak bagi peringatan kali ke 2... untuk kita sebagai anak muda... Apakah kita sedar ataupun tidak... itu terpulang pada diri sendiri...
Diceritakan Abu Khurayra ini seorang yang mempunyai karisma, sopan serta pabila berbicara dengannnya seperti berdebat namun beliau masih sopan dan tidak menyakiti hati orang lain. Dikhabarkan oleh akbar Syam bahawa beliau terkorban bersama 2 orang lagi sahabatnya.. Allah.. Sungguh, semua mengidamkan pengakhiran yang terbaik... Husnul Khatimah... Moga kita juga tergolong dalam golongan para syuhada.. InsyaAllah.. Allahumma Aminn...
Kisah sebeginilah kita patut ambil iktibar bukan hanya baca sekali lalu and then lupa... jika kita tidak berubah sekarang... entah bila lagi kan... pintu taubat masih terbuka buat kita... jom bertaubat sebelum terlewat.. mohon maaf salah silap sis n bro... Moga Allah rahmati hidup kita ini... Aaminnn.. ^^
picture Source : kezoom.blogspot.com