Sunday, January 15, 2012

Seputih salju ( part 2 ) ^^

Tatkala Yasmin mendengar pertanyaan sahabatnya itu, hatinya jadi tidak menentu, lalu terdetik dihati dan mindanya, wajah seorang lelaki yang berjaya menarik hatinya yang keras itu... "huh, kenapa dia??" ucap Yasmin dalam hati." Ya Allah, mengapa dia slalu muncul dlm hidup-ku, kuatkan lah aku Ya Allah, hanya Engkau yang aku cintai", berdoa Yasmin dalam hati.

Fatin : Min, apa yg awk menungkan tu?? Ha, lebih baik gtaw. Kalau x, siapla... huu~ ^_^

Yasmin : Allah.. ( sambil mengusap-usap muka nya yg x berpeluh ).. ish, awk ni fatin.. terkejut sy.. erm... jom makan ais-krim nk? dh lama xmkn ais-krim sambil sembang2 kn?? huhu~ ^^

Fatin : awk saje je tukar topik... xpe2.. klu sy dpt taw jagalah~

Yasmin : erm, xda apa2 lah.. klu ada, dh lma sy crita kt awk... Sungguh !! dh, jom2~

Fatin : erm, yela..

Fatin tahu yang sahabatnya itu ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Masakan tidak, sudah lama dia mengenali sahabatnya itu. Pernah sekali seorang muslimin menanyakan status Yasmin dan ingin melamarnya, tetapi setelah diselidiki ... Yasmin menolak dek kerana muslimin itu dah da tunang di Malaysia. Perkara sebegini pun Yasmin berkongsi dengannya, xkan benda2 lain yang sama waktu dengannya pun Yasmin xnk kongsi.. " erm, apa ea yg bermain di fikiran Yasmin td ?? nk kata masalah keluarga, xda plak dengar, masalah gerak kerja?? ok je tgk... knapa ea Yasmin termenung td?? hurmmm..." gumam Fatin dlm hati.

DI RUMAH:

Yasmin ditugaskn untuk masak makan malam  kerana ramai housemate nya yang lain penuh dengan jadual kuliah dan tugasan di wad latihan sehingga terpaksa pulang lewat sedikit dan Yasmin sememangnya free setiap hari Rabu. Selalunya mereka akan makan dalam dulang ramai2. Tapi, oleh kerana hanya Yasmin di rumah, dia terpaksa menunggu sahabat2 nya yang lain. Sebelum itu, Yasmin telah membersihkan semua sudut dan tempat di rumah itu termasuklah bilik air. Bagi Yasmin, sesiapa yang mencuci tandas umpama dia mencuci hatinya yang kotor kerana dosa. Dia pernah mendengar kata-kata itu daripada guru sekolahnya dulu.

Yasmin sering teringat akan nasihat guru-gurunya yang selalu mengambil berat tentangnya. " Yasmin, belajar jauh2, jgn lupa kat cikgu pulak eh.. contact2 la slalu.."... teringat juga Yasmin akan nasihat daripada ustazah kesayangannya : " Yasmin , jaga amanah Allah buat awk elok2 ea, diri dan maruah awk itu amanah dari Allah buat awk, awk kena jaga elok2 termasuklah hati awk itu, jgn benarkan apa2 pun merosakkannya mahupun mengotorinya". mengalir air mata Yasmin tatkala tebayangkan raut muka dan kata2 ustazahnya itu.
Sehingga sekarang Yasmin masih berhubung dengan guru-gurunya walaupun sudah jauh terpisah, baginya sekali guru mengajar.. dialah guru buat selamanya... "Tanpa guru, siapalah aku pada hari ini"~ " erm.."

Sementara menunggu sahabat2 yang lain, Yasmin sempat untuk membuka email. Hajatnya hanya mahu update gerak kerja program musim sejuk anjuran persatuan Mahasiswa Malaysia yang akan berlangsung xlma ag tetapi satu email telah mengganggu ketenteraman hatinya... " ah, dia lagi"... "xda orang lain ke dia nk bg tazkirah2 cintan mcm ni??"... Yasmin termenung sendirian.. " Kenapa aku marah??? dia xbuat salah apa2 pn... knapa Yasmin?? adakah engkau .... btol2.... ja..jatuh.. hati padanya??? "... "owh, tidak !!!... Ya Allah.. Bantulah Hamba-Mu yg lemah ini"...

* NANTIKAN SAMBUNAGNNYA BERSAMA~

Pengajaran:


  1. Bersangka baiklah dengan sahabat kita walaupun sebenarnya dia ada rahsia yang tersembunyi disebaliknya.
  2. Tolong-menolong lah antara kamu... klu kwn2 bz da kelas or something... kte tolong mana yg patut.. kemas umah k or anything.. hee~ ^_^
  3. Jom kejar cinta yg Abadi.. ^^







Friday, January 13, 2012

Seputih Salju~ (Part 1)

Yasmin (bukan nama sebenar) adalah pelajar universiti tempatan di Rusia . Dia mendapat tawaran disana untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran. Yasmin adalah anak sulong dalam keluarga yang sederhana di Malaysia. Berat hatinya untuk meninggalkan keluarganya itu. Namun, apabila dia teringatkan pesanan salah seorang ahli usrahnya di sekolah agama dulu yang mengatakan " biarlah sejauhmanapun kita terpaksa pergi untuk menuntut ilmu, percayalah bahawa itulah sebaik-baik jihad yang kita dapat lakukan untuk agama kita".

Yasmin merisaukan keadaan dirinya nanti yang akan tinggal di bumi yang penuh dengan cabaran. Yasmin bermonolog dalam hati: " Ada ke usrah kat sana?? ada ke sahabat yang sudi menegurku dikala aku terleka?? kuatkah aku untuk aku meneruskan pakaian tudung labuh ni? Ah, lantaklah! asalkan niat aku pergi sana baik, aku nak bawa balik kejayaan bukan saja untuk diri aku, tapi untuk Islam juga.. Ya Allah, kau peliharalah aku dari segala keburukan", Yasmin berdoa.



'Alhamdulillah', akhirnya Yasmin tiba di Rusia dalam keadaan selamat . Segala urusan pembelajarannya di sana berjalan dengan baik tanpa ada masalah yang tidak diingini berlaku. Setiap hujung minggu dia tidak pernah lupa untuk menelefon ibu kesayangannya itu untuk melaporkan segala aktiviti yang dilakukannya sepanjang minggu itu. Yasmin juga masih dapat mengikuti usrah walaupun berada di negara yang bukan islamik. Yasmin yakin dengan berintima' dalam jemaah Islam disana, dia dapat mengawal segala tingkah lakunya ketika berjauhan dengan keluarga.

Yasmin mempunyai seorang kawan yang sangat akrab dengannya disana. Segala masalah dalam mahupun luar jemaah pasti akan dikongsi bersamanya. Fatin, seorang kawan dan juga sahabat dalam pimpinan jemaah disana. kemana sahaja pergi, pasti kedua-duanya akan bersama, tidak pernah renggang. Mereka seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Jika diperhatikan karekter mereka, memang sukar dipercayai mereka adalah sahabat akrab kerana Yasmin seorang yang pendiam dan lembut manakala Fatin seorang yang banyak cakapnya dan lebih agresif. Namun, kedua-dua mempunyai wajah yang manis dan mudah senyum. (^_^)

Satu ketika, Yasmin dan Fatin bersiar-siar di petang musim sejuk yang menenangkan hati. Mereka mencuri peluang ini untuk sama2 mentadabbur alam ciptaan Allah. Sungguh tidak dapat dinafikan suasana ketika itu sangat sejuk tetapi penuh dengan ketenangan dan kedamaian seperti  tenangnya hati mereka ketika itu. Masing-masing meluahkan masalah dan kebanyakannya berkenaan dengan hati.

Fatin: Min, apa pendapat awk tentang kak syana??

Yasmin: kak Syana? ok je tengok dia, sangat baik dan caring kat rumah.

Fatin : sy bukan nk tanya tentang macam mana dia kat rumah, tapi cara dia bergerak kerja dalam organisasi. Sy bukan nak mengumpat dia, tapi nak taw jugak kak syana ni sebenarnya macam mana. dia xleh terima ea klu ada budak junior tegur dia sket?

Yasmin: hmm, entahlah. sebenarnya xlah rapat sangat dengan dia. kenapa ea awk tanya mcm tu?

Fatin: sebenarnya sy xsuka cara dia berhubung dengan muslimin. suka jumpa tanpa ada orang teman. pastu senyum2 plak ble jumpa, geram btol bila tengok. sy dah tegur tapi dia marah balik, katanya bincang gerak kerja jemaah. ei, bertambah geram la bila dia kaitkan dengan jemaah. hancur jemaah klu ada orang macam dia.

Yasmin : ish, xbaikla fatin, awk cakap mcm 2. Setiap orang ada kelemahan. Mungkin satu hari nanti dia akan nampak apa yang diorang buat tu salah. kita dan usaha tegur, sekarang kita just doakan kebaikan untuk dia plak ea.

Fatin : Bersyukur sy dapat sahabat macam awk, tenang je. Mesti jodoh awk nanti pun sebaik awk kn?? hehehe~

Yasmin: ish, awk ni fatin... ni dah jauh panggang dari api dah ni.. hehe~ ala, awk ckp je kt org, awk pn dpt yang baik gak nt.. insyaAllah.

Fatin: Hmmmm, bercakap soal ni kan, awk dh ada yang punyer k? (^^)

Yasmin : sy??? hmmm.. ( yasmin teringatkan seseorg )

Yasmin menjadi bingung dengan soalan sahabatnya itu... perlukah untuk dia ceritakan segalanya...

* NANTIKAN SAMBUNGANNYA ~ ^^



THE MORAL FROM THIS STORY IS :
  1. Berjihad bukan bermakna perlu berperang, Hatta belajar pun dikira berjihad. lagi jauh lagi bagus coz jauh perjalanan luas pemandangan.. makin banyak pengalaman kita dapat nt.
  2. Yakin dengan Allah ea sahabat2... Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar dan yakin pada-Nya.
  3. Berkatalah benar walaupun pahit. xsemestinya dia lebih tua daripada kita, kita xleh nk tegur kesilapan dia. Just relax klu kena hentam balik sekalipun coz Rasulullah pun seru kpd kita untuk cegah benda-benda yang xelok.





Wednesday, January 11, 2012

Alhamdulillah... ^^

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan izinnya dapat juga saya membuka blog baru yang diberi nama "Bicara Srikandi Idaman". Semoga dengan adanya blog ini dapat membuka jalan dakwah buat diri ini dan semua ... ^^