Allah S.W.T telah mengurniakan kepada semua Hamba-Nya tubuh badan yang sempurna.Ia umpama hadiah terbesar Allah S.W.T kepada kita kerana tanpa anggota badan, kita tidak mampu melakukan apa jua perbuatan. Dengan itu, menjaga apa yang Allah kurniakan telah menjadi tanggungjawab setiap manusia demi untuk mendapatkan kebaikan hidup di dunia yang penuh cabaran ini.
Fitrah manusia tidak dapat menahan mulut orang lain daripada berkata-kata yang tidak baik. TAPI, adakah kita dapat menahan mulut kita sendiri daripada berkata-kata yang tidak baik?? Pastinya boleh. Mulaut adalah anggota yang paling tajam kerana apabila ia mula digunakan, pasti tidak dapat dijangka apa yang akan keluar.
Namun, Bukankah kita masih boleh berfikir dahulu sebelum memulakan sesuatu bicara?. Mengapa dikatakan " kerana mulut badan binasa". Ini kerana anggota badan kita akan terasa pedasnya apabila mulut yakni kata-kata gagal melaksanakan peranan yang baik. Maka, sahabat2, marilah kita sama2 jaga mulut kita. keran ia juga boleh membuatkan kita mendapat kebinasaan kelak. Na'uzubillah.... selamat bermujahadah^^