" dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda; " Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca al-Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengililingi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR Muslim)
Humaira atau lebih mesra dipanggil Alang tersenyum membaca SMS dari kakak kesayangannya, Angah. Humaira sering mendapat potongan-potongan maksud hadith dan al-Qur'an daripada kakaknya itu. Bagi Humaira, dia lebih selesa dengan kak Ngah nya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. "Entah kenapa kalau dengan kak ngah mesti rasa seronok ... tenang... mybe sebab kak ngah dah ada al-Qur'an kat dada kot, maklumlah bekas pelajar ma'had Tahfiz ". Humaira teringat akan kata2nya kepada kakak kesayangannya itu.
Humaira merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradiknya. Diantara adik-beradiknya, dialah yang paling degil dan malas. Walaupun sifatnya sebegitu rupa, adik-beradiknya yang lain masih tidak dapat menandingi sifatnya yang berani dan pintar. Humaira berjaya membuktikan dia juga punya kelebihan sendiri apabila dia mendapat street A dalam SPM nya yang lepas. Kini, dia berjaya menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Sejak Humaira melangkah ke alam universiti, dirinya bukan seperti dulu... solat di awal waktu, selalu call mak dan ayah, tidak pernah tinggalkan bacaan al-Qur'an walaupun sehari dan banyak lagi benda-benda baik yang dibuatnya... Mungkin waktu itu ada kak ngah yang sentiasa ingatkannya jika terlupa, marahkannya jika tersalah... Tapi sekarang.. dirinya seolah-olah kosong, tidak seperti dirinya yang dulu.. humaira tidak sedar bahawa dirinya selalu dibebelkan oleh ibunya kepada kak ngahnya tentang perlakuannya di rumah semasa cuti semester.
" Angah, cuba kamu tengok adik kesayangan kamu tu.. mak tengok semakin hari semakin teruk.. Dulu mak tak pernah nampak dia tinggal solat, tinggal ngaji.. Tapi sekarang.. Allah.. mak tak tau apa dah nak jadi dengan adik kamu tu??? mak tegur, mula la dia cakap mak asyik nak membebel je.. sapa lagi yang mak boleh harapkan kalau bukan kamu 'Ngah'.. Cakap kamu je dia dengar.. cakap mak ni, satu pun dia tak nak dengar.." keluh Si Ibu kepada anaknya, Safiyyah.
" kalau la mak tahu.. cakap angah pun, alang dah tak ambil kisah lagi". Rungut Safiyyah dalam hati. Dia tidak mahu menambahkan lagi kekecewaan ibunya dengan luahannya itu. Baginya, adiknya alang pasti akan kembali seperti dulu.. Itulah harapan dan azamnya.. Dia risau akan adiknya, dia tidak mahu adiknya itu terus hanyut dengan kenikmatan dunia.. Sejak itu, Dia tidak putus-putus mendoakan kebaikan buat adiknya itu.
Safiyyah sudah terbiasa dengan leteran ibunya setiap kali dia pulang ke rumah. Tugas menjaga adik-adik yang telah diamanahkan oleh kakaknya yang belajar di luar negara, melatih dirinya menjadi seorang yang cekal dan berdikari. Semua masalah adik-adiknya, mahu tidak mahu, dia akan berusaha menyelesaikannya... Harapannya agar Allah S.W.T memudahkan segala urusannya itu... Allahu Aminn~
Pelbagai cara Safiyyah lakukan untuk mengubah tabiat adiknya yang tidak seberapa ambil berat tentang ibadahnya itu.. Setiap kali masuk waktu, diajaknya alang solat jemaah sekali.... tapi Alang masih menolak, pabila menasihatinya agar segera solat dan membaca al-Qur'an... masih juga tidak mendapat respon yang baik. Betapa sedihnya hati seorang kakak yang melihat adiknya berubah sebitu rupa.. terkadang, Safiyyah hanya menangis di dalam hati , memikirkan adiknya itu.. Dia sangat rindukan adiknya yang dulu... adik yang selalu mengingatkannya ketika dia leka, luangkan banyak masa dengannya dan sentiasa menghargai segala apa yang dia lakukan untuk adiknya... " Ya Allah, Kasihanilah adikku, Alang... Ya Rabb.. Jangan Engkau Biarkan dia terus leka dengan nikmat dunia ini.. Engkau masukkanlah iman ke dalam hatinya... Sungguh, aku amat menyayanginya..... " Ikhlasnya doa Safiyyah sehingga air matanya juga turut meng'ia'kan doanya... AllahuRabbi..
Suatu Hari, Safiyyah merancang untuk mengajak Humaira berjalan-jalan di salah sebuah taman berdekatan rumah mereka.. Bersungguh Safiyyah menyiapkan sarapan, baju , kasut untuk Alangnya, Humaira.....Ini semua semata-mata untuk mengajak Alangnya keluar berjalan-jalan menemaninya....Terasa sejuk dan tenang pagi itu. Niat di hati, Safiyyah ingin berduaan dengan Humaira untuk mendalami hati adiknya Alang... Manala tahu, rupa-rupanya adik kesayangannya itu, punya masalah yang menyebabkannya berubah.. Puas mereka berdua meluahkan isi hati masing-masing.. Alhamdulillah, Alang membuka hatinya untuk memberi dan menerima teguran dan segala nasihat... lama mereka berpelukan melepaskan rasa rindu bercampur rasa bersalah atas kesilapan masing-masing... pelukan itu terasa sangat tenang dan sayu... seolah-olah mereka akan terpisah lagi...
" Best la 'Ngah' kalau kita selalu keluar pagi2 macam ni... lebih2 lagi bila angah dah sediakan baju dan kasut untuk alang.." kata Humaira sambil tergelak.."Angah, blek la umah selalu... Boring la bila Angah xda.. mula lah hati ni nak memberontak buat benda2 yang tak berfaedah..hmmm." rungut Humaira kepada kak Ngah nya dalam perjalanan pulang ke rumah.. " hehe, InsyaAllah.. Angah memang nak balik selalu tapi angah ada banyak program kena pi... Ha, apa kata kita datang lagi kat sini pagi ahad minggu depan, nak?? sambil2 tu, boleh la kita sembang2.. makan2.. lari2.. hee~ " kata Safiyyah pada adiknya itu.. " Kak Ngah kena janji dulu yang kak ngah balik minggu depan n bawa alang gi taman ni lg.. kalau tak... hmm.. xnak dah citer apa2 kat Angah" ugut Humaira.
"InsyaAllah, jika Allah mengkehendakkan begitu, 'Lang'.... Alah, lagipun xsemestinya kita gi taman ni lagi minggu depan.. manala tau ada taman lain yang lebih indah dari ni yang kita boleh pi, btol x?? " Safiyya tersenyum melihat gelagat adiknya.
Selang beberapa hari, Humaira merasakan dirinya semakin dekat dengan Tuhan Pencipta Alam ini... Dia berusaha memperbaiki diri dengan sentiasa melakukan perkara2 yang berfaedah, solat di awal waktu malah solat sunat pun dilakukannya. Setiap kali wujud niat yang tidak baik, Humaira teringat akan janjinya kepada kakaknya di taman tempoh hari. Pada saat itu, dia merasa sangat bersyukur kerana Allah kurniakan kakak yang baik buatnya dan sentiasa sayang serta mengambil berat tantangnya.
Setelah Humaira selesai melakukan solat sunat dhuha pagi Jumaat itu... Dia mendengar suatu tangisan.... tangisan yang amat dikenali.. "itu mak" Humaira bermonolog.. Humaira dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku.. Mana mungkin ibunya yang sibuk mengemas rumah sebentar tadi, boleh menangis dengan tiba-tiba.. " Alang..!... Alang... Mari sini..." Jerit ibunya. " Angah dah tak da, lang.. Angah dah tinggalkan kita..." semakin kuat esakan ibunya.
'Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un....Ya Allah.. kak ngah aku... Angah... " Secara tidak langsung, Humaira menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya. Baru sebentar tadi, angah menelefonnya untuk maklumkan yang dia on the way pulang ke rumah dengan nada yang gembira.. Dirasakan pelik kerana sebelum ini, kalau angah nak balik rumah... dia tak kan bagi tahu pun yang dia nak balik.. " Angah... angah... dah janji... nak gi taman dengan Alang.... Tp, mana Angah pergi.. kenapa tinggalkan Alang... Siapa lagi nak tegur Alang... sapa lagi yang Alang boleh kongsi cerita....Angah.. " Humaira berkata-kata seorang diri di tempat sujudnya pagi tadi... Dia berdoa moga kakakknya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa....
Humaira menjadi tenang pabila dia dapat menangis sepuasnya dalam sujudnya malam itu... Bagi nya, mungkin kak ngah sedang menunggunya di Taman yang lebih indah dari taman-taman yang ada di dunia ini iaitu Syurga seperti yang dikatakan oleh arwah kakaknya sebelum ini... AllahuRabbi... Moga Allah Limpahkan Kasih SayangNya buat arwah kak Safiyyah.. Kak ngah kesayangannya... Doa humaira sambil memeluk Surat Cinta yang pernah dihadiahkan oleh kakaknya itu... Surat Cinta yang sangat berharga buat dirinya kini, Surat Cinta yang mampu menenangkan hatinya ketika gundah... Surat Cinta Yang Teragung.... al-Qur'an Al-Karim~ Humaira bertekad tidak akan meninggalkan lagi Surat Cinta itu... dan Kini... Humaira sedar bahawa Surat Cinta itulah peneman terbaik buatnya.... ^^