Assalamualaikum guys n girls... Hari ni nak kongsi sket tentang ujian.. saya pasti semua pernah alami ujian mahupun cabaran bak kata zaman la ni.. tak kisah lah ujian apa pun, ujian peperiksaan, ujian hati, ujian harta, ataupun yang sama waktu dengannya... hmm. Dulu, saya memang payah sket nak kawal perasaan bila ada je benda yg diuji.. sikit2 nak melatah.. nak mngadu.. nak nangis n so on... sekarang, boleh lah nak kawal sket2.. hebat tak?? hee~ =)
Kadang2 terpikir jugak...' kenapa macam aku sorang je ada masalah... orang lain nampak hepy je... aku memang bermasalah kot... mesti ni dosa aku dgn umi ayah... Allahu Rabbi'... monolog mcm tu la akan timbul acapkali ada masalah besaaarr.. Tapi, sebenarnya kita tak tahu yang orang lain pun ada masalah... cuma hebatnya dia kerana bijak menyembunyikannya... Hebatnya... MasyaAllah~
Teringat satu kisah yang terdengar dari corong radio IKIM... ustaz apatah cerita waktu on the way ke kuliah... tersentuh dek cerita yang memberi kesan kat jiwa.. Kisah bermula dengan perbualan seorang Hamba Allah dengan seorang wanita ketika di Mekah yang mana wajahnya penuh dengan ketenangan dan cahaya.. siapalah yang tak nak wajah macam tu... apabila ditanya kepada wanita itu mengapa wajahnya penuh dengan ketenangan dan kebahgiaan... muslimah solehah dan hebat tu cerita:
Dia pernah diuji.. ketika mana suaminya melaksanakan tuntutan melakukan ibadah korban, anak sulung mereka memerhatikan apa yang dibuat oleh ayahnya. Anaknya itu begitu kagum melihat apa yang dilakukan oleh ayahnya... dan dia mempraktikkan ibadah tersebut terhadap adiknya sendiri.. Iya... dia telah menyembelih adiknya sendiri untuk berkongsi dengan adiknya bagaimana caranya untuk menyembelih..
Bayangkan bagaimana seorang ibu menghadapinya... Allahu Akbar...Allah itu Maha Mengetahui.. Anaknya yang sulong pulang dengan berlumuran darah... Lalu ayahnya, mencari anaknya yang kedua di Padang Pasir yang sudah tentu hangat membakar kulit... Malangnya, sudah beberapa hari suaminya tidak pulang2... kebiasaan masyarakat kat sana, klu keluar ke padang pasir dan tidak pulang dalam beberapa hari, alamatnya ia sudah dipanggil Allah 'azza Wa jalla... Allahu Rabbi.. sudah jatuh ditimpa tangga... berat sungguh wanita itu diuji...
Cerita tu tak habis takat tu saja.. bertambah lagi keperitan hati si wanita apabila anak sulongnya bermain dengan air panas yang sedang masak di dapur... lalu tamatlah riwayat anaknya kerana disimbah dengan air panas yang menggelegak... Tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan rasa sedih dan kepada Allah lah dia menggantung pengharapan.. Tiada yang lebih memahami hati si wanita itu melainkan Allah... dia diuji kerana Allah sayangkan dia... bagaimana dia dapat menghadapi semua itu kalau bukan tawakal dan pengharapan penuh kepada Allah... Wanita itu redha dengan takdir Allah... kita pula macam mana?
Mendengarkan kisah ini membuatkan saya bertambah yakin... memang betul lah apa yang Allah sebut dalam al-Qur'an.. Allah sentiasa ada untuk kita mengadu... Makanya, janganlah kita sombong dengan Allah... Semua orang pasti diuji... Namun, setakat mana kita mampu menghadapinya... ketuklah dada dan tanyalah iman kita... =)
Penerimaan kita dalam menghadapi ujian memang berbeza... tapi, kena ingat, kita ada pilihan... nak sabar atau sebaliknya.. ujian masa, harta, cinta... semuanya hanya dunia.. Allah lebih tahu perihal hati kita.. kita suka apa, kita sayang siapa.. sebab tu Allah uji apa yang kita mampu je... Allah tak kan uji yang kita tak mampu... bersangka baik pada Allah... InsyaAllah~
kepada sahabat saya Dai'e Noraida Jamlie... gud luck.. Moga kejayaan milik kita bersama... kepada sahabat saya sorang lagi.. Nurrul Syawana... moga kita berjaya siapkan semua tugasan... Love both of u... moga ukhwah kita hingga ke Jannah... Allahumma Aminn~ <3 ^_^
Ukhuwwah ila Jannah, InsyaAllah~